Hans Jeschonnek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hans Jeschonnek
General der Flieger Jeschonnek pada Jun 1941
Kelahiran(1899-04-09)9 April 1899
Hohensalza, Posen
Meninggal dunia18 Ogos 1943(1943-08-18) (umur 44)
Rastenburg, Prusia Timur
KesetiaanJerman Nazi Jerman Nazi
PerkhidmatanLuftwaffe
Tahun perkhidmatan1914 - 1943
PangkatGeneraloberst
ArahanKetua Staf Am Luftwaffe
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross
Lencana Emas Juruterbang Pemerhati bertahta Berlian
Darjah Michael the Brave.

Hans Jeschonnek (9 April 1899 – 18 Ogos 1943) ialah seorang Kolonel Jeneral (Generaloberst) termuda Jerman dan Ketua Staf Am Luftwaffe Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Beliau membunuh diri pada Ogos 1943.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Jeschonnek telah dilahirkan di Hohensalza (Inowrocław) dalam daerah Posen, Prusia. Anak seorang penolong guru sekolah menengah, beliau belajar di institut kadet Lichterfelde. Beliau telah ditauliahkan sebagai Leutnant pada tahun 1914 dan mula terbang dengan Jasta {Skuadron Pejuang} 40 dalam tahun 1917. Apabila Perang Dunia I berakhir, Jeschonnek telah menembak jatuh dua pesawat musuh dan menerima Iron Cross Kelas 1 dan Kelas 2.

Dengan penubuhan Reichswehr, Jeschonnek menyertai Pemberontakan Silesia sebagai anggota Rejimen Ke-6 Kavalri Reichswehr. Beliau kemudian bekerja dibawah Kurt Student di Jabatan Ordnans Tentera Darat. Jeschonnek lulus latihan Staf Am sebagai kelas valedictorian pada tahun 1928.

Setelah tamat pengajian, Jeschonnek berkerja dalam sebuah jabatan Kementerian Reichswehr yang bertanggungjawab bagi pembinaan kapal terbang yang diharamkan oleh Persetiaan Versailles. Beliau menjadi adjutan Erhard Milch pada tahun 1933 dan merupakan anak didik Walther Wever. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Kapten dalam Bomber Wing 152 pada bulan Mac 1934 dan ke Mejar pada 1 April 1935. Jeschonnek berkhidmat sebagai Komander Grup Latihan III dalam Wilayah Pentadbiran Udara I di Greifswald, yang menguji pesawat, dari 1 Oktober 1936-1 Oktober 1937. Pada tahun kedua beliau kembali ke kementerian Luftwaffe dan telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel. Jeschonnek menjadi Ketua Staf Operasi Luftwaffe pada 1 Februari 1938 dan mendapat kenaikkan pangkat ke Oberst pada November tahun yang sama. Pada 1 Februari 1939, pada usia 39 tahun, Jeschonnek menggantikan Hans-Jurgen Stumpff sebagai Ketua Staf Am Luftwaffe yang paling muda dalam sejarah, iaitu jawatan yang beliau sandang hingga mati. Pada 14 Ogos 1939, beliau dinaikkan pangkat ke Generalmajor.

Hermann Göring di hari pengkebumian Hans Jeschonnek

Pada hari pertama pencerobohan Poland yang mencetuskan Perang Dunia II, Jeschonnek memanggil Kedutaan Jerman di Moscow bagi meminta Soviet Union membiarkan stesen radio Minsk terus bersiaran sendiri, supaya juruterbang Jerman dapat menggunakannya sebagai tujuan navigasi terhadap sasaran tentera Poland. Beliau menerima pingat Knight Cross of the Iron Cross pada 27 Oktober 1939, selepas Poland dikalahkan. Dengan kejayaan Luftwaffe di Poland dan semasa Pertempuran Perancis, Jeschonnek telah dinaikkan pangkat ke General der Flieger pada 19 Julai 1940.

