Hantu kopek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alam Ghaib
Imej:Tiada
Hantu Kopek
Alam: Alam ghaib
Berbentuk fizikal: Ya
Mampu berubah bentuk: Tidak
Mampu menyerupai manusia: Ya
Menghisap darah: Tidak
Dipelihara: Tidak
Bermasyarakat : Tidak
Gambaran

Sejenis makhluk halus
yang hidup bebas.

Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib dan malam-malam, dengan cara menyembunyikan mereka di bawah kopek (buah dada) mereka.


Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Hantu kopek boleh dikelaskan dalam kumpulan makhluk halus yang tidak dipelihara / liar.


Jin dan jelmaan syaitan yang berubah mengikut keadaan namanya...

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Hantu kopek dikatakan berkeliaran di kawasan perkampungan dan akan menyorok kanak-kanak yang merayau-rayau pada waktu senja. Mereka yang disorok oleh hantu kopek, biasanya mampu melihat mereka yang mencari tetapi tidak mampu berkomunikasi dengan pencari.Masyarakat jawa percaya hantu kopek sering menyamar menjadi wanita cantik berkopek besar untuk menarik perhatian kanak-kanak lelaki.[perlu rujukan]

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

mampu menyorok ramai kanak-kanak yang berkeliaran pada waktu maghrib atau pada waktu senja

Kelemahan[sunting | sunting sumber]

Penelitian secara ilmiah[sunting | sunting sumber]

Hantu kopek ini dipercayai digunakan bagi menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak berkeliaran di waktu senja. Ini disebabkan pada masa dahulu, keadaan gelap senja amat merbahaya kerana haiwan buas mungkin memasuki kawasan perkampungan atau kanak-kanak yang berkaki ayam mungkin akan terpijak onak, duri, paku atau kaca dalam kegelapan malam. Selain itu terdapat juga ancaman binatang buas seperti harimau yang mungkin memasuki kampung dipinggir hutan. Dengan itu hantu kopek dicipta bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]