Harakiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Harakiri (juga dieja hara-kiri) atau Seppuku (切腹) adalah amalan membunuh diri masyarakat Jepun yang menjadi satu aspek penting dalam masyarakat feudal Jepun (1192-1862) terutama di kalangan samurai. Ia dianggap sebagai cara kematian yang mulia. Harakiri secara literal bermaksud "memotong perut".

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Seppuku adalah sebahagian dari bushido iaitu kod bagi pahlawan samurai. Ia digunakan samurai supaya tidak dimalukan apabila jatuh ke tangan musuh. Kemungkinan juga, samurai mendapat arahan dari tuan mereka supaya melakukan seppuku. Seppuku juga dilakukan untuk menebus kemaluan atas kegagalan melakukan misi.

Senjata utama yang digunakan untuk melakukan seppuku adalah pisau samurai yang dipanggil tantō atau pedang pendek wakizashi. Samurai yang mahu melakukan seppuku akan memilih senjata yang mahu digunakan, membuka kimononya, menikam perutnya dan merobek dari kiri ke kanan. Seorang yang dipanggil kaishakunin akan menolong menamatkan riwayat samurai terbabit dengan memenggal kepala samurai tersebut selepas itu.