Hari Pahlawan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan mempertahankan tanah air di beberapa negara. Ia biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang pahlawan, atau hari kepahlawanannya.
[sunting] Malaysia
Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
[sunting] 2007
Sempena Hari Pahlawan 2007, pemimpin negara dan pasukan keselamatan bertafakur di dataran Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Persatuan Bekas Tentera Malaysia pula melancarkan kutipan derma ke sekolah-sekolah bagi memupuk semangat menderma dan cintakan tanah air. Pada 17 November 2007, Majlis Santapan Seri Pahlawan telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mengutip sumbangan derma untuk bekas tentera yang uzur dan kemalangan. [1]

