Harry Potter and the Half-Blood Prince (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Harry Potter and the Half-Blood Prince
Hp6teaserposter.jpg
Pengarah David Yates
Penerbit David Hayman
David Barron
Pengarang Filem:
Steve Kloves
Novel:
J. K. Rowling
Lakonan Daniel Radcliffe
Rupert Grint
Emma Watson
Michael Gambon
Jim Broadbent
Alan Rickman
Tom Felton
Helena Bonham Carter
Muzik Nicholas Hooper
Tema
John Williams
Sinematografi Bruno Delbonnel
Penyuntingan Mark Day
Studio Heyday Films
Pengedar Warner Bros. Pictures
Mula ditayang 15 Julai 2009[1]
Tempoh ditayang 153 minit[2]
Bahasa Bahasa Inggeris
Perbelanjaan GBP£150 juta
(USD$250 juta)[3]
Pulangan kasar $929,357,638[4]

Harry Potter and the Half-Blood Prince adalah filem tahun 2009 yang bertemakan aksi fantasi yang telah difilemkan berdasarkan buku keenam siri Harry Potter yang dikarang oleh J. K. Rowling, Harry Potter and the Half-Blood Prince.

Penggambaran bermula selepas filem Harry Potter and the Order of the Phoenix ditayangkan iaitu pada bulan September 2007. Pihak Warner Bros. telah mengumumkan bahawa filem ini akan ditayangkan pada 21 November 2008. Walau bagaimanapun, Alan Horn, Presiden dan Ketua Pegawai Pengurusan Warner Bros. telah mengumumkan pada 15 Ogos 2008 bahawa filem tersebut akan dianjakkan setahun iaitu pelancarannya seluruh dunia pada 15 Julai 2009, sehari sebelum ulang tahun keempat novel dengan tajuk yang sama diedarkan.[5]

Steve Kloves telah menulis skrip filem tersebut walaupun beliau tidak menulis skrip filem Harry Potter kelima manakala David Yates, pengarah filem kelima, sekali lagi telah mengarah untuk filem ini yang menjadikan beliau orang yang kedua mengarah dua filem Harry Potter selepas Christopher Columbus.

Di seluruh dunia kecuali di Amerika Syarikat, filem keenam ini ditayangkan serentak di panggung wayang biasa dan juga pangggung wayang IMAX 3D. Di Amerika Syarikat yang mana tayangan di panggung wayang IMAXnya lewat selama dua minggu iaitu bermula pada 29 Julai [6] adalah kerana komitmen filem yang terlebih dahulu menggunakan khidmat panggung wayang IMAX di sana iaitu filem Transformers: Revenge of the Fallen.[7]

Filem tersebut telah berjaya mencipta kejayaan komersial dengan segera, kerana telah berjaya memecahkan rekod kutipan hari pertama paling banyak, dan dalam tempoh lima hari sahaja, filem ini berjaya mengutip keuntungan sebanyak $394 juta yang pula memecahkan rekod kutipan kasar terbanyak dalam tempoh lima hari. Kini, ia berada di tangga kelapan, filem paling banyak mengaut keuntungan sebanyak $930 juta [8] menjadikan ia filem ketiga siri Harry Potter yang mendapat tempat dari 10 buah filem yang terdapat dalam carta yang sama.

Warner Bros. telah menghantar filem ini untuk dipertandingkan untuk anugerah pada tahun 2009. [9] Runut untuk filem ni pula telah dicalonkan untuk Anugerah Grammy 2010 untuk "Best Score Soundtrack Album For Motion Picture, Television Or Other Visual Media" (Skor Album Runut Terbaik untuk Filem, Televisyen atau Media Visual yang lain).


Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Rujuk Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter, kini memasuki tahun keenam di Hogwarts, ketika mana dunia sihir sedang berperang.
  • Rupert Grint sebagai Ron Weasley, salah seorang kawan rapat Harry. Walaupun, beliau sudah mula cuba merarik minat Hermione, beliau juga terlibat dengan hubungan sementara bersama Lavender Brown, yang mana akan beliau tinggalkan di penghujung cerita.[10]
  • Emma Watson sebagai Hermione Granger, salah seorang kawan rapat Harry, yang kini mula mempunyai rasa cinta terhadap Ron dan rasa cemburu pada teman wanita Ron. Emma pernah berniat untuk melepaskan watak sebagai Hermione dalam filem keenam,[11] namun membatalkan niatnya apabila memikirkan kelebihan yang ada selain tidak sanggup melihat watak tersebut dimainkan oleh pelakon lain.[12]
  • Jim Broadbent sebagai Horace Slughorn, Profesor subjek Posyen yang baru. Broadbent menggambarkan wataknya untuk filem ini sebagai lucu,[13] sementara Radcliffe menyatakan kisah tragedi Slughorn akan mengatasi kelucuan yang ada.[14]
  • Helena Bonham Carter sebagai Bellatrix Lestrange, salah seorang tunggak dalam pasukan Death Eaters, kakak kepada Narcissa Malfoy dan juga ibu saudara kepada Draco.
  • Robbie Coltrane sebagai Rubeus Hagrid, penjaga Hogwarts dan juga guru kepada subjek Penjagaan Haiwan Sihir, selain sahabat pertama Harry yang berasal dari dunia sihir.
  • Tom Felton sebagai Draco Malfoy, musuh Harry, yang Harry curigai sedang menjalankan tugas untuk Voldemort sepanjang tahun itu. Pada mulanya, beliau berbangga apabila telah dipilih oleh Voldemort sebagai kuncunya, namun, apabila tugasan yang diberikan semakin sukar, pendiriannya mula goyah. Tugas terakhirnya ialah untuk membunuh pengetua Hogwarts, Profesor Albus Dumbledore, namun beliau gagal melaksanakannya. Anak lelaki Lucius dan Narcissa Malfoy dan anak saudara kepada Bellatrix Lestrange.
  • Sir Michael Gambon sebagai Albus Dumbledore. Ahli sihir terkemuka dan pengetua Hogwarts. Pendedahan seksualiti Dumbledore segera mejadikan Gambon untuk "berperangai lucu" di sekitar set ketika di belakang tabir,[15] namun persembahan lakonannya di layar perak kekal tidak berubah seperti filem-filem yang lepas.[16]
  • Helen McCrory sebagai Narcissa Malfoy, ibu Draco dan juga adik kepada Bellatrix. McCrory pada asalnya diambil untuk melakonkan watak Bellatrix Lestrange dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix, namun terpaksa menarik diri ketika itu ketika sedang mengandung.[17] Telah dilaporkan bahawa Naomi Watts sebelum ini telah menerima watak ini,[18] sebelum laporan itu dinafikan oleh agensi beliau.[19]
  • Alan Rickman sebagai Severus Snape, mantan guru Posyen Hogwarts, yang kini berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi guru kepada subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Beliau telah didedahkan sebagai Putera Berdarah Kacukan yang sebenar.
  • Dame Maggie Smith sebagai Profesor Minerva McGonagall, guru Transfigurasi atau Penjelmaan Hogwarts, naib pengetua dan juga Ketua Pasukan Rumah Gryffindor. McGonagall merupakan salah seorang ahli Kumpulan Phoenix
  • Mark Williams dan Julie Walters masing-masing sebagai Arthur Weasley dan Molly Weasley, ibubapa kepada Ron, Ginny dan adik-beradik Weasley yang lain. Mereka melayan Harry seperti anak mereka sendiri.
  • Bonnie Wright sebagai Ginny Weasley, adik Ron yang sedang belajar di tahun kelima yang mula merasai bibit-bibit cinta dengan Harry.

Hero Fiennes-Tiffin dan Frank Dillane masing-masing melakonkan watak Voldemort pada usia kanak-kanak 11 tahun dan juga ketika remaja. Tiffin ialah anak saudara Ralph Fiennes, yang melakonkan watak dewasa Voldemort dalam filem keempat dan kelima.[20] Christian Coulson, yang telah melakonkan watak Riddle dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets (filem), telah menyatakan minatnya untuk kembali; [21] Yates membalas bahawa Coulson yang hampir berusia 30 tahun terlalu tua untuk membawa watak remaja Voldemort.[22] Jamie Campbell Bower, yang muncul dalam filem Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street, sebelum ini berharap untuk mendapat watak remaja Tom Riddle,[23] namun beliau kemudiannya diambil berlakon sebagai Gellert Grindelwald berusia remaja dalam Harry Potter and the Deathly Hallows.

