Haron Din
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din |
|
![]() |
|
|
Timbalan Mursyidul AM PAS
|
|
|
|
|
| Tarikh lahir | 18 Ogos 1940 |
|---|---|
| Tempat lahir | Kangar, Perlis |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Timbalan Mursyidul Am PAS |
| Agama | Islam |
Dato' Dr. Haron bin Din (Jawi: هراون بن دين) dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Bohor Mali, Kangar, Perlis .
Isi kandungan |
[sunting] Pendidikan
- Kolej Islam Klang (1962-1965) - Sijil Tertinggi Kolej
- Diploma Pendidikan Al-Azhar, Kaherah (1966-1968)
- M.A. Syariah dari Ain-Shams, Universiti Kaherah (1972-1974) - Ph.D Syariah
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Profesor pada tahun 1986.
- Beliau telah menulis banyak buku antaranya ialah, manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam, Hudud dalam Perundangan Islam dan banyak lagi.
[sunting] Kerjaya
- Pensyarah
- Profesor
- Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
- Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
- Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
- Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
- Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
- Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
- Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
- Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
- Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
- Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
[sunting] Politik
- Mula bergiat aktif dalam PAS sejak dari tahun 1974
- Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
- Ketua Penerangan PAS Pusat
- Ahli Majlis Syura Ulamak
- Timbalan Mursyidul Am PAS
[sunting] Pilihan raya
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 , Datuk Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Beliau tewas kepada pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional ) mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dr Haron Din sekali lagi tewas kepada calon Barisan Nasional/ UMNO. Ismail Bin Kasim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16451. Dr Haron Bin Din mendapat 16,151 undi sahaja. Peratus pengundi yang keluar ialah 83.4 %. Undi rosak sebanyak 586.
