Hantu bungkus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hantu bungkus ajib atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu Cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Status[sunting | sunting sumber]

Hantu bungkus ada yang dipelihara bertujuan untuk menjaga kawasan atau rumah, dan suka bersembunyi di sebalik pepohon. Kemunculan hantu pocong adalah disebabkan ilmu hitam dan ritual seruan.

Lihat juga Hantu dalam masyarakat Melayu.

Jelmaan[sunting | sunting sumber]

Jelmaan hantu bungkus adalah seperti asap yang berbentuk manusia yang dibungkus kain kafan putih. Walaupun ia dikatakan boleh melompat, namun lompatannya adalah seperti pergerakkan asap yang pantas. Bukanlah seperti objek fizikal yang sebenar.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Pocong dikatan mampu untuk bergerak dengan pantas dan digunakan untuk menjaga rumah

Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak. Ini kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak. Namun ia hanyalah dongengan orang sebagai bahan tertawa. Kerana hantu pocong sebenar tidak berupa fizikal namun berbentuk samar samar asap. Hantu pocong juga dikatakan sering mengetuk pintu atau dinding rumah menggunakan kepala mereka.

Kelemahan[sunting | sunting sumber]

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam. Boleh membawa sial kepada hantu ini, apabila batu nisan diletak dihadapan rumah.

Penelitian secara ilmiah[sunting | sunting sumber]