Hasan Mohd Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hassan Ali)
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato’ Dr.

Hasan Mohd Ali
Hassan Ali ketika ditemuramah pemberita.jpg

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam)
Tempoh jawatan
Mac 2008 – 18 Januari 2012
Didahului oleh Dato' Haji Abdul Rahman Haji Palil
Diganti oleh Khalid Ibrahim
Ahmad Yunus Hairi

Member of the Selangor Assembly
for N17 Gombak Setia
Penyandang
Tempoh jawatan 
2008
Majoriti 2797

Member of Parliament
for P57 Parit Buntar
Tempoh jawatan
1999–2004
Diganti oleh Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin

Lahir 28 November 1947
Klang, Selangor
Bangsa Malaysia
Parti politik PAS logo.svg PAS (telah dipecat dari parti pada 8 Januari 2012)
Kediaman Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur
Pekerjaan Penceramah motivasi, ahli politik
Religion Islam

Yang Berhormat Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali (28 November 1947 - ) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Gombak Setia serta bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga digugurkan pada Jun 2011[1] dan akhirnya dipecat pada Januari 2012[2].

Beliau merupakan penceramah yang hebat kerana dapat mempengaruhi pendengar . Sebelum menceburi politik PAS pada 1999, beliau sering menjadi penceramah dan ahli panel dan disiarkan melalui RTM1. Tokoh lain yang menjadi penceramah ketika itu ialah Datuk Ismail Kamus dan mufti Selangor Datuk Ishak bin Baharom.


Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Klang, Selangor pada 28 November 1947.

Beliau mendapat Ijazah pertama dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana Urban Planning dari Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat pada tahun 1975 dan PhD Urban Science dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat pada tahun 1985.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

YB Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan seperti:

  • Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  • Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
  • Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  • Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
  • Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
  • Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  • Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
  • Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM

Beliau merupakan penceramah motivasi dan pernah menjadi pengerusi majlis Forum Perdana Ehwal Islam di RTM1 selain memberi ahli panel di al-Kuliyyah (TV3) dan banyak lagi. Pada 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) .

Biro Tatanegara[sunting | sunting sumber]

Dr Hassan Ali pernah dilantik menjadi Pengarah Biro Tatanegara (BTN) - sebuah agensi kerajaan bagi meningkatkan semangat patriotik di kalangan penjawat awam dan ahli politik.

Kem Motivasi di Hulu Langat[sunting | sunting sumber]

Beliau meletak jawatan dari perkhidmatan kerajaan pada 1985 dan memulakan pusat motivasi. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Sabha Group Sdn. Bhd. dan Akademi Keluarga Bahagia (AKRAB). Dr Hassan Ali pernah mempunyai kem motivasi untuk pelajar dan orang ramai di Sungai Lui,Hulu Langat,Selangor. Mulanya Kem SABHA itu milik beliau dan iklan mengenainya disiarkan melalui surat khabar tempatan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi ADUN Sungai Burong, Selangor dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Negeri Perak dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 sebelum kalah kedua-dua kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004.

Pada 2008, beliau memenangi kerusi DUN Gombak Setia, Selangor. Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden PAS, Ketua Pesuruhjaya Pas Selangor dan dan bekas Ketua Pembangkang di DUN Selangor (1999-2004).

Dipecat dari PAS[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Januari 2012, mesyuarat lembaga induk PAS Pusat telah memecat keahlian Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta mengikut Fasal 82(9).[3][4]

Berikut adalah kenyataan Media Presiden PAS:

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini (8 Januari 2012), PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Sebelum itu, beliau telah menerima surat tunjuk sebab hasil keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober 2009 yang diadakan susulan desakan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar muktamar khas dipanggil bagi membincang "beberapa kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan.

