Hattan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk Hattan

Sebuah album penghargaan khas untuk Ramli Sarip dari Hattan.
Latar belakang
Nama lahir Mohd Shukri bin Shahabudin
Juga dikenali sebagai Datuk Hattan
Berasal dari Seri Menanti, Negeri SembilanMalaysia Malaysia
Genre Rock, Balada dan Blues
Pekerjaan Penyanyi, Pencipta lagu, Penerbit album dan Pelakon
Tahun aktif 1987 hingga kini.

Datuk Hattan atau nama sebenar beliau ialah Mohd Shukri bin Shahabudin merupakan seorang penyanyi solo, pelakon dan pencipta lagu di Malaysia. Lagu "Memburu Rindu" ciptaan M.Nasir telah menaikkan nama Hattan selaku penyanyi solo yang popular di awal tahun 1990.

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Datuk Hattan dilahirkan pada 21 Disember 1964 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Sebelum bergiat aktif sebagai penyanyi solo Hattan pernah menganggotai Kumpulan FRU dan pernah merakamkan album yang berjudul "Kelahiran" pada tahun 1988.

Album [sunting]

Album solo


Album Kompilasi


Album bersama Kumpulan FRU

  • Pelbagai Artis (War Rock 1) - Pratuyada(1987)
  • ' - Kelahiran (1988)

Lagu ciptaan [sunting]

  • Michelle - Kris (1993)
  • Misteri Kasih - Kris (1993)
  • Biso Bonar - Hattan (1998)

Filem [sunting]

  • Selubung (1992 / pelakon pembantu)
  • Who Am I? (1998 / pelakon undangan)
  • Buli (2004 / pelakon undangan)
  • Lembing Awang Pulang Ke Dayang (2007 / pelakon pembantu)

Anugerah [sunting]

  • Juara bulanan pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Memburu Rindu (1991)
  • Bertanding dalam Anugerah Juara Lagu TV3, lagu Memburu Rindu (1991)
  • Album penghargaan kepada M. Nasir, Mentor (1994), terjual melebihi 125,000 unit.