Hannah Yeoh Tseow Suan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Puan

Hannah Yeoh Tseow Suan
Hannah Yeoh.jpg
Majoriti 13,851

Assembly Member
for Subang Jaya(N35)
Penyandang
Tempoh jawatan 
Mac 8, 2008
Didahului oleh Datuk Lee Hwa Beng
Majoriti 13,851

Lahir 1979
Parti politik DAP-100px.jpgDAP - Pakatan Rakyat
Pasangan Ramanchandran Muniandy (berkahwin Januari 5, 2008)
Anak 1
Pekerjaan Peguam, ADUN
Religion Kristian
Laman web Hannah Yeoh's Personal Blog

YB Hannah Yeoh Tseow Suan (lahir 1979) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Seorang bekas peguam dan pengurus upacara, beliau memenangi kerusi N31 Subang Jaya selepas menewaskan Ong Chong Swen daripada parti MCA, salah satu parti komponen Barisan Nasional, dalam pilihan raya umum 2008.[1]. Yeoh didahului oleh bekas ADUN, Datuk Lee Hwa Beng (daripada Barisan Nasional), yang memutuskan untuk bertanding kerusi parlimen.[2]

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Subang Jaya, Yeoh menyambung pelajarannya di University of Tasmania, Australia pada tahun 1998 dan memperoleh ijazah undang-undangnya pada tahun 2001. Beliau diiktiraf menjadi peguam oleh Badan Peguam Malaysia pada bulan Januari 2003, dan kemudian mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Tasmania selepas memperoleh Certificate of Legal Practice (Sijil Praktik Guaman) di Tasmania. Yeoh kemudian bertugas sebagai peguam di Petaling Jaya selama tiga tahun sebelum berpindah ke syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.

Latarbelakang politik[sunting | sunting sumber]

Didorong oleh Edward Ling, rakan sekolahnya, supaya menyertai dunia politik, kedua-dua Yeoh dan Ling menyertai Cawangan Damansara Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada akhir tahun 2006. Yeoh memilih untuk menyertai DAP walaupun parti itu merupakan sebuah parti pembangkang kerana beliau berasa bahawa pendirian parti politik itu adalah yang paling tekal, walaupun pemimpinnya sering diugut oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa sebarang perbicaraan.

Diilhamkan oleh Tony Pua, Pengerusi Cawangan Damansara, yang meletakkan jawatan untuk menyertai DAP sepenuh masa, Yeoh mengikut jejak Pua dan meletakkan jawatannya sejurus sebelum pilihan raya umum pada bulan Mac 2008 untuk menumpukan sepenuh masanya sebagai seorang ahli politik.

Dalam pilihan raya tersebut, Yeoh bertanding untuk kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan pilihan raya Subang Jaya, sebuah kubu Barisan Nasional, dan memenangi dengan majoriti sebanyak 13,851. Justera itu, Ling yang merupakan pengurus kempennya dilantik sebagai setiausaha politik kepada Yeoh.

=Keputusan pilihan raya umum 2008[sunting | sunting sumber]

Tahun DUN Undian diperolehi Majoriti Undian keseluruhan Lawan
2008 N31 Subang Jaya 23,459 13,851 33,067 Ong Chong Swen (BN - MCA)


Yeoh mengendalikan sebuah pusat perkhidmatan dan operasi yang ditempatkan di sebuah kedai yang terletak di 24, Jalan SS14/1A, Subang Jaya untuk memudahkan pertemuan dengan penduduk kawasannya serta untuk mengatasi masalah mereka. Beliau terperanjat apabila dibanjiri oleh masalah-masalah remeh-temeh dari tikus sehingga lampu jalan yang sepatutnya ditangani oleh anggota majlis tempatan.[3] Memahami bahawa peranannya adalah untuk "mewakili para pengundinya dengan berkesan dari segi dasar pada peringkat Dewan Undangan Negeri" dan bukan untuk mengatasi "masalah longkang", strategi Yeoh adalah untuk menggalakkan pengambilan anggota Majlis Perbandaran yang bermutu dari kalangan wakil penduduk.

Isu dan Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tidak dibenar ke sekolah lama[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Ogos 2010, Malaysiakini melaporkan bahawa terdapat satu surat pekeliling berhubung pemimpin-pemimpin BN yang boleh dijemput bagi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di Selangor tetapi membelakangkan pemimpin daripada Pakatan Rakyat dilabelkan sebagai contoh sifat 'talam dua muka' kerajaan persekutuan. Menurut surat yang bertarikh 16 Feb 2009 itu, menteri pelajaran telah meluluskan senarai 57 pemimpin dari Umno, MCA, MIC dan Gerakan di Selangor yang boleh mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin di negeri itu. Yeoh dalam laman tweet pernah mempersoalkan kandungan pekeliling itu dan berkata beliau mempunyai senarai pemimpin BN yang diluluskan itu. “Saya tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis di sekolah-sekolah di kawasan saya. Ini tidak betul erana ia menghantar isyarat yang salah kepada kanak-kanak bahawa seseorang terpaksa menerima apa yang diberikan. Mereka tidak dibenarkan memilih pemimpin sendiri,” katanya.

Namun, katanya, dia dibenarkan ke sekolah lamanya - SMK Subang Utama - selepas campur tangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.[4]

Sikap[sunting | sunting sumber]

Seorang yang memeluk agama Kristian dan berkahwin dengan bangsa yang lain, pendirian Yeoh terhadap rasuah dan masyarakat pelbagai bangsa adalah nyata sekali. Sejurus selepas beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau terkejut apabila mendapati bahawa meskipun rakyat selalu merungut tentang rasuah dan amat sangat ingin perubahan, masih terdapat orang yang rela menawarkannya wang untuk memudahkan dan mempercepat kelulusan projek. Bagi seorang yang menyertai dunia politik, bukan untuk kuasa atau keuntungan peribadi tetapi sebaliknya, untuk memastikan sebuah kerajaan yang bersih atas kepentingan generasi-generasi yang akan datang, Yeoh jelasnya merupakan suatu contoh unggul dalam kalangan ahli politik muda yang baharu yang muncul untuk memberikan pengertian baharu kepada apa yang dimaksudkan dengan ungkapan "perkhidmatan kepada negara."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]