Harold Rowdon Briggs

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Harold Rawdon Briggs
1894 - 1952
Nama gelaran Briggo
Kesetiaan  United Kingdom
Perkhidmatan Tentera India British
Jumlah tahun berkhidmat 1915 - 1948
Pangkat Lieutenant-General
Arahan 2nd Battalion, 10th Baluch Regiment (1937 to 1940)
Indian 7th Infantry Brigade (Sept 1940 to May 1942)
Indian 5th Infantry Division (May 1942 to June 1944)
Burma Command (1946 to 1948)
Pertempuran East African Campaign
Western Desert Campaign
Burma Campaign
Anugerah KCIE (Jan 1948)
KBE()
CB ()
CBE (May 1945)
DSO (Dec 1941)
DSO (April 1942)
DSO (May 1944)
MID (24 Jun 1943)
MID (5 Aug 1943)
MID (5 Apr 1945)

Lieutenant-General Sir Rawdon Briggs KCIE KBE CB DSO and two bars (1894 – 1952) juga merupakan pegawai dalam Tentera India British semasa Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan era selepas perang. Field Marshal Viscount William Slim menyebut mengenainya[1]

Saya kenal hanya sedikit komander yang membuat banyak keputusan penting dan segera pada setiap peringkat pangkat, dan saya tidak kenal orang lain yang membuat begitu sedikit kesilapan ("I know of few commanders who made as many immediate and critical decisions on every step of the ladder of promotion, and I know of none who made so few mistakes")

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mendapat didikan di Sekolah Bedford dia merupakan warganegara U.S. sehingga dia menerima surat warganegara ("naturalisation papers") British pada tahun 1914 dan menjadi kadet di Koleh Tentera Diraja Sandhurst.[2] Pada tahun 1915, selepas perlantikan ke Tentera India dibatalkan,[3] dia ditugaskan ke Regimen Raja (Liverpool) dan bertempur di Perancis]]. Pada tahun 1916 dia ditukarkan ke Tentera India British, menyertai Punjabis ke-31 (yang pada tahun 1922 menjadi batalion ke-2 Regimen Punjab ke-16), berjuang di Mesopotamia dan kemudiannya di Palestine.[4] Pada September 1917 dia dilantik bagi memerintah datu dari kompeni Punjabi ke-31 dengan pangkat sebagai kapten gantian ("acting captain"),[5] dan ditugaskan ke Punjabis ke-152 pada May 1918 dalam peranan yang sama.[6]

Pada tahun 1924 dia ditukarkan ke batalion pertama Rejimen Baluch ke-10 dengan mana dia dua kali beraksi di Sempadan Barat Laut India pada 1930-an. Dia dilantik sebagai major pada Ogos 1932[7] (setelah dijadikan brevet-major pada Januari[8]) and then lieutenant-colonel in September 1937[9] when given command of the 2nd battalion 10th Baluch Regiment.[4]

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan Perang Dunia Kedua bertugas di India memerintah batalion ke-2 Regiment Baluch Ke-10. Pada September 1940 dia dilantik sebagai brigadier dan diberikan pemerintahan Brigade Infantri India ke-7.

Gurun Barat[sunting | sunting sumber]

Brigade ini dihantar untuk menyertai Division Infantri India ke-4 yang dibentuk di Mesir bagi menangani ancaman Itali dari Libya. Brigade ini tidak terbabit dalam pertempuran semasa Operasi Compass tetapi pada Disember 1940 dipecahkan dari division dan dihantar ke Pelabuhan Sudan berhampiran sempadan di utara Eritrea di mana baki division (bersama satu batalion Brigade ke-7) dihantar bagi menyertai Division Infantri India ke-5 di sempadan barat Eritrea dengan Sudan.


Setelah memerintah division sejak May 1942 sebagai major-jeneral bertindak ("acting major-general"), Briggs hanya dilantik sebagai substantive major-general pada Julai 1945, selepas dia melepaskan pemerintahan. Luar biasa, dia tidak pernah memegang pangkat substantive brigadier, kerana dilantik dari Kolonel langsung kepada major-jeneral.[10]

Selepas Perang dan persaraan[sunting | sunting sumber]

Dia dilantik kembali sebagai lieutenant-jeneral pada 1946 apabila dia menjadi Commander in Chief, Pemerintah Burma dan bersara pada Januari 1948 untuk tinggal di Cyprus setelah dilantik sebagai Knight Commander of the Order of the Indian Empire pada Ogos 1948.[11] Sungguhpun hanya substantive major-general ketika bersara, dia diberikan pangkat lieutenant-jeneral kehormat pada Julai 1948.[12]

Malaya[sunting | sunting sumber]

Pada 1950 Briggs dipanggil kembali ketugas aktif oleh Slim, yang pada masa itu merupakan Chief of the Imperial General Staff, untuk menjadi sebagai Direktor Operasi di Persekutuan Tanah Melayu ketika berlaku Darurat. Perlaksanaan Rancangan Briggs dianggap sebagai faktor utama dalama kejayaan pihak berkuasa ke atas pemberontak Parti Komunis Malaya. Dikatakan pada Briggs: "Dia percaya bahawa terdapat 'dua matlamat utama' perlu dicapai bagi mengakhiri kebangkitan -- pertama, bagi melindungi penduduk, dan kedua mengasingkan mereka daripada gerila."

Pada 1951 Briggs sekali lagi bersara ke Cyprus tetapi, kesihatannya terjejas oleh tempoh perkhidmatannya di Malaya, dan dia meninggal pada 1952. Peranan Direktor Operasi di Malaya diambil alih oleh Sir Gerald Templer yang mengendali kejayaan perlaksanaan rancangan Briggs.

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

  • Ditauliahkan kedalam Regimen DiRaja Liverpool, Perancis - 1915
  • Ditukar ke Rejimen ke-31 Punjab, Mesopotamia - 1916
  • Ditukar battalion Pertama, Rejimen ke-10 Baluch - 1923
  • Pegawai Pemerintah, Battalion ke-2, Rejimen ke-10 Baluchistan - 1937 hingga 1940
  • Pegawai Pemerintah, Brigade ke-7 Poona, Division India ke-4, Afrika Utara, Afrika Timur - 1940 hingga 1942
  • Pegawai Pemerintah Awam ("General Officer Commanding", 5th Indian Division, North Africa, Iraq, Burma - 1942 hingga 1944
  • Ketua Turus Pegawai Awam ("General Officer Commander in Chief"), Pemerintah Burma - 1946 hingga 1948
  • Direktor Operasi, Malaya - 1950 hingga 1951

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]