Walaupun Luftwaffe mencapai kejayaan besar semasa kempen menentang Poland dan Pertempuran Perancis, logistik Luftwaffe mula menjadi teruk semasa kempen terhadap Britain , Kesatuan Soviet, dan Mediterranean, terutamanya dengan kerugian yang tinggi dalam tenaga kerja dan material. Jeschonnek dan Hermann Goering dipersalahkan, kerana mereka telah memandang ringan logistik yang terlibat dalam kempen tersebut. Kerana Britain terus menentang "Blitz", Jeschonnek mencadangkan pada september 1940 bahawa Luftwaffe harus mengebom teruk kediaman pinggir bandar London, namun cadangan ini ditolak oleh Adolf Hitler. Walaupun kegagalan Luftwaffe dalam Pertempuran Britain, Jeschonnek telah dinaikkan pangkat ke Generaloberst pada 1 Mac 1942, ketika berusia 44 tahun, menjadikan beliau jeneral penuh termuda dalam sejarah Wehrmacht.

Sangat setia kepada Hitler dan bermusuh dengan Erhard Milch dan Göring, Jeschonnek menerima banyak kritikan dari Hitler mengenai keupayaan Luftwaffe yang merosot semasa perang. Generalfeldmarschall Albert Kesselring menjelaskan:

Sewaktu tahun-tahun peperangan, personaliti yang paling mengesankan di kalangan Ketua-ketua Staf Am adalah Generaloberst Jeschonnek - seorang yang luar biasa pintar dan bertenaga. Namun Jeschonnek tidak cukup kuat untuk menentang Goering (kadang kala dia berjaya menentang Hitler) dalam hal-hal membuat keputusan muktamad. Keharmonian yang sangat kurang menyebabkan kerja-kerja efektif penyelarasan terhenti.

Kubur Hans Jeschonnek

Sebagai sebahagian daripada Operasi Crossbow, serangan bom tentera Bersekutu melanda Peenemünde pada malam 17-18 Ogos 1943; Jeschonnek secara salah mengarah pertahanan udara Berlin menembak 200 buah pesawat pejuang Jerman yang telah tersilap berkumpul berhampiran ibukota Reich. Jeschonnek menembak dirinya sendiri pada 18 Ogos 1943 di Wolfsschanze (Wolf's Lair) di Rastenburg, Prusia Timur. Selepas kematiannya, Gunther Korten telah dilantik sebagai Ketua Staf Am yang baru pada 25 Ogos 1943.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Joachimsthaler, Anton (1999) [1995]. The Last Days of Hitler: The Legends, the Evidence, the Truth. Trans. Helmut Bögler. London: Brockhampton Press. ISBN 978-1-86019-902-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Keegan, John (2003). Who's Who in World War Two. Routledge (UK). ISBN 0-415-26033-7
  • Nielsen, Andreas L. (1968). German Air Force General Staff. Ayer Publishing. ISBN 0-405-00043-X
  • Schumann, Ralf (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 des LG 1 (in German). Zweibrücken, Germany: VDM Heinz Nickel. ISBN 978-3-86619-013-9.
  • Shirer, William (1983). The Rise and Fall of the Third Reich. Fawcett Crest. New York. ISBN 0-449-21977-1
  • Suchenwirth, Richard (1970). Command and Leadership in the German Air Force. Ayer Publishing. ISBN 0-405-00051-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Geschwaderkommodore Lehrgeschwader 1
1 Oktober 1936 – November 1936
Diikuti oleh:
Oberst Dr. Robert Knauss
Didahului oleh
tiada
Panglima Fliegerführer Irak
6 Mei 1941 – 29 Mei 1941
Diikuti oleh:
tiada
Didahului oleh
General der Flieger Hans-Jurgen Stumpff
Ketua Staf Am Luftwaffe
1 Februari 1939 – 19 Ogos 1943
Diikuti oleh:
General der Flieger Gunther Korten