Hari Wesak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hari Wesak (Tulisan Jawi:هاري ويسک) merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Tarikh perayaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Masihi Thailand Singapura Laos Myanmar Sri Lanka Kemboja Indonesia Nepal & India China Malaysia
2001 7 Mei 2544BE 7 Mei 6 Mei 2545thBE 7 Mei 2545thBE 7 Mei 2545thBE 7 Mei 2545thBE 30 Mei 7 Mei
2002 26 Mei 2545BE 27 Mei 26 Mei 2546thBE 26 Mei 2546thBE 26 April 2546thBE 26 Mei 2546thBE 19 Mei 26 Mei
2003 15 Mei 2546BE 15 Mei 15 Mei 2547thBE 15 Mei 2547thBE 15 Mei 2547thBE 16 Mei 2547thBE 8 Mei 15 Mei
2004 2 Jun 2547BE 2 Jun 3 Mei 2548thBE 4 Mei 2548thBE 3 Mei 2548thBE 3 Jun 2548thBE 3 Mei 26 Mei 2 Jun
2005 22 Mei 2548BE 23 Mei 22 Mei 2549thBE 23 Mei 2549thBE 22 Mei 2549thBE 24 Mei 2549thBE 23 Mei 15 Mei 22 Mei
2006 12 Mei 2549BE 12 Mei 11 Mei 2550thBE 12 Mei 2550thBE 12 Mei 2550thBE 13 Mei 2550thBE 13 Mei 5 Mei 12 Mei
2007 31 Mei 2550BE 31 Mei 31 Mei 2550BE 30 April 2551thBE 1 Mei 2551thBE 1 Mei 2551thBE 1 Jun 2551thBE 2 Mei 24 Mei 31 Mei
2008 19 Mei 2551BE 19 Mei 18 Mei 2551BE 19 Mei 2552thBE 19 Mei 2552thBE 19 Mei 2552thBE 20 Mei 2552thBE 20 Mei 12 Mei 19 Mei
2009 8 Mei 2552BE 9 Mei 8 Mei 2552BE 8 Mei 2553thBE 8 Mei 2553thBE 8 Mei 2553thBE 9 Mei 2553thBE 8 Mei 2 Mei 9 Mei
2010 28 Mei 2553BE 28 Mei 28 Mei 2553BE 27 April 2554thBE 27 Mei 2554thBE 28 April 2554thBE 28 Mei 2554thBE 27 Mei 21 Mei 28 Mei
2011 17 Mei 2554BE 17 Mei 17 Mei 2554BE 17 Mei 2555thBE 17 Mei 2555thBE 17 Mei 2555thBE 17 Mei 2555thBE 17 Mei 10 Mei 17 Mei
2012 4 Jun 2555BE 5 Mei 5 Mei 2555BE 5 Mei 2556thBE 5 Mei 2556thBE 5 Mei 2556thBE 6 Mei 2556thBE 6 Mei 28 April 5 Mei
2013 24 Mei 2556BE 24 Mei 24 Mei 24 Mei 2557BE 24 Mei 25 Mei 2557 BE 25 Mei 24 Mei 24 Mei
2014 13 Mei 2557BE 13 Mei 13 Mei 14 Mei 15 Mei 2558 BE 14 Mei 13 Mei
2015 1 Jun 2558BE 2 Jun 2559 BE 1 Jun
2016 20 Mei 2559BE 21 Mei
2017 10 Mei 2560BE 10 Mei

Pautan luar[sunting | sunting sumber]