Jessie Cave menyertai filem ini sebagai Lavender Brown,[10] kekasih baru Ron. Watson menggambarkan Jessie sebagai sangat sesuai untuk watak tersebut. Dave Legeno muncul sebagai Fenrir Greyback, seekor serigala jadian yang amat ditakuti di dalam dunia sihir. Ralph Ineson pula melakonkan watak Amycus Carrow dan Suzanne Toase melakonkan watak Alecto Carrow,[24][25] sementara Lord Johnpaul Castrianni dan Rod Hunt masing-masing memainkan watak Yaxley dan Thorfinn Rowle. Tom Moorcroft pula berlakon sebagai Regulus Black.[26][27] David Thewlis dan Natalia Tena kembali sebagai ahli Kumpulan Phoenix, Remus Lupin dan Nymphadora Tonks. Gemma Jones kembali buat pertama kalinya selepas lakonannya dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets sebagai Poppy Pomfrey walaupun tanpa sebarang lakonan bersuara. Timothy Spall muncul secara singkat pada permulaan filem sebagai Peter Pettigrew.

Kedua-dua Clémence Poésy, yang telah menjayakan watak Fleur Delacour, dan Chris Rankin yang telah melakonkan watak Percy Weasley telah menyatakan minat untuk kembali, namun tidak muncul di dalam filem.[28][29][30][31] Selepas Bill Nighy menyatakan minatnya untuk muncul dalam filem ini,[32] Yates telah mengesahkan bahawa Nighy ialah pilihan pertamanya untuk melakonkan watak Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour.[33][33] Watak Scrimgeour telah dipotong dalam filem, namun Nighy telah mengesahkan bahawa beliau akan melakonkan watak tersebut dalam filem seterusnya.

Produksi[sunting | sunting sumber]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Sebelum David Yates dipilih secara rasmi sebagai pengarah untuk filem ini, ramai para pengarah yang berminat untuk mengarah. Alfonso Cuarón, pengarah filem ketiga, menyatakan bahawa beliau berminat untuk mendapat sekali lagi peluang untuk kembali.[34] Pengarah Goblet of Fire Mike Newell yang telah menolak tawaran untuk mengarah filem kelima, tidak diberi sebarang tawaran untuk kembali.[35] Terry Gilliam yang merupakan pilihan peribadi J.K Rowling untuk mengarah filem pertama siri ini iaitu apabila ditanya adakah beliau akan mengarah filem-filem Harry Potter yang selebihnya mengatakan "Warner Bros. telah melepaskan peluang mereka sedari awal."[36]

Dari filem kelima, Yates mengekalkan komposer Nicholas Hooper, yang telah mengolah semula lagu runut Hedwig Theme karya John Williams, yang telah digunakan berulang kali untuk runut filem-filem dari siri ini termasuklah runut oleh Patrick Doyle. Turut dikekalkan termasuklah pereka busana, Jany Temime, penyelia kesan visual, Tim Burke, pereka makhluk dan kesan solek, Nick Dudman, dan penyelia kesan khas, John Richardson yang pernah bekerja untuk filem ketiga.

Yates dan Heyman juga berkata bahawa beberapa kejadian dalam Harry Potter dengan Azimat Maut mempengaruhi skrip Half-Blood Prince

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Official Release Dates". 
  2. "Half-Blood Prince Runtime confirmed by several sources". http://hpana.com/news.20851.html. 
  3. "Half-Blood Prince Production Budget". http://latimesblogs.latimes.com/herocomplex/2009/06/harry-potter-countdown-are-dvd-fans-still-under-the-wizards-spell-.html. Capaian 23 June 2009. 
  4. http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=harrypotter6.htm
  5. "Half-Blood Prince delayed until July 17th, 2009", Mugglenet, 2008-08-15. Dicapai pada 2008-08-15. 
  6. "‘Harry Potter And The Half-Blood Prince’ Gets Limited July 15 IMAX Opening". Mtv.com. 2009-06-30. http://moviesblog.mtv.com/2009/06/30/harry-potter-and-the-half-blood-prince-gets-limited-july-15-imax-opening/. Capaian 2009-08-01. 
  7. "Tight Battle at the Holiday Box Office". The New York Times. 2009-08-06. http://www.nytimes.com/2009/07/06/movies/06box.html?hp/. Capaian 2009-08-06. 
  8. "All Time Highest Grossing Movies Worldwide". The Numbers. http://www.the-numbers.com/movies/records/worldwide.php. Capaian 15 September 2009. 
  9. Warner Bros. Awards Retrieved 12 November 2009.
  10. 10.0 10.1 "EXCLUSIVE: Lavender cast in Potter", Newsround, 2007-11-13. Dicapai pada 2007-11-13. 
  11. "Hermione Gets Cold Feet", IGN, 2006-09-26. Dicapai pada 2007-10-20. 
  12. Listfield, Emily (2007-07-08). "We're all so grown up!". Parade. http://www.parade.com/articles/editions/2007/edition_07-08-2007/Emma_Watson. Capaian 2007-08-03. 
  13. Franklin, Garth. "Broadbent on "Potter" & "Indy 4"", Dark Horizons, 2007-09-17. Dicapai pada 2007-09-17. 
  14. Adler, Shawn. "Radcliffe Joins The "Slug Club", Talks Hogwarts' Potion Master", MTV, 2007-09-12. Dicapai pada 2007-09-14. 
  15. Kilkelly, Daniel. "Dumbledore actor "camps it up" on set", Digital Spy, 2007-11-03. Dicapai pada 2007-11-03. 
  16. Masters, Tim. "Potter stars react to gay twist", BBC News, 2007-11-12. Dicapai pada 2007-11-12. 
  17. "EXCLUSIVE: Narcissa cast in Potter 6", Newsround, 2007-11-09. Dicapai pada 2007-11-09. 
  18. "Naomi goes potty", The Courier-Mail, 2007-07-24. Dicapai pada 2007-07-24. Diarkibkan drpd. yang asli di 2007-10-27. 
  19. Adler, Shawn. "Harry Potter Casting Rumors Untrue, Say Actors' Reps", MTV, 2007-07-25. Dicapai pada 2007-07-25. 
  20. "Voldemort's nephew cast in Potter", BBC, 2007-11-16. Dicapai pada 2007-11-21. 
  21. "Interview with Christian Coulson about "COS and HBP"", Newsround, 2006-02-23. Dicapai pada 2007-06-04. 
  22. Vineyard, Jennifer. "Harry Potter Casting Call Could Help Ron Weasley Find Perfect Shade Of Lavender", MTV, 2007-06-25. Dicapai pada 2007-06-26. 
  23. "Rumor Alert: Possible Casting for Young Voldemort in "Half-Blood Prince"", The Leaky Cauldron, 2007-09-10. Dicapai pada 2007-09-11. 
  24. "A&J Management". A&J Management. http://ajmanagement.co.uk/clientDetail.asp?intClientID=45. Capaian 2008-02-01. 
  25. "Fenrir Greyback, Amycus Carrow Cast for "Half-Blood Prince"", The Leaky Cauldron, 2008-02-17. Dicapai pada 2008-02-18. 
  26. "Two More Characters Cast for "Half-Blood Prince"", The Leaky Cauldron, 2008-04-04. Dicapai pada 2008-04-04. 
  27. "Tony Coburn cast as young Lucius Malfoy", MuggleNet, 2008-05-03. Dicapai pada 2008-05-03. 
  28. "NR chats to GOF's Clemence Poesy", Newsround, 2005-11-17. Dicapai pada 2007-06-04. 
  29. "New Chris Rankin interview", MuggleNet, 2007-05-08. Dicapai pada 2007-06-04. 
  30. "Clemence Poesy not been contacted for HBP", Veritaserum, 2007-10-14. Dicapai pada 2007-10-14. 
  31. "Harry Potter star in NZ", Sunrise, 2007-10-19. Dicapai pada 2007-10-19. 
  32. O'Sullivan, Michael. "Underneath It All, He's Still Bill Nighy", The Washington Post, 2007-05-25. Dicapai pada 2007-06-04. 
  33. 33.0 33.1 Oat, Zach (August 2007). "Up Close: Harry Potter". Wizard (190): 84. 
  34. "Alfonso Cuaron To Return To Harry Potter?". JewReview.net. 2006-11-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-14. http://web.archive.org/web/20071214152821/http://www.jewreview.net/article.php?id=912. Capaian 2006-11-18. 
  35. Daly, Steve. "Phoenix Rising", Entertainment Weekly, 2007-04-06. Dicapai pada 2007-04-01. 
  36. Carroll, Larry (2006-10-16). "Terry Gilliam On Depp, Potter And The Film He Panhandled To Promote". MTV. http://www.mtv.com/movies/news/articles/1543143/10132006/story.jhtml. Capaian 2006-10-16. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

Batu Hikmat buku filem
Bilik Rahsia buku filem
Banduan Azkaban buku filem
Piala Api buku filem
Kumpulan Phoenix buku filem  
Putera Berdarah Kacukan buku filem  
Azimat Maut buku (filem)  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku