Harris Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Harris Salleh
Harris Salleh.jpg

Tempoh jawatan
1976 – 1985
Didahului oleh Tun Mohammad Fuad Stephens
Diganti oleh Joseph Pairin Kitingan

Lahir 4 November 1930 (83 tahun)
Parti politik USNO, BERJAYA
Pasangan Datin Rupiah Bachee Khan
Religion Islam

Datuk Harris bin Mohd Salleh merupakan Ketua Menteri Sabah ke-6 dari tahun 1976 hingga 1985.[1][2] Beliau merupakan presiden Parti Berjaya. Parti Berjaya pimpinan beliau telah menewaskan parti USNO pimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada 1963, Harris Salleh meletakkan jawatan sebagai kerani di Pejabat Peguam untuk bertanding dalam pilihan raya di Tanjung Aru, Sabah. Beliau menyertai parti USNO yang baru dibentuk dan dilantik sebagai setiausaha parti. Dalam kabinet pertama Tun Fuad, beliau dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan menggantikan Tun Mustapha yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama.

Pada 1964,namanya dicalonkan menjadi Menteri Persekutuan di Kuala Lumpur. Menteri Penerangan Malaysia , Mohamed Khir Johari setuju dengan kewibawaan Harris yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan Sabah.[3]

Pada 1964 juga menyaksikan rombakan kabinet Sabah . Mr Peter Lo Sui Yin (Ketua Menteri Sabah); Dato G.S Sundang (Timbalan Ketua Menteri Sabah) ; Harris Salleh (Menteri Kewangan) ; Dato Khoo Siak Chiew (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya) l Dato Pang Tet Tshung (Menteri Kerajaan Tempatan) ; Thomas Jayasuriya (Menteri Kesihatan) ; Dato Mohamed Yassin Hashim (Menteri Kebajikan Masyarakat) dan Mohamad Said Keruak (Menteri Pertanian dan Perikanan) .[4]

Selepas kemenangan USNO dalam Pilihan raya negeri Sabah 1967, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kabinet pertama Tun Mustapha. Bagaimanapun beliau berbeza pandangan . Beliau kembali menyertai kabinet sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah selepas pakatan USNO menang dalam Pilihan raya negeri Sabah 1971.

Pada 1967, Harris Salleh membantah cadangan Menteri kewangan Malaysia , Tun Tan Siew Sin berhubung penstrukturan semula cukai pembalakan . Cukai ini sangat menyentuh Dasar Sabah menyertai Malaysia. Cukai itu boleh membunuh industri perkayuan Sabah . Royalti kayu kayan Sabah sangat penting untuk pembangunan negeri Sabah. [5]

Pada 1969, Harris Salleh pernah dilantik menjadi Menteri Kewangan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah , Tun Datu Mustapha Harun. Ketika itu beliau adalah Timbalan Presiden USNO dan Barisan Nasional Sabah. [6]

Pada 1973 , Harris tidak setuju dengan kepimpinan diktator Datu Mustapha di Sabah dan melepaskan jawatan menteri kabinet Sabah. Beliau menubuhkan parti berbilang kaum 'Berjaya' bagi menjatuhkan Mustapha dari tampuk kuasa. Harris menjadi Presiden Berjaya yang pertama pada bulan Julai 1973. Parti Berjaya kemudian disertai oleh Tun Fuad yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Negara.

Parti Berjaya[sunting | sunting sumber]

Mulanya beliau adalah Setiausaha Agung parti USNO. Kemudian berkrisis dengan Tun Datu Mustapha lalu menubuhkan Parti UPKO pada 1975 dan kemudian ditukar kepada BERJAYA. BERJAYA adalah hasil kerjasama antara beliau dengan Tun Mohammad Fuad Stephens. Tun Fuad dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah ke-5 tetapi terbunuh dalam kemalangan kapal terbang pada 6 Jun 1976. Oleh itu Harris telah dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1976.

