Hans-Kristian Vittinghus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hans-Kristian Vittinghus
Maklumat peribadi
Negara Denmark
Lahir (1986-01-16) 16 Januari 1986 (umur 38)
Frederikshavn, Denmark
Tinggi1.80 m (5 ka 11 in)
Berat80 kg (176 lb)
Cakat tanganKanan
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi8 (2 Oktober 2014)
Ranking semasa9 (9 Oktober 2014)
Profil BWF

Hans-Kristian Vittinghus (lahir 16 Januari 1986 di Frederikshavn) merupakan seorang pemain badminton lelaki dari Denmark.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Belia[sunting | sunting sumber]

Vittinghus memulakan latihan badminton semasa berusua 5 tahun, beliau bermain untuk Solrød Strand Badmintonklub.

Beliau telah memenangi empat kali gelaran juara remaja putera, 2 pingat dalam perseorangan lelaki pada tahun 2003 dan 2005, 2 pingat beregu lelaki pada tahun 1999 dan 2003.

Beliau mengambil tempat dalam regu Denmark bawah-19 tahun, beliau memenangi pingat emas dalam Kejohanan Beregu Eropah Bawah-19. Beliau juga memenangi pingat gangsa dalam perseorangan lelaki.

Dewasa[sunting | sunting sumber]

Vittinghus rasmi bermain di kelas senior pada tahun 2005, beliau memenangi kejohanan antarabangsa perdana pada bulan November 2006, menewaskan pemain peringkat ke-1 dunia perseorangan lelaki pada masa itu, Roslin Hashim dalam pusingan akhir Antarabangsa Norway. Sejak kemenangan itu, Vittinghus memenangi kejohanan yang sama pada tahun 2009 dan 2010. Ia memenangi kejohanan yang baru ditubuhkan masa itu, Antarabangsa Türkiye pada 2007. Pada 2008 Vittinghus berjaya memenangi Antarabangsa Belanda.[1] Selepasnya ia memenangi Terbuka Sepanyol 2009 dan Antarabangsa Ireland 2010. Beliau menyertai Liga Badminton Denmark dan bermain untuk perseorangan lelaki dalam kelab Team skaelskoer slagelse (TSS).

Pada bulan November 2015, ia memenangi Grand Prix Scotland di Glasgow, Scotland, menentang pemain badminton England Rajiv Ouseph dengan mata akhir, 21–19, 11–21, 21–16.[2]

Pada bulan Jun 2016, Vittinghus keluar sebagai pemenang pusingan akhir. Ihsan Maulana Mustofa duduk di peringkat kedua, kemenangan Vittinhus ialah penanda kemenangan Denmark yang perdana menjulang Piala Thomas. Ia mendapat gelaran BWF Super Series yang pertama selepas menewaskan Jeon Hyeok-jin dari Korea Selatan dengan mata akhir 21–16, 19–21, 21–11.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Victor Dutch International 2008 winners". TournamentSoftware.com. Dicapai pada 2008-05-01.
  2. ^ "Badminton – Hans-Kristian Vittinghus vs Rajiv Ouseph (MS, Final) – Scottish Open 2015". Youtube. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-21. Dicapai pada 22 November 2015.
  3. ^ Rösler, Manuel. "First Superseries glory for Vittinghus". Badminton Europe. Dicapai pada 15 January 2017.