Hassan Yunus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tan Sri Dato' Haji
 Hassan Yunus

Menteri Besar Johor Johor
Tempoh berjawat
27 Jun 1959 – 1967
Didahului oleh Dato’ Idris Bin Ibrahim (1955-1959)
Digantikan oleh Tan Sri Othman Saat (1967-1982)

Mufti Negeri Johor
Tempoh berjawat
1941 – 1947[1]
Didahului oleh Dato' Syed Alwe bin Tahir Al-Hadad
(1934–1941)
Digantikan oleh Dato' Syed Alwe bin Tahir Al-Hadad
(1947–1961)

Tarikh lahir 1907[2]
Tempat lahir Muar, Johor
Meninggal 12 Julai 1968
Parti politik United Malays National Organisation (UMNO)
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

Tan Sri Dato Haji Hassan bin Yunus(lahir 1907- 12 Julai 1968 di Muar, johor) merupakan ahli politik UMNO dari Johor, Semenanjung Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Johor (27 Jun 1959 - 31 Januari 1967), Mufti Johor dan seorang pengarang .

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berguru dengan Muhammad Yusuf bin Ahmad atau 'Tok Kenali' di Kelantan. Seterusnya belajar di Universiti Al-Azhar, Mekah dalam bidang Syariah.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1 Janujari 1940). Pada 1 Januari 1943 menjadi Penolong Kadi dan memanggku jawatan Mufti Johor hinggalah sebelum merdeka. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.

Politik[sunting | sunting sumber]

Sebelum Perang Dunia II beliau menyertai Persatuan Melayu Johor. Dia bersama menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani Perjanjian Malayan Union pada 1946. Dr Ismail Abdul Rahman pernah mencadangkan agar Hassan Yunus menjadi Mufti Johor tetapi dibantah oleh oleh Dato Onn Jaafar.[3]

Apabila Dato’ Onn Jaafar meninggalkan UMNO, Persatuan Melayu Johor mengambil alih. Selepas Pilihan raya umum Malaysia 1959 yang pertama, pimpinan UMNO dan Persatuan Melayu Johor setuju melantik beliau sebagai Menteri Besar Johor pada 27 Jun 1959 dan beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihan raya. [4][5][6]

Beliau bersama enam yang lain (7 orang) terlibat dalam usaha menjatuhkan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Tokoh lain yang tgerlibat ialah Dato kosai, Safiah Sulaiman, Abdullah Sulaiman, Dr Awang Hassan dan Dato Sulaiman yang kesemuannya berasal dari Muar.[7]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunus meninggal dunia pada 12 Julai 1968.

Bagi mengenang jasanya stadium utama di Johor Bahru dinamakan sebagai Stadium Tan Sri Hassan Yunus.[8] Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hassan Yunus terletak di Simpang Renggam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Johor Mufti Department, Johor Mufti List, Tan Sri Datuk Hj Hassan bin Yunus (1941–1947)
  2. Birthdate uncertain: Options-to-date 1907.[petikan diperlukan]
  3. 'Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan' oleh Ramlah Adam, DBP, hlm 116
  4. Tan Sri Hj. Hassan Yunus
  5. Sejarah ringkas Muar oleh Abdul Shukor Ismail
  6. UMNO tidak relevan, oleh Hussain Yaakub
  7. 'Tun Dr. Ismail: kejora timur yang mengerdip' oleh Thajunnisa Mohamed Ibrahim, hlm 18
  8. Johor football returns to its glory days.