Hanyut (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hanyut
Pengarah U-Wei Saari
Penerbit Julia Fraser
U-Wei Saari(Penerbit Eksekutif)
Pengarang U-Wei Saari (lakon layar)
Joseph Conrad (cerita asal)
Lakonan Chris Vance
Ady Putra
Diana Danielle
Pengedar Gambar Tanah Licin Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Hanyut merupakan sebuah filem adapatasi dari novel tulisan Joseph Conrad yang bertajuk, Almayer's Folley bakal ditayangkan kepada umum pada 2012. Filem ini merupakan kembali semula U-Wei mengarah setelah kali terakhir beliau mengarah pada 2004 menerusi Buai Laju-Laju.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan novel pertama Joseph Conrad, filem epic ini bercerita tentang Almayer, seorang peniaga Belanda berjuang untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada pertukaran abad ke-19. Dia berimpian untuk menemui gunung emas yang dianggap mitos, tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah, intrik politik dari pusat daerah dan pedagang Arab, dan cinta putrinya terhadap seorang pahlawan Melayu yang inginkan kebebasan

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Skrip filem ini dihasilkan sejak 10 tahun lalu, iaitu lebih kurang pada 2002. Penantian yang panjang berikutan masalah kewangan yang dihadapai dalam merealisasikan filem bercorak sejarah ini.

U-Wei turut meminta tenaga luar dengan menggunakan khidmat Ryuichi Sakamoto, pemenang Anugerah Academy 1987 bagi filem The Last Emperor[1].

Pemilihan Pelakon[sunting | sunting sumber]

Misi pencarian pelakon yang sesuai untuk watak Nina, seorang gadis kepada pedagang Belanda, dilakukan. Menurut U-Wei, beliau mungkin menyerahkan watak ini kepada Sofea Jane. Tetapi, atas faktor usia, beliau meneruskan misi mencari pelakon yang sesuai dan hasilnya, Diana Danielle berjaya mendapat watak ini[2].

Manakala watak utamanya, Kasper Almayer, datang dalam bentuk pelakon British yang dikenali menerusi watak James Whistler dalam siri Prison Break, Chris Vance. Menurut U-Wei, bagi mencari pelakon yang dianggap sesuai dengan watak Almayer, lelaki pedagang Inggeris yang taksub dengan impian mencari emas di kawasan pergunungan Tanah Melayu pada kurun ke-19, beliau meneliti pelbagai nama pelakon, sama ada aktor ternama mahupun mereka yang baru hendak bertapak. Peluang tiba apabila skrip filem Hanyut sampai ke tangan ejen Chris. Sesi perbualan dengan ejen dan produser berlaku menimbulkan minat untuk Chris Vance membintangi filem ini. Chris juga tidak meminta yang bukan-bukan, sebaliknya menerima apa yang mampu kami berikan.

Filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon dari Singapura, Indonesia dan tidak ketinggalan, Malaysia

Krew Produksi[sunting | sunting sumber]

U-Wei turut menggunakan khidmat kru luar negara bagi menguatkan lagi filem yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan April 2010. Antara tenaga kreatif luar yang disenaraikan termasuk pemenang anugerah jurukamera terbaik Poland, Arkadiusz Tomiak sebagai Pengarah Fotografi, dibantu rakan senegara, Tomek Naumiuk, selaku Operator Kamera. Hanyut juga dibantu Pereka Produksi dari Australia, Sam Hobbs; dan Penolong Pengarah 1 dari Kanada, Rick Beecroft. Sementara muziknya pula digubah komposer Indonesia, Y Subowo, yang dibantu komposer tempatan, Ayob Ibrahim[3].

Filem ini mengadakan pengambaran di Kuala Lipis, Pahang. Setting filem ini berlatarbelakangkan zaman penjajahan di Tanah Melayu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]