Hans-Ulrich Rudel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hans-Ulrich Rudel
Special Film Project 186 - Hans-Ulrich Rudel.jpg
Hans-Ulrich Rudel memakai darjah Daun Oak Emas bagi Salib Kesatria pada tahun 1945
Nama gelaran Eagle of the Eastern Front ("Helang Barisan Timur")
Tempat bersemadi Dornhausen, berhampiran Gunzenhausen
Kesetiaan Jerman Nazi Jerman Nazi
Perkhidmatan Regulation WW II Underwing Balkenkreuz.png Luftwaffe
Jumlah tahun berkhidmat 1936–1945
Pangkat Oberst (Kolonel)
Unit StG 3, StG 2, SG 2
Arahan III./StG 2, SG 2
Pertempuran
Anugerah Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak Emas, Pedang dan Berlian
Tugas lain Penulis, Ahli Perniagaan, ahli Parti Reich Jerman

Hans-Ulrich Rudel (2 Julai 1916 - 18 Disember 1982) ialah seorang juruterbang pesawat pengebom junam Stuka semasa Perang Dunia Kedua. Merupakan askar Jerman yang paling banyak menerima pingat dalam peperangan, Rudel adalah salah seorang daripada 27 orang perajurit yang dianugerahkan Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian, dan satu-satunya orang yang dianugerahkan darjah kepahlawanan tertinggi tentera iaitu Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak Emas, Pedang dan Berlian (selain daripada Hermann Goering yang menerima Grand Cross of the Iron Cross).

Rudel menerbangkan 2,530 misi tempur (rekod dunia), mendakwa sejumlah 2,000 sasaran dimusnahkan, termasuk 800 kenderaan, 519 kereta kebal, 150 artileri bergerak, 70 kapal pendarat, 9 kapal terbang (2 Ilyushin-2 dan 7 pejuang), 4 keretapi perisai, beberapa jambatan, sebuah kapal pembinasa, dua kapal kruiser dan kapal perang Marat milik Soviet. Beliau juga terlibat dalam 6 misi menyelamat di belakang barisan musuh, 32 kali terbabit dalam pendaratan kecemasan selepas ditembak jatuh oleh artileri musuh (beliau tidak pernah ditembak jatuh oleh kapal terbang lain, walaupun Josef Stalin telah menjanjikan ganjaran 100,000 ruble jika Rudel tertangkap) dan telah tercedera 5 kali (paling serius ialah kaki kiri dipotong dari paras bawah lutut).

Dengan kesemua rekod yang ada beliau dengan tidak syak lagi dianggap sebagai pahlawan yang paling hebat dalam seluruh angkatan tentera Jerman, memetik kata-kata Hitler kepada Rudel, "You are the greatest and most courageous soldier the German people have ever had" (Kamu adalah pahlawan Jerman yang paling ulung dan gagah perkasa).

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]