Ini kerana terdapat beberapa kenyataan pemimpin PAS Selangor itu, yang dianggap tidak selari dengan kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat negeri, diungkit semula baru. Keputusan ini mengejutkan Dr Hasan.[5]

Dr Hasan sebelum ini mendakwa bahawa konsep negara berkebajikan yang dipilih oleh kepimpinan PAS telah lari daripada konsep perjuangan asal. Selain itu beliau juga telah mempersoalkan tindakan PAS Selangor mengarahkan anggota-anggota PAS menyertai perhimpunan untuk membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat tetapi tidak membenarkan anggota-anggota PAS untuk menyertai perhimpunan antimurtad tahun lepas.[6]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Dato’ Dr Hasan Ali menulis lebih daripada 30 tajuk buku, ratusan bahan audio visual yang sebahagian besarnya menggariskan tatacara memantapkan institusi keluarga dan pemupukan budaya cemerlang di kalangan ahli keluarga. Beliau terlibat sebagai konsultan dan ahli panel rancangan-rancangan TV seperti Malaysia Hari Ini, RSB, Nona, Majalah 3 untuk TV3 serta Selamat Pagi Malaysia, Minda dan Forum Perdana Ehwal Islam untuk RTM. Beliau juga menjadi tetamu undangan program pendidikan kemasyarakatan dan kekeluargaan serta motivasi kecemerlangan di TV Singapura dan Brunei Darussalam.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Isu Islam Hadhari[sunting | sunting sumber]

Beliau telah membahaskan mengenai pengharaman Islam Hadhari di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mei 2008 dengan mengatakan Islam yang dahulu sudah lengkap dan tidak berubah. Beliau mengarahkan semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.[7]

Kerajaan perpaduan[sunting | sunting sumber]

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau dikatakan berunding dengan pemimpin UMNO / Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan perpaduan. Sedangkan ramai wakil rakyat PAS menang kerana sokongan Pakatan Rakyat. Tindakan membelakangkan PR ditafsirkan sebagai belot kepada PR. Slogan PAS iaitu 'PAS For All' berjaya menarik perhatian pengundi bukan Melayu. Dikatakan pengundi mengundi PAS bukanlah sangat kerana manifesto PAS tetapi kerana membenci rekod buruk UMNO.

Pengerusi jawatankuasa disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menghantar surat tunjuk sebab kepada beliau. Keputusan menyiasat PAS Selangor dicapai dalam mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober 2009. Dr Hassan Ali boleh digantung jika didapati bersalah iaitu tidak selaris dengan Pakatan Rakyat.[8]

Penjualan arak di Shah Alam[sunting | sunting sumber]

Selaku Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau tidak dapat menerima penjualan minuman beralkohol / arak di kedai-kedai di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi kerana bandar ini mempunyai majoriti penduduk Melayu berugama Islam . Sungguhpun kedai 24 jam mensasarkan jualan arak kepada bukan Melayu, tetapi ada juga remaja Melayu yang mengambil kesempatan untuk membelinya.

Mengkritik Selcat[sunting | sunting sumber]

Dr Hassan Ali mengkritik tatacara / prosiding terbuka yang dilakukan oleh Selcat. Prosiding terhadap 9 pegawai daerah secara terbuka di Bangunan Annex di hadapan wartawan, orang awam dan disiarkan secara terbuka telah menjejaskan reputasi dan imej mereka selaku pegawai daerah.

Sungguhpun Selcat mengikut standard antarabangsa, pelbagai kelemahan perlu diperbaiki dan mencontohi PAC.Kebanyakan penjawat awam termasuk pegawai daerah ini adalah orang Melayu .Hassan Ali sendiri pernah menjadi penjawat awam dan menjadi pengarah BTN .Kritikan pedas Hassan Ali mengundang kecaman dari pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Charles Santiago dan Azmin Ali.

Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat menghantar surat tunjuk sebab terhadap Hassan Ali. Ini berikutan kecaman Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap 'beberapa kerat pemimpin bermasalah'. Kemerosotan undi PAS dalam Pilihan raya kecil Bagan Pinang menyebabkan 'kesalahan' Dr Hassan Ali diungkit semula.[9]

Khutbah Jumaat[sunting | sunting sumber]

Semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010, Hassan Ali dituduh membaca khutbah di masjid tanpa memenuhi syarat sah khutbah Jumaat iaitu tidak membaca salawat ke atas Nabi s.a.w. dalam khutbahnya. Beliau dituduh membaca khutbah berbaur politik ketika solat Jumaat di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 23 April 2010.

