Hasbie Satar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hasbie Satar (37) merupakan bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatan mulai Ahad, 14 Februari 2010. Sebab-sebab beliau meletakkan jawatan tidak dikemukakan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri .

Pada April 2008, Hasbie dilantik sebagai setiausaha politik kepada Nor Mohamed yang sebelum itu merupakan Menteri Kewangan II. Nor Mohamed bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi (EPU) . Hasbie termasuk 27 pegawai baru yang dilatik ke jawatan tersebut pada April 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.[1]

Dia berasal dari Sarawak.

Tahanan rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Februari 2010, mSTAR Online melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.[perlu rujukan]

Wang tunai itu ditemui dalam bundut wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Pegawai SPRM Putrajaya menyerbu pangsapurinya,di Pangsapuri Sri Molek,[2] Teluk Air Tawar, Pulau Pinang jam 3.30 petang Jumaat 12 Februri 2010.Kenderaan pacuan empat roda milik syarikat berpejabat di Pulau Tikus turut disita. Kereta BMW milik individu dari Sarawak turut disita. Tujuan wang dan bagaimana tunai sebanyak itu diperolehi belum diketahui.

Pada 13 Disember 2010, laporan The Star mengejutkan ramai, bahawa SPRM sedang mengumpulkan bukti seorang setiausaha politik mempunyai berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

SPRM bertindak membekukan akaun suspek, 4 buah kereta mewah dan 4 buah rumah mewah di Lembah Klang bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram. SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.[3]

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu SPRM menyiasat sesiapa sahaja tanpa rasa takut dan bimbang demi integriti negara.[4] Ketua SPRM ,Datuk Abu Kassim Mohamed sedang menyiasat 939 kes pada 2009 dan 633 daripada dibawa ke mahkamah. Hasbie bukan ahli UMNO kerana berasal dari Sarawak. Difahamkan pangsapuri di Butterworth itu digunakan untuk petugas pilihan raya , seminggu sebelum pilihan raya 8 Mac 2008.

Sebelum ini, Setiusaha Politik kedua Mohd Nor Yaakob ,Datuk Norza Zakaria turut dituduh rasuah tetapi dibebaskan kerana saksi belot.

Pada 8 Julai 2010, Dewan Rakyat diberitahu oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan tindakan susulan terhadap Hasbie Satar akan diambil selepas siasatan selesai dan terdapat bukti kukuh.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hasbie Satarletak jawatan
  2. ^ "SPRM jumpa RM2j, Setiausaha Politik Nor Mohamed letak jawatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-18. Dicapai pada 2010-02-16.
  3. ^ Setiausaha Politik Nor Mohamed Yakcop Letak Jawatan
  4. ^ "Nor Mohamed's political secretary resigns". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-16. Dicapai pada 2010-02-16.
  5. ^ [http://www.malaysiakini.com/news/136813 "Kes rasuah setiausaha politik menteri masih disiasat", Malaysiakini.com, 8 Julai 2010.