Hanukkah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hanukkah
Hanukkah
Hanukkiya atau Menorah Hanukkah
Nama rasmi Ibrani: חֲנֻכָּה atau חנוכה
Terjemahan: "Penubuhan" atau "Pentahbisan" (Kuil Suci)
Juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, Perayaan Pentahbisan
Diraikan oleh Orang Yahudi
Bermula pada 25 Kislev
Berakhir pada 2 atau 3 Tevet

Hanukkah (Bahasa Ibrani: חנוכה, juga dieja dengan Chanukah atau Hanukah), juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, ialah perayaan orang Yahudi selama lapan hari bermula pada hari ke-25 dalam bulan Kislev menurut kalendar Yahudi, yang mungkin jatuh pada bila-bila masa daripada akhir bulan November hingga akhir bulan Disember. Perayaan ini meraikan kebaktian semula Haikal Kedua pada masa Pemberontakan Maccabee.

Perayaan ini dirayakan dengan menyalakan lampu pada setiap malam perayaan: satu pada malam pertama, dua pada malam kedua dan seterusnya.