Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) adalah satu pameran sambutan perayaan Hari Peladang di Malaysia. Ia bermula dengan pengisytiharaan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak pada 6 Ogos 1972 di Dungun, Terengganu dengan nama "Perayaan Hari Peladang". Ia kemudian ditukar kepada "Hari Peladang dan Nelayan Kebangsaan" pada tahun 1982 (diguna pakai 1983-87). Kemudian pada tahun 1988 nama perayaan ditukar pula kepada "Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan" dan kekal sehingga kini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]