Pada 6 Jun 1976 Tun Fuad terbunuh apabila kapal terbang yang dinaiki terhempas di Kota Kinabalu . Turut terbunuh ialah Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun;pembantu menteri Darius Binion; Setiausaha Negara bagi Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau; Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah Dr. Syed Hussein Wafa; Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah ), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi Tun Fuad Stephens) ; Captain Gandhi Nathan (juruterbang pesawat) dan anak sulung Johari Tun Fuad Stephens.

Pada 1 Jun 1977, Mr Robert Evans meletak jawatan sebagai ahli parlimen Keningau untuk memberi laluan kepada Harris Salleh bertanding di situ.[7]

Pada 11 Julai 1977, Harris Salleh selaku Ketua Menteri Sabah telah berkunjung ke Manila dan menemui Presiden Filipina , Ferdinand Marcos agar Filipina tidak lagi menuntut wilayah Sabah. Ratusan ribu pelarian selatan Filipina melarikan diri ke Sabah. Gerila MNLF / Moro dituduh menjalani latihan di sebuah lokasi rahsia di Sabah. [8]

Dalam Pilihan raya negeri Sabah 1984, parti BERJAYA pimpinan beliau menang besar, mendapat 44 dari 48 kerusi ADUN yang dipertandingkan.

Parti Berjaya ditewaskan oleh PBS[sunting | sunting sumber]

Pada 1981, Harris selaku Ketua Menteri Sabah telah memecat dua menterinya kerana cuba menjatuhkan beliau. Mereka ialah Datu Hamid bin Tun Mustapha (Menteri Kebudayaam Belia dan Sukan Sabah) dan Nursuadah binti Haji Basah (Timbalan Menteri Kebajikan Masyarakat Sabah). Datu Hamid adalah anak Tun Datu Mustapha bin Harun, bekas Ketua Menteri Sabah dan Presiden USNO . Ketika itu wujud 'Kumpulan 1722'. [9]

Harris menafikan telah memberikan tanah 323750 hektar kepada penduduk Muslim Sabah . Pada 1982 telah ada ura-ura menggantikan Harris sebagai Ketua Menteri Sabah. Calon yang layak ialah James Ongkili (Timbalan Ketua Menteri Sabah) atau Datuk Haji Mohamad Noor Mansor (Menteri Kawangan, Perancangan dan Pembangunan Sabah). James Ongkili adalah bekas pensyarah Universiti Malaya , dari kaum Kadazan dan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Musa Hitam.[10]

Tahun 1984 , Datuk Joseph Pairin Kitingan dan ramai pemimpin Kadazan lain telah keluar dari BERJAYA dan membentuk Parti Bersatu Sabah (PBS). Harris cuba mengemukakan undang-undang anti lompat parti tetapi dihalang kerana bertentangan dengan hak asasi manusia.


Dalam Pilihan raya negeri Sabah 1985 pada 20-21 April 1985 , PBS menewaskan Parti Berjaya . Berjaya hanya menang 6 dari 48 kerusi DUN Sabah. 3 ahli yang menang pula melompat menyertai PBS itu bekas Speaker DUN Sabah Tan Sri Haji Mohamed Sunuh Marso (Lsahad Datu) ; Hiew Ming Kong (Seri Tanjung) dan ; Haji Abdul Malek Chua (Kuamut). Harris sendiri tewas kepada Datuk Kadoh Agundong di DUN Tenom . Kadoh Agundong adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah. Pada 1 Mei 1985, Harris Salleh menemui Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana bagi menjelaskan situasi politik Sabah dann punca kekalahan Berjaya. Turut serta ialah Ahmad Shah Tembakau (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Keningau) dan Sabdin Ghani (Setiausaha politik Harris).[11]

Menyertai UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 1990 Harris memimpin BERJAYA dan bersatu dengan USNO untuk membentuk UMNO Sabah. Beliau dilantik sebagai penasihat UMNO Sabah.

