Hans Wind

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Hanswind393.jpg
Hans Wind mencatatkan 26 kemenangan menggunakan pesawat BW-393
Pesawat Brewster Buffalo seperti yang digunakan Hans Wind

Hans Henrik "Hasse" Wind (30 Julai 1919, Ekenäs - 24 Julai 1995, Tampere) adalah seorang juruterbang pesawat pejuang dan seorang jaguh udara (ace) dari Finland semasa Perang Dunia II dengan 75 kemenangan udara yang disahkan.

Wind memulakan kerjaya sebagai juruterbang apabila dia bersukarela mengikuti satu kursus juruterbang dalam tahun 1938. Dia menjadi pegawai simpanan semasa perang Musim Sejuk 1939 – 1940 tetapi tidak dipanggil bertugas kerana kekurangan pesawat. Wind menamatkan kursus menjadi pegawai semasa musim panas 1941 dan selepas itu berkhidmat semasa Perang Sambungan di dalam 24 Skuadron.

Wind menerbangkan pesawat Brewster B239 Buffalo yang dikatakan sebuah reka bentuk yang tidak menjadi (Di kalangan juruterbang Amerika Syarikat ia dipanggil ‘keranda terbang’) dalam tahun 1941 – 1943. Hans Wind dianggap antara juruterbang paling mahir dalam perkara taktik pertempuran udara di dalam Ilmavoimat, (Tentera Udara Finland). Dia menulis sebuah manual tempur untuk pesawat B239 Buffalo selepas membuat analisis prestasi juruterbang Kor Marin semasa Pertempuran Midway. Wind mencatatkan 41 kemenangan udara menggunakan pesawat Brewster B239 Buffalo. Selepas kejayaannya di dalam pesawat B239 Buffalo, Hans Wind diberikan pesawat Messerschmitt Bf 109 sebagai tunggangannya.

Wind diberikan anugerah pinggan Mannerheim Cross pada 31 Julai 1943 dan diberikan lagi satu anugerah pingat yang sama pada 28 Jun 1944. Dia dinaikkan pangkat menjadi Kapten pada 19 Oktober 1943 ketika berusia 24 tahun.

Dalam musim panas 1944, Hans Wind menembak jatuh 30 buah pesawat musuh dalam tempoh 12 hari sahaja. Hans mendapat cedera parah pada 28 Julai 1944 dalam satu pertembungan dengan pasukan musuh yang jauh lebih besar dari pasukannya. Hans menghabiskan maa di hospital sehingga akhir peperangan untuk menjalani proses pemulihan dan tidak lagi terbang dalam misi kombat menentang musuh.

Hans meninggalkan Ilmavoimat, (Tentera Udara Finland) dalam tahun 1945 dan menceburi bidang perniagaan sehingga persaraannya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]