Pada 25 April 2010, Hassan Ali membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Tuduhan itu tidak benar dan tidak menderhaka titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Tiada mana-mana rukun khutbah Jumaat yang tertinggal. Tambahan pula beliau berpengalaman membaca khutbah selama 40 tahun dan tiada sebarang laporan mengenainya.Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sembahyang di masjid itu juga turut mengesahkan tiada rukun khutbah yang tertinggal.[10]


Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN)[sunting | sunting sumber]

Dato Hassan Ali merupakan penceramah utama dalam Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun). Perhimpunan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang anasir-anasir negatif yang cuba menggugat dan memesongkan akidah umat Islam / Melayu di Malaysia. Tema Himpun ialah 'Selamat Akidah' daripada murtad.[11]

Jalur Tiga[sunting | sunting sumber]

Selepas digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan kemudian dipecat daripada PAS pada 8 Januari 2012, Dato Dr Hassan Ali telah menubuhkan sebuah NGO baru bernama 'Jalur Tiga' atau JATI. Menerusinya beliau memperjuangkan agama Islam, nasib bangsa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Jawatan Exco negeri Selangor juga digugurkan dan diganti oleh ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.[12] Melalui Jati, Dato Dr Hassan Ali akan mengadakan 'road show' memberi kesedaran kepada masyarakat.

Beberapa pihak skeptikal dengan Hassan Ali dan menganggap pemecatannya tidak memberi kesan ketara.Kajian oleh Pengarah operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki yang meninjau pendapat ramai di Youtube, Malaysiakini dan The Malaysian Insider mendapati perjuangan dan jelajah Hassan Ali menerusi Jati tidak membimbangkan. [13]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat: P54 Parit Buntar[14]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
1999 Hasan Mohamed Ali (PAS) 15,931 53% Abdul Rahman Suliman (UMNO) 13,837 46%
2004 Hasan Mohamed Ali (PAS) 14,623 42% Abdul Hamid Ngah (UMNO) 19,312 56%
Dewan Undangan Negeri Selangor: N6/N8 Sungai Burung[14]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
1999 Hasan Mohamed Ali (PAS) 5,591 49% Mohd Aini Taib (UMNO) 5,500 48%
2004 Hasan Mohamed Ali (PAS) 4,801 33% Mohd Shamsudin Lias (UMNO) 9,321 65%
Dewan Undangan Negeri Selangor: N17 Gombak Setia[14]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
2008 Hasan Mohamed Ali (PAS) 14,391 55% Yuszahari Mohd Yusoff (UMNO) 11,594 45%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Hasan Ali digugur sebagai Pesuruhjaya PAS S'gor", Malaysiakini.com, 13 Jun 2011.
  2. Pas Kelantan Online - Dato Hassan Ali dipecat dari PAS
  3. Harakah Daily-PAS pecat Hasan Ali
  4. UtusanOnline-Pas pecat Hasan Ali
  5. Hasan Ali terkejut dipecat daripada Pas, 08/01/2012 7:07pm
  6. Hasan Ali dipecat sebagai anggota PAS serta-merta, Posted on January 9, 2012, Monday
  7. Selangor haramkan Islam Hadhari, PAS Selangor.
  8. "Hasan terima surat tunjuk sebab", Malaysiakini.com, 10 November 2009.
  9. Hasan terima surat tunjuk sebab
  10. Hasan Ali Buat Laporan Polis Atas Tuduhan Guna Masjid Untuk Berpolitik
  11. HIMPUN: Hasan Ali sertai, 10,000 dijangka hadir
  12. MB jawab isu gugurkan Hasan Ali
  13. Tinjauan PAS: Pemecatan Hasan Ali beri kesan minima
  14. 14.0 14.1 14.2 "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diperoleh pada 30 Mei 2010.