Penyerahan pulau Labuan[sunting | sunting sumber]

Semasa pentadbiran beliau, pulau Labuan telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membentuk Wilayah Persekutuan Labuan dan menjadi wilayah persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur. Penyerahan Labuan ibarat menyerahkan 'cucu kepada nenek yang kaya raya'. Labuan telah diberi status pulau bebas cukai dan pusat kewangan luar pantai di bawah pemantauan Tun Daim Zainuddin.Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad setuju menjadikan pulau berkeluasan 88 km persegi itu wilayah persekutuan kedua bagi memudahkan pembangunan dan pentadbiran. 35,000 penduduk di pulau itu akan menikmati faedahnya.[12]

Pada 16 April 1984, Labuan dibawa masuk ke dalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1983 , ahli parlimen DAP Sandakan Mr Fung Keat Wing menuduh Harris memiliki 70 % tanah di pulau Labuan dan itulah sebab beliau setuju Labuah dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan.Sebenarnya beliau hanya memiliki 147.88 hektar sahaja. Ketika itu Harris juga ahli parlimen Ulu Padas ,Sabah. [13]

Royalti minyak[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Ogos 2008, dalam Konvensyen Isu-isu Sabah yang diadakan di kota Kinabalu, beliau mencadangkan agar DUN Sabah dan DUN Sarawak meluluskan usul bagi meminta kenaikan royalti minyak dari 5 % kepada 20 %.[14] Beliau pernah memohon kerajaan pusat memberi RM700 juta untuk membantu 300,000 pelajar di Sabah ke sekolah.[15]

Lesen juruterbang[sunting | sunting sumber]

Harris Salleh dikatakan orang Sabahan pertama memiliki lesen juruterbang. Beliau beberapa terbang bersama bekas Ketua Menteri Sabah, Mohammad Fuad Stephens menggunakan kapal terbang ringan.

Dituduh punca Tun Fuad terbunuh[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Februari 2012, Hakim Abdul Rahman Sebli di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengarahkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee untuk membayar bekas Ketua Menteri Sabah Harris Salleh RM1 juta kerana memfitnah beliau berhubung dengan tragedi 'Double Six' yang dibunuh ketika itu Ketua Menteri Fuad Stephens dan semua 10 yang lain di atas papan Nomad pesawat yang terlibat dalam kemalangan pada 6 Jun, 1976. Yong menuduh Harris menyebabkan kematian Tun Fuad agar dia boleh menjadi Ketua Menteri Sabah pula. Harris telah memfailkan saman dan menuntut pampasan RM50 juta.[16]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Harris Salleh - Politics & Morality, oleh Lim Kit Siang, Petaling Jaya, 1984.
  1. "Senarai Ketua Menteri Sabah". Kerajaan Negeri Sabah.  Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  2. "Bekas-bekas Ketua Menteri Sabah". Perpustakaan Negeri Sabah.  Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)
  3. The Straits Times, 10 Ogos 1964, Halaman 1 ; HARRIS MUNGKIN JOIN KABINET
  4. The Straits Times, 30 Disember 1964, hlm 9 ;HARRIS mendapat PORTFOLIO KEWANGAN DALAM rombakan
  5. The Straits Times, 4 Februari 1967, Mukasurat 6 ;CUKAI KAYU: HARRIS Hits OUT PADA TAN
  6. The Straits Times, 27 Mac 1969, hlm 5 ; Dato Harris Salleh: Satu permohonan maaf
  7. The Straits Times, 28 Mei 1977, Halaman 26 ; Berjaya strongman quits as MP
  8. The Straits Times, 11 Julai 1977, hlm 12; Gugurkan Tuntutan
  9. The Straits Times, 18 September 1981, hlm 1 ; 'SABAH COUP BID FOILED'
  10. The Straits Times, 25 Jun 1982, hlm 15 ; Spekulasi ke atas ketua parti baru jika Harris berhenti
  11. [The Straits Times, 1 Mei 1985, hlm 8 ;'Mahathir menghabiskan sejam dengan Harris']
  12. The Straits Times, 17 April 1984, hlm 44 ; Labuan dibuat Wilayah Persekutuan
  13. http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19831124.2.63.2.aspx The Straits Times, 24 November 1983, hlm 20; Harris dan MP setuju dirujuk kepada panel siasatan]
  14. Bekas Ketua Menteri Sabah Cadang DUN Sabah, Sarawak Bahas Usul Kenaikan Royalti Minyak, Bernama.
  15. No improvement: Harris, Daly Express.
  16. Court orders Yong to pay RM1mil to Harris Salleh