Hari Zamenhof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Zamenhof
Hari Zamenhof yang disambut oleh persatuan Esperanto Senlime di Kelmis, Belgium.
Nama rasmiZamenhofa Tago (Esperanto)
Juga dikenali sebagai
Hari Kesusasteraan Esperanto,
Hari Esperanto,
Hari Lahir Zamenhof
Diraikan oleh/di
Masyarakat Esperanto sedunia
JenisPerayaan kebudayaan
Tarikh15 Disember

Templat:Esperanto sidebar Hari Zamenhof (Zamenhofa Tago dalam bahasa Esperanto), juga dikenali sebagai Hari Esperanto,[1] disambut pada 15 Disember, iaitu hari lahir pencipta bahasa Esperanto, L. L. Zamenhof.[2] Ia merupakan hari kebesaran dalam kebudayaan Esperanto.[3]

Sejarah keraian Esperanto pada hari lahir Zamenhof's bermula pada 17 Disember 1878, apabila beliau memperkenalkan Lingwe uniwersala, iaitu versi pertama bagi bahasa antarabangsa ciptaannya, kepada sahabat handainya sempana hari lahirnya yang ke-19.[4][5] Menjelang tahun 1887, bahasa ini telah berkembang menjadi apa yang kini dikenali sebagai Esperanto apabila beliau menerbitkan Unua Libro.

Sekitar hari kebesaran ini, ramai penutur Esperanto membeli sebuah buku Esperanto tambahan. Juga terdapat perhimpunan dan jamuan Esperanto khas di seluruh dunia untuk menyambut hari kebesaran ini yang juga dimanfaatkan sebagai satu sebab bagi para Esperantis untuk berkumpul ketika musim perayaan.

Sesetengah penutur Esperanto yang tidak ingin terlebih menyanjung pencapaian seorang tokoh sahaja, bercadang agar 15 Disember dijadikan Hari Kesusasteraan Esperanto. Oleh itu, mereka menggalakkan pertubuhan-pertubuhan Esperanto yang mengadakan perjumpaan pada hari itu untuk mengadakan sesi ulasan buku atau deklamasi sajak dalam acara mereka, ataupun mengumumkan penerbitan buku baru. Di tahap individu, seseorang boleh membeli atau mulai membaca buku baru atau sebagainya untuk meraikan kesusasteraan Esperanto.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-31. Dicapai pada 2011-12-15.
  2. ^ [http://www.poland.pl/archives/postpartionera/article,,id,271194.htm Post-Partition Era (19th century) - Birth certificate of Ludwik Zamenhof, dated the 15th of December 1859
  3. ^ radio international
  4. ^ Boulton, Marjorie: Zamenhof, Aǔtoro de Esperanto. La Laguna : J. Régulo, 1962.
  5. ^ Discussion on the exact date of that birthday party may be found at [1] Diarkibkan 2012-04-25 di Wayback Machine.