Harian Metro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Harian Metro
Harian-metro new.jpg
Format Tabloid
Pemilik Kumpulan New Straits Times Press
Diasaskan 25 Mac 1991
Ibu pejabat Lembah Klang
Laman web http://www.hmetro.com.my/

Harian Metro merupakan akhbar harian tabloid petang berbahasa Melayu di Malaysia.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sebelum kehadiran Harian Metro, terdapat di kalangan penyokong media sudah merasakan perlunya ada sebuah akhbar harian petang berbahasa Melayu di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, ia masih tidak menjadi kenyataan sehinggalah Kumpulan New Straits Times Press menyahut cabaran itu. Akhbar petang pertama Malaysia berbentuk tabloid dilancarkan pada 25 Mac 1991 dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari. Sejak itu, Harian Metro diterbitkan enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu) oleh Berita Harian Sdn Bhd. Pada 25 Mac 1992, Harian Metro melancarkan edisi selatannya di Johor Bahru. Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi. Pesanan cetakan pertama di kilang New Straits Times Press di Senai ialah 15,000.

Metro Ahad[sunting | sunting sumber]

Logo Harian Metro Ahad

Sejak itu, Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mewujudkan edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan. Harian Metro mencatatkan jualan tertingginya iaitu 390,019 naskhah pada 31 Oktober 2009. Penerbitan Harian Metro menjadi lengkap apabila ia mengeluarkan edisi Ahadnya, iaitu Metro Ahad pada 20 Ogos 1995 dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. Metro Ahad mencatat jualan tertingginya sebanyak 433,480 naskhah pada 8 November 2009.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Akhbar Harian Metro

Matlamatnya pada peringkat awal ialah untuk menyampaikan maklumat bagi penduduk Lembah Klang mengenai peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Namun, berdasarkan sambutan menggalakkan, Kumpulan NSTP kemudiannya meluaskan pengedaran akhbar berkenaan ke seluruh Semenanjung. Selain berita tempatan, Harian Metro juga menyajikan berita terkini di peringkat nasional dan global.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]