Hasnah Saad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hasnah Saad (lahir 27 Februari 1939 di Kangar, Perlis).Pada usia 65, beliau menerima Anugerah Serikandi Pandu Puteri 2004.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bapanya Saad bin Abdul Rahman dan ibunya Ijah bt Che Man .Beliau anak kedua daripada lapan adik beradik (3 perempuan dan lima lelaki)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hasnah Saad bersekolah di Sekolah Perempuan Kangar (1945-1948) sehingga darjah empat. Kemudian di Derma English School, Kangar dan mendapat SMC 1. 1950 belajar di Malay Girls College (TKC), Kuala Lumpur sehingga tingkatan 5.Tingkatan 6 di Kolej Sultan Abdul Hamid,Alor Star.1958 sambung belajar di MTC Abrimsford Lodge, England (1959 –1960) jurusan geografi, Matematik dan Pendidikan Jasmani. 1960 beliau berjaya memperolehi Diploma Education. 1969 sambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur - Ijazah Sarjana Muda (1972).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Di England , beliau menjadi guru di Secondary Modern School (Sek Vocational & Tchnical) di Stafford selama 2 minggu. Seterusnya di Marclessfidd Grammar School for girl di Marrlessfield, Manchester selama 1 bulan dan di Cheshire Grammar School for Girl selama 1 bulan.

Di Malaysia, beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan (1961). Lapan sekolah lain ialah Sekolah Menengah Kamil, Pasir Putih,(1962 –1964) Sekolah Menengah Arau, Perlis,(1964) Sekolah Menengah Abdul Samad, Petaling Jaya (1965-1966) Sekolah Menengah Ungku Aziz, Sabak Bernam,(1967) Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur(1967- 1975) dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya.(1976 – Feb 1991). Beliau bersara pada 1 Mac 1991 setelah berkhidmat selama 30 tahun.

Khidmat masyarakat[sunting | sunting sumber]

Semasa di Brimsford Lodge,beliau mengetuai Pasukan Bola Jaring dan pasukan hoki kolej . Beliau juga menyertai Kursus Berkayak di Plymouth (Ogos 1959) - berkayak sejauh 4 batu di laut.Tahun 1960 beliau menghadiri Kursus Pengadilan Bola jaring di Lillishall. Seterusnya pada April 1959 beliau telah mengikuti British Council Course For Foreingn Student di Universiti St Andrew, Scotland.

Pandu Puteri[sunting | sunting sumber]

Mulai November 1951 sewaktu menuntut di Malay Girls College, Kuala Lumpur sudah terlibat dengan Pandu Puteri. 1953 beliau menyertai perkhemahan di Castle Camp dan Lulus Kelas Satu dalam acara Renang dan mengetuai Pasukan KL 14 GG. Pada tahun 1955 beliau bersama-sama dengan Pasukan kadet K.L 1 telah mengambil inisiatif membersih kawasan padang bangunan Pondok Pandu Puteri yang pertama di Brickfield. 1955 terlibat dalam ‘The Guide Hut ‘ yang dirasmikan oleh DYMM Tengku Ampuan Selangor, iaitu Tengku Jamiah. Beliau juga terlibat dalam Perkhemahan Seminggu di Lake Garden (1956) .Seterusnya perkhemahan di perkarangan rumah cikgu Miss A. Wilson semasa kehadiran peserta Maru dari New Zealand. 1956 –1958 beliau menyertai Pasukan Renjer Sekolah Sultanah Asma, Alor Star di bawah pimpinan Che Chik Ismail.

Sewaktu menuntut di Brimsford Lodge beliau menyertai Pasukan Kadet Kolej dan menjadi pemimpin oleh Miss M.C. Moris. Pada Julai 1959 menjadi wakil Malaysia mengikuti Summer Camp For Young Leades di pusat latihan dunia “Chalet” di Aidelboder, Switzerland. Pada Julai 1960,mewakili Malaysia ke World Jamborei 50 Tahun Pandu Puteri di Ceshley Abbey, Northhampton.Beliau lulus Compas First Aid dan Camp Permit dalam Ujian ‘Camping and Quarter Master” di Cannock Chase (September 1960). 1960 menghadiri “Advance Training For Young Leaders” di Princess Mary House Foxlease, England.

Pada 1 Februari 1962 selaku guru, beliau memegang jawatan sebagai Kapten di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh, Kelantan. Pada 1 Mei 1975 , beliau menjadi Pesuruhjaya Ibu Pejabat Selangor.Pada 21 Mei 1985 beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Beliau juga menjadi Pengurus Asrama Pandu Puteri (1985). Pengerusi Kutipan Derma Bangunan (1987 –1997), Pengerusi Projek Bangunan Baru (1994 – 1996). Beliau memulakan program Pemimpin Muda (1) pada tahun (1997), melaksanakan Program Kesihatan (1) Senamrobik (1993), menjayakan Projek Peace Pack Sedunia (1994 –1996). Pada tahun 2001 beliau telah menggerakkan Projek Kesihatan dan Kreativiti (2).

Antara pingat dan anugerah yang diterimanya ialah Pingat Jasa (1989), Pingat Lebah (1993), Pingat Laying-layang (1999), Pingat Lapan Puluh Tahun Pandu Puteri (1997) dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya (2001).2004 beliau diberi Anugerah Seri Kandi Pandu Puteri 2004.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2004". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-14. Dicapai pada 2011-10-16.