Harris Allan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harris Allan
Kelahiran (1985-02-11) 11 Februari 1985 (umur 39)

Harris Allan (dilahirkan pada 11 Februari 1985 di Regina, Saskatchewan, Kanada) ialah seorang pelakon dan artis rakaman Kanada. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Lord Roberts dan Sekolah Menengah Raja George di Vancouver, B.C.

Karier[sunting | sunting sumber]

Karier lakonan profesional Allan bermula di Vancouver, Kanada pada usia 12 tahun sebagai bintang jemputan dalam siri TV, The New Addams Family. Pada usia 15 tahun, dia memegang watak sebagai pembunuh kejam dalam tiga episod siri CBC, Cold Squad. Dia juga muncul dalam siri WB, Smallville dan The 4400.

Allan memegang watak tetap dalam hit Showtime, Queer as Folk sebagai James ("Hunter") Montgomery dari 2003 hingga tamat rancangan itu yang bersiaran selama lima tahun pada 2005. Filem yang dibintanginya termasuklah A Home at the End of the World bersama-sama Colin Farrell dan Sissy Spacek. Allan tampil dalam movie 2006, Final Destination 3 dan menjadi bintang jemputan dalam siri TV Showtime, Masters of Horror dan memegang watak Eric dalam movie 2009 Nickelodeon, Spectacular!.

Karier muzik Allan bermula pada usia 16 tahun sebagai penggubah lagu dan dari 2005 hingga 2007 dia menjadi penyanyi utama dan pemain gitar bagi Square9. Kumpulan itu membuat persembahan di dalam dan sekitar kawasan Vancouver dan menerbitkan EP yang dirakam di Mushroom Studios pada Januari 2006.

Pada tahun 2007, Allan memulakan karier muzik solonya sebagai artis rakaman dan persembahan hip hop/rap Fallan Soldier. Dia menggubah dan menerbitkan semua bahannya. Album debut Fallan Soldier, Above The Call Of Duty, diterbitkan pada 31 Mac 2009. Ia menampilkan 12 buah lagu-lagu hip hop/rap, termasuklah single Fights.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

TV[sunting | sunting sumber]

  • Supernatural - (2012) dalam episod kedua pada musim ke-8: "What's Up, Tiger Mommy?"
  • " Power Rangers Taraso Force " - Roy marshall/Red Taraso Ranger [2012]
  • Masters of Horror - Frank - dalam episod "Jenifer" (2005)
  • The 4400 - Sam - (2003) dalam episod: "The Fifth Page" (2005)
  • Queer as Folk - James "Hunter" Montgomery : AS (2000) (2003–2005)
  • Smallville - Jake Pollan - (2001) dalam episod: "Extinction" (2003)
  • Cold Squad - Tyler - (1998) dalam episod: "Loose Ends" 12 (2001)
  • Cold Squad - Tyler - (1998) dalam episod: "Loose Ends" Part 2. (2001)
  • Cold Squad - Tyler - (1998) dalam episod: "Dead Soldiers" (2001)
  • The New Addams Family - Boy Scout (1998) dalam episod: "Morticia and the Psychiatrist" (1998)

Rancangan bual bicara[sunting | sunting sumber]

  • 969/MTV Kanada (2004)

Temuramah dalam majalah[sunting | sunting sumber]

Rencana[sunting | sunting sumber]

  • AnE Vibe, Hard-hitting: An Interview With Fallan Soldier by Alex Hutt, 10 April 2009
  • TV Guide, 12 Mac 2005
  • Valdosta Daily Times, 22 Oktober 2004
  • Vancouver Sun, 7 AOgos 2004
  • Daily Variety, 22 Julai 2004

Foto kulit majalah[sunting | sunting sumber]

  • EXP Magazine, Mei 2004

Pautan luar[sunting | sunting sumber]