Hari Tasyrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hari Tashriq)
Lompat ke: pandu arah, cari
Hari Tasyrik
هاري التـّشریق
Nama rasmi bahasa Arab: Ayyam At-Tashriq (أیّام التـّشریق)
Juga dikenali sebagai Hari Makan Minum (Umat Islam diharamkan berpuasa ketika Hari Tasyrik)
Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim
Jenis Perayaan agama
Kepentingan Sebagai lanjutan kepada Hari Raya Aidiladha, bagi memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah SWT. Namun Allah SWT telah menggantikan bahan sembelihannya kepada kambing biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas berkenaan.
Petanda berakhirnya musim Haji ke Makkah.
Tarikh 11,12, 13 Zulhijjah
Sambutan Penukaran kelambu Kaabah (Kiswah) pada 9 Zulhijjah, Menghias rumah, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, jamuan makan, memberi hadiah, memakan pakaian baharu lagi bersih, balik kampung
Amalan Solat, mengadakan ibadah korban iaitu menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Tasyrik dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT. Binatang yang dibolehkan korban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan kambing biri-biri (kibas). Memberi 1/3 daging kurban kepada jiran tetangga, sahabat handai dan sedekahkan 1-3 bahagian daging kurban atau lebih kepada orang miskin, fakir dan yang memerlukan. Daging, kulit, tanduk atau apa-apa jua bahagian tubuh dari haiwan sembelihan tidak boleh dibuat jual beli kembali atau bahan untuk urusniaga.
Berkaitan dengan Haji, Umrah & Hari Raya Aidiladha (sepuluh Zulhijjah).

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontarkan anak batu kepada syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua-dua Nabi besar itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Umat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga maghrib tersebut.

Takbir raya tidak semestinya dilaungkan di masjid sahaja mahupun selepas setiap waktu solat. Umat Islam digalakkan melaungkan lafaz takbir ini (pada masa-masa yang disunatkan/dibenarkan) di mana-mana sahaja. Di dalam kenderaan, waktu sedang memandu, di dalam rumah, waktu sedang menguruskan hal-hal kerja, bersantai, di jalanan ketika waktu pergi ke masjid atau surau dan di mana-mana sahaja mereka berada dan teringat hendak bertakbir. Mereka tidak perlu menunggu sampai di surau dan selepas solat baru hendak bertakbir.

Haram berpuasa[sunting | sunting sumber]

Pada hari-hari Tasyrik, umat Islam (Muslim) sama sekali diharamkan untuk melakukan ibadat puasa, ini kerana Hari Tasyrik juga membawa maksud "Hari Makan Minum".

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: ”Rasulullah S.A.W bersabda: ”Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Sumber[sunting | sunting sumber]