Harun Salim Bachik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
HARUN salim bachik.jpg

Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim[1] adalah seorang pelakon komedi. Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Salim Bachik. Beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom Rumah Kedai diingati sehigga ke hari ini.

Selain daripada drama Rumah Kedai, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang di tayangkan di TV1. Gado-gado adalah batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.

Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati.

Beiau menjadi Presiden Seniman , sebuah persatuan (NGO) yang memperjuang nasib artis di Malaysia.

Kini, beliau memegang watak sebagai seorang guru disiplin dalam siri Oh My English di Astro TVIQ & Astro Maya.

Naib Juara Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Boboi gandingan Harun Salim Bachik dan Aflin Shauki menggeletek hati penonton di Astro Warna dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega dari 30 Oktober- 30 Disember 2011 . Mereka membawa watak dua kanak-kanak tadika yang berkongsi bapa tetapi berlainan ibu kerana bapa mereka berpoligami. Kumpulan ini diramalkan menang tetapi di peringkat akhir kurang menyerlah. Boboi menerima hadiah kedua, wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi .

Akhirnya , kumpulan Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Ketiga ialah kumpulan Saehu daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin . Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Juri tetap ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Zainal Abidin Hassan. AC Mizal menjadi pengacara tetap.[2][3]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Baik Punya Cilok (2005)
  2. Cuci (filem) sebagai Janitor (2008)
  3. Apa Kata Hati? sebagai Hamidi (2008)
  4. Setem (filem) sebagai Marcello (2009)
  5. Papadom sebagai Hussin (2009)
  6. My Spy sebagai Salleh (2009)
  7. Duhai Si Pari-Pari sebagai Para (2009)
  8. Lu Pikirlah Sendiri de Movie sebagai Tauke Pasar Borong (2010)
  9. Kapoww!! sebagai Astromen Belalang (2010)
  10. Aku Bukan Tomboy sebagai Bapa Farisa (2011)
  11. Hoore! Hoore! (2012)
  12. Jalan Kembali: Bohsia 2 sebagai Bomoh (2012)
  13. Aku, Kau & Dia sebagai Dato Hisham (2012)
  14. SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012)
  15. Lawak Ke Der! 2 (2013)
  16. Bola Kampung The Movie sebagai Tok Ayah (2013)
  17. Bikers Kental sebagai Aidil Al-Zaifa (2013)
  18. KIL sebagai Encik. Harun (2013)
  19. Lemak Kampung Santan sebagai Pak Wan (2013)
  20. Ular sebagai Pak Mus (2013)
  21. Abang Long Fadil sebagai Pak Harun (2014)
  22. Jin (2014)
  23. Lelaki Harapan Dunia sebagai Megat (2014)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Media[sunting | sunting sumber]

Maafkan - Harun Salim Bachik