Hasan di Tiro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tengku Hasan Muhammad di Tiro

Tengku Hasan Muhammad di Tiro atau Hasan di Tiro (25 September 1925 - 2 Jun 2010) adalah Pemimpin bagi Gerakan Aceh Merdeka. Hasan di Tiro adalah keturunan dari keluarga ulama pahlawan Aceh Teungku Cik Di Tiro (1836 – 21 Januari 1891).

Hasan di Tiro adalah satu daripada tokoh perlawanan di Indonesia, beliau oleh orang Aceh di isytiharkan sebagai Wali Negara pada konsep negara Aceh Merdeka. Sebagai pemimpin gerakan pemberontakan di Aceh yang dinamakan Gerakan Aceh Merdeka (GAM), beliau memimpin dan mengendalikan organisasinya di Sweden selepas beberapa bulan turut dalam peperangan gerilya yang dilakukan oleh gerakan itu di hutan Aceh.

Kurang lebih 30 tahun setelah hari ditubuhkannya perlawanan bersenjata di Aceh beliau menduduki di negeri benua Eropah sehingga pada tahun 2005 dipersetujui satu MOU mengakhiri permusuhan antara pemerintah Indonesia dan GAM. Beliaupun akhirnya kembali ke Aceh dan akibat keadaan kesihatan pada masa tuanya tersebut beliau meninggal dunia di Banda Aceh pada tarikh 2 Jun 2010. Beliau dimakamkan di satu komplek dengan datuk beliau Teungku Cik Di Tiro di Aceh Besar.