Hari Diabetes Sedunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Hari Diabetes Sedunia

Hari Diabetes Sedunia ialah suatu kempen kesedaran sejagat bagi penyakit kencing manis (diabetes mellitus) dan disambut pada 14 November setiap tahun. Ia diperkenalkan pada 1991 oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai gerak balas terhadap peningkatan membimbangkan diabetes di seluruh dunia. Hari Diabetes Sedunia mengguna pakai tema baharu yang dipilih persekutuan setiap tahun bagi menumpukan perhatian terhadap isu yang dihadapi penghidap diabetes sejagat. Sementara kempen berjalan sepanjang tahun, hari ini sendiri memperingati hari lahir Frederick Banting yang, bersama dengan Charles Best, mencetuskan idea yang membawa kepada penemuan insulin pada 1922.

Setiap tahun, Hari Diabetes Sedunia berpusat pada satu tema berkaitan kencing manis. Topik yang telah disentuh termasuklah diabetes dan hak asasi manusia, diabetes dan gaya hidup, diabetes dan keobesan, diabetes pada yang tak beruntung dan telut, diabetes pada kanak-kanak dan remaja.[1] dan berbicara mengenai diabetes[2]

Pada 2009–2013, tema yang dipilih ialah Pendidikan dan Pencegahan Diabetes.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Previous campaigns". World Diabetes Day. International Diabetes Federation. Diperoleh pada 2010-11-04. 
  2. Diabetes Week Celebrities - Celebrities Taking Part in Diabetes Week Diabetes.co.uk
  3. "Diabetes education and prevention". World Diabetes Day. International Diabetes Federation. Diperoleh pada 2010-11-04. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]