Hari Tahun Baharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tahun Baru
Diraikan oleh Hampir seluruh pengikut kalendar Gregory dan lain-lain
Jenis Antarabangsa
Kepentingan Hari pertama tahun Gregorian
Tarikh 1 Januari
Amalan Making Azam tahun baru, perarakan, acara sukaneka, bunga api
Berkaitan dengan Malam Tahun Baru, hari sebelumnya

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Hari Tahun Baru merupakan hari pertama dalam setiap tahun[1].Dalam kalendar Gregory,ia diraikan pada 1 januari, yang jatuh genap seminggu selepas Hari Krismas tahun sebelumnya. Pada zaman moden, Tahun Baru ialah 1 Januari dan dijadikan hari cuti di kebanyakan negara. Tahun baru merupakan hari suci bagi kebanyakan yang masih mengikut kalendar Julian, termasuk pengikut sesetengah gereja Ortodoks Timur, dan disambut pada 14 Januari kalendar gregory kerana perbezaan antara kedua-dua kalendar ini. Tahun Baru biasanya disambut dengan bunga api.

Amalan moden[sunting | sunting sumber]

1 Januari menandakan berakhirnya tempoh mengingati peristiwa-peristiwa tahun yang berlalu, terutamanya di radio, televisyen, dan dalam akhbar, yang biasanya dimulakan selepas hari Krismas. Hasil penerbitan sering mengeluarkan rencana akhir tahun yang mengimbas kembali perubahan yang berlaku sepanjang tahun yang lalu. Topik-topik yang sering dibincangkan termasuk politik, bencana alam, muzik dan seni, dan senarai individu terpenting yang meninggal dunia sepanjang tahun yang lalu. Selalunya ada juga rencana mengenai perubahan yang dirancang atau dijangka pada tahun akan datang, seperti menghuraian undang-undang baru yang selalu berkuat kuasa mulai 1 Januari.

Secara tradisi, hari ini merupakan hari jamuan keagamaan, tetapi sejak 1900-an telah menjadi upacara keraian pada malam 31 Disember, iaitu Malam Tahun Baru. Pertunjukan bunga api sering diadakan pada tengah malam. Bergantung kepada undang-undang sesebuah negara, orang ramai boleh dibenarkan menyala bunga api, meskipun dilarang berbuat demikian pada hari-hari lain.

Membuat azam Tahun Baru menjadi peristiwa yang penting, iaitu apa yang seseorang yang berharap akan tunaikan pada tahun akan datang; antaranya berhenti merokok atau minum arak, mengurangkan berat badan atau meningkatkan kesihatan fizikal.[perlu rujukan]

Di semua negara yang menggunakan kalendar Gregory, kecuali Israel, Hari Tahun Baru ialah cuti umum.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hari Tahun Baru asalnya disambut pada 15 Mac dalam kalendar Rom lama, sebelum dibawa ke 1 Januari pada tahun 153 SM, apabila dua orang konsul Rom ketika itu, yang memberi nama mereka pada kalendar itu, dilantik pada tarikh itu atas sebab-sebab ketenteraan.

Kebanyakan negara di Eropah Barat secara rasminya menerima 1 Januari sebagai Tahun Baru lebih kurang sebelum mengamalkan kalendar Gregory. Kadang-kala ini dipanggil Gaya Sunat, kerana tarikh ini pernah dijadikan Kenduri Sunat, iaitu hari yang kelapan apabila dikira mulai 25 Disember.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kamus Dewan edisi baru Cetakan Kelima (1994) Keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (ISBN 983-62-0979-4), mukasurat 1265

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan: