Hari Angam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hari Angam ialah cuti umum di Republik Nauru yang disambut setiap 26 Oktober. Angam ialah perkataan Nauru yang bermaksud "kegembiraan", "perayaan", "kejayaan mengatasi segala rintangan", "kejayaan mencapai matlamat" atau "kepulangan".

Hari Angam ialah hari berpesta serta hari merenung bagi orang Nauru. Dalam sejarah mereka, telah dua kali populasi orang Nauru jatuh di bawah 1,500 orang, dan kumpulan etnik Nauru dalam bahaya kepupusan. Mereka pulih dalam kedua-dua peristiwa. Apabila bilangan penduduknya mencecah 1,500 orang, jumlah minimum untuk keberlansungan sesuatu kaum, Hari Angam diisytiharkan. Hari Angam yang pertama disambut pada tahun 1932, dan yang kedua pada 1949.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.