Harimaumalaya.com

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Harimaumalaya.com atau HMC merupakan Komuniti Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia.Kelab penyokong ini ditubuhkan bagi menyemarakkan sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia.Medium utama HMC untuk mengumpulkan ahli dan mengadakan perbincangan adalah melalui laman web rasmi HMC iaitu www.harimaumalaya.com Diarkibkan 2018-11-19 di Wayback Machine

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

HarimauMalaya ditubuhkan selepas kekalahan memalukan Malaysia di Piala Asia 2007 bagi menunjukkan betapa sayangnya rakyat Malaysia terhadap perkembangan bola sepak di Malaysia, diatas inisiatif beberapa individual yang bergiat aktif di dalam Internet dan bersemangat untuk memartabatkan kembali bola sepak Malaysia di mata dunia.

Objektif & Matlamat[sunting | sunting sumber]

Penubuhan laman web ini bagi mengumpulkan seramai yang mungkin rakyat Malaysia bagi memberi semangat kepada pasukan Malaysia setiap kali pertandingan antarabangsa atau tempatan di adakan.

Selain itu, HMC juga membincangkan pelbagai topik dan isu-isu semasa mengenai bola sepak Malaysia dan antarabangsa termasuklah pasukan kebangsaan dan juga liga serta kejuaraan bola sepak tempatan & luar negara termasuk rantau Asia.

Konsep & Semangat yang diperjuangkan[sunting | sunting sumber]

HarimauMalaya.Com memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada bola sepak negara tidak kira sama ada menang atau kalah.HMC juga berazam untuk menyemai semangat patriotisme dan integriti nasional melalui sukan bola sepak.

Konsep yang diperkenalkan hampir sama dengan konsep ‘ultras’ di kalangan penyokong bola sepak di Eropah, tetapi penerapan nilai dan budaya ketimuran tetap diutamakan.

Asas kepada konsep ‘ultras’ ini ialah berdiri dan menyanyi sepanjang perlawanan berlangsung bagi menunjukkan kesetiaan komuniti HarimauMalaya.com kepada pasukan kebangsaan, dan sebagai menjalankan tanggungjawab sebagai pemain ke-12 dengan sebaik mungkin.

Konsep ini merupakan sesuatu yang baru yang mana ia menjadi asimilasi di antara konsep ‘ultras’ dan budaya nilai dan budaya timur yang sudah sebati dengan kita.

Tidak wujud unsur samseng bola sepak dalam kumpulan ini. Yang wujud, ialah suasana ceria sambil menyokong pasukan kebangsaan, sesuai untuk segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Aktiviti & Program[sunting | sunting sumber]

HarimauMalaya.Com juga ada menjalankan pelbagai aktiviti & program untuk ahli-ahli seperti perjumpaan untuk membincangkan pelbagai isu, mencipta t-shirt rasmi, perlawanan futsal & sebagainya.

Pengumpulan ahli[sunting | sunting sumber]

HarimauMalaya.Com mensasarkan lebih ramai peminat bola Malaysia mendaftarkan diri sebagai ahli kelab ini untuk bersama-sama memberi sokongan padu untuk menaikkan semangat pemain-pemain bola sepak negara.

Kini, HMC telah berjaya mengumpulkan lebih 1,000 orang ahli berdaftar dan jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa serta mencatatkan purata jumlah pengunjung sebanyak 3,500 ‘hits’ sehari.

Mereka yang mahu menyertai komuniti ini untuk bersama mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara hanya perlu melayari www.harimaumalaya.com Diarkibkan 2018-11-19 di Wayback Machine

Penubuhan syarikat[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini juga sudah menubuhkan sebuah syarikat, HarimauMalaya.com Solutions Enterprise (HMC Solutions) bertujuan mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti mereka pada masa depan. Ahli juga boleh menyumbangkan dana bagi menaiktaraf laman web ini serta digunakan menjalankan aktiviti yang dianjurkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]