Harrison Ford

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harrison Ford
Harrison Ford di Comic-Con International 2015
mempromosikan Star Wars: The Force Awakens
Kelahiran (1942-07-13) 13 Julai 1942 (umur 81)
WarganegaraAmerika
PekerjaanPelakon
Penerbit
PasanganCalista Flockhart

Harrison Ford (lahir 13 Julai 1942) ialah seorang pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat. Beliau terkenal kerana peranan beliau sebagai Han Solo dalam trilogi asal Star Wars dan watak tajuk dalam siri filem Indiana Jones. Beliau memenangi Anugerah Saturn pada tahun 1981 dan Anugerah Bambi pada tahun 1997.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ford dilahirkan pada 13 Julai 1942 di Chicago, Illinois, USA. Keluarganya mempunyai keturunan Ireland, Jerman, Rusia dan Yahudi. [1] Beliau belajar di Sekolah Tinggi Timur Maine di Park Ridge, Illinois dan di Kolej Ripon yang terletak di Wisconsin.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum beliau menjadi pelakon, beliau bekerja sebagai seorang tukang kayu semasa tahun 1970-an. [2] Beliau ialah salah seorang pelakon yang paling berjaya di dunia. Dalam tahun-tahun awal, dia pergi berjumpa dengan Harrison J. Ford untuk menghentikan kekeliruan antara beliau dan pelakon filem senyap Harrison Ford. [3][4] Filemnya mendapat keuntungan di seluruh dunia sebanyak $5.65 bilion USD. Beliau paling dikenali untuk peranan sebagai Han Solo dari Star Wars dan sebagai Indiana Jones dalam keempat-empat filem Indiana Jones. Sejak itu beliau membentuk hubungan dengan kedua-dua kerjaya bersama dengan Steven Spielberg dan George Lucas.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ford telah berkahwin dengan Mary Marquardt dari tahun 1964 sehingga mereka bercerai pada tahun 1979. Kemudian beliau berkahwin dengan Melissa Mathison dari 1983 sehingga mereka bercerai pada tahun 2004. Kemudian beliau berkahwin dengan Calista Flockhart pada tahun 2010. Beliau mempunyai dua anak lelaki, Benjamin dan Willard dengan Marquardt dan seorang anak lelaki, Malcolm dan seorang anak perempuan, Georgia dengan Mathison. Ford kini menetap di Los Angeles, California.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Bintang Ford di Laluan Kemasyhuran Hollywood

Ford menerima pencalonan di Anugerah Akademi bagi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Witness, yang mana beliau juga dianugerahkan "Pelakon Terbaik" BAFTA dan pencalonan Anugerah Golden Globe. Beliau menerima pencalonan di Anugerah Cecil B. DeMille di Anugerah Golden Globe 2002 dan pada 2 Jun 2003, beliau menerima bintang Hollywood Walk of Fame. Beliau telah menerima pencalonan anugerah tambahan "Best Actor" untuk The Mosquito Coast, The Fugitive dan Sabrina.

Beliau menerima Hero Award yang pertama bagi kebanyakan peranan ikoniknya, termasuk Indiana Jones dan Han Solo, di Anugerah Scream 2007 dan pada 2008, Spike TV's Guy's Choice Award untuk Brass Balls.[5][6] Kedua-dua peranan tersebut melayakkannya menerima dua Anugerah Saturn bagi Pelakon Terbaik pada 1981 dan 2015.

Ford telah diberi penghargaan beberapa kali atas penglibatannya dalam penerbangan awam, menerima Anugerah Living Legends of Aviation dan Anugerah EAA Freedom of Flight pada 2009,[7][8] Trofi Peringatan Wright Bersaudara pada 2010,[9] dan Anugerah Kemanusiaan Al Ueltschi pada 2013.[10] Pada 2013, Flying Magazine menyenaraikannya nombor 48 dalam senarai 51 Heroes of Aviation.[11]

Harrison Ford menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AFI pada 2000.[12]

Tahun Persatuan Kategori Karya Keputusan
1977 Saturn Awards Best Actor Star Wars Tercalon
1981 Raiders of the Lost Ark Menang
1984 Indiana Jones and the Temple of Doom Tercalon
1985 Academy Awards Best Actor Witness Tercalon
BAFTA Awards Best Actor in a Leading Role Tercalon
Golden Globe Awards Best Actor – Motion Picture Drama Tercalon
1986 The Mosquito Coast Tercalon
1989 Saturn Awards Best Actor Indiana Jones and the Last Crusade Tercalon
1993 Golden Globe Awards Best Actor – Motion Picture Drama The Fugitive Tercalon
MTV Movie Awards Best Performance – Male Tercalon
1995 Golden Globe Awards Best Actor – Motion Picture Musical or Comedy Sabrina Tercalon
1997 MTV Movie Awards Best Fight (vs. Gary Oldman) Air Force One Tercalon
1998 People's Choice Awards Favorite Motion Picture Actor Six Days Seven Nights Menang
1999 Favorite Motion Picture Actor Random Hearts Menang
2000 Favorite Motion Picture Actor What Lies Beneath Tercalon
2006 Jules Verne Award Achievement Menang
2009 People's Choice Awards Favorite Male Movie Star Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull Tercalon
Saturn Awards Best Actor Tercalon
2011 Best Supporting Actor Cowboys & Aliens Tercalon
2013 Satellite Awards Best Supporting Actor – Motion Picture 42 Tercalon
San Francisco Film Critics Circle Best Supporting Actor Tercalon
St. Louis Gateway Film Critics Association Best Supporting Actor Tercalon
2016 Saturn Award Best Actor Star Wars: The Force Awakens Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harrison Ford
  2. ^ This Picture of a Young Harrison Ford May Be Too Much for You to Handle
  3. ^ "Birthday special: 10 interesting facts about Harrison Ford". MSN.com. Dicapai pada January 5, 2016.
  4. ^ Roberts, Paul. Style Icons Vol 2 - Hunks. Fashion Industry Broadcast. m/s. 189.
  5. ^ "Guys Choice 2008 – Harrison Ford". Spike TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-04. Dicapai pada August 31, 2008.
  6. ^ "Guys Choice". PR Inside. Diarkibkan daripada yang asal pada May 14, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Sixth Annual Living Legends of Aviation Awards". Dicapai pada 25 October 2014.
  8. ^ "Harrison Ford Receives Freedom of Flight Award". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-16. Dicapai pada 25 October 2014.
  9. ^ "Harrison Ford receives aviation's highest award". Dicapai pada 25 October 2014.
  10. ^ "Harrison Ford Receives Al Ueltschi Humanitarian Award". Dicapai pada 25 October 2014.
  11. ^ "51 Heroes of Aviation". Dicapai pada 25 October 2014.
  12. ^ "AFI Life Achievement Award". Dicapai pada 17 February 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]