Hari Bapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Bapa
Diraikan oleh/di
Banyak negara
JenisBersejarah
Kepentinganayah
TarikhBerubah-ubah mengikut kawasan
Berkaitan dengan
Hari Ibu

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Tarikh-tarikh[sunting | sunting sumber]

Tarikh yang diakui secara rasmi adalah berbeza menurut negara yang berlainan. Bahagian ini menyenaraikan beberapa contoh-contoh yang penting.

Ahad ketiga bulan Jun Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.
23 Jun Nicaragua, Poland, Uganda
30 Julai Vietnam
Ahad ketiga bulan Julai Uruguay
Ahad terakhir bulan Julai Republik Dominican
23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran) Iran
Ahad kedua Ogos Brazil
8 Ogos Taiwan
Ahad pertama bulan September Australia, New Zealand
Ahad kedua bulan November Estonia, Finland, Norway, Sweden
5 Disember Negara Thai
23 Februari Belarus, Rusia, Ukraine
19 Mac Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol
5 Mei Romania
8 Mei Korea Selatan (Hari Ibu bapa)
Hari Naiknya Yesus Jerman
Ahad pertama bulan Jun Lithuania
5 Jun (Hari Perlembagaan) Denmark
Ahad kedua June Austria, Belgium, Ecuador
17 Jun El Salvador, Guatemala

Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]