Hayagriva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hayagriva merupakan sebuah kumpulan pemuzik ekstrim metal dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia.

Hayagriva
Berasal dariIpoh, Perak, Malaysia
Genremelodic black metal
Tahun aktif1993 - sekarang
Syarikat rakaman
Khakan Productions, Ultra Hingax Production
Pengkarya berkait
As Sahar
Laman sesawang
www.hayagriva.us
AhliAavimarga
Mantheravathee
Venkhateswehra
Nhajasakthee
Bekas ahliXamshakty
Dyoraktha
Solae Dradjun

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hayagriva merupakan kumpulan pemuzik yang membawa genre ekstrim metal. Malah sejak kewujudan mereka sekitar tahun 1993 sentiasa menjadi ikutan peminat apatah lagi mereka tampil dengan imej, lirik serta melodi yang di hasilkan cukup sesuai bagi mereka yang meminati nuansa muzik sedemikian.

Kelahiran Ep pertama ‘Silverian Art” pada tahun 1997 membuktikan bahawa Hayagriva begitu serius dengan karier muzik mereka. Berita kehebatan Hayagriva juga turut tersebar ke Singapura yang mana ianya membawa kepada sebuah kerjasama di antara As Sahar dan Hayagriva, maka terhasillah sebuah EP berkembar berjudul “Beyond Firmament” yang telah diriliskan oleh Memories Records.

Pada 20123, mereka beraksi di Konsert Metal Camp[1] dan KL Metal Camp, yang turut disertai oleh pemuzik dari luar negara yang bertaraf legenda.[2]

Hayagriva juga terlibat dalam kompilasi “Ipoh Metal Militant” sebuah album kompilasi yang diterbitkan oleh Ultra Hingax Production pada tahun 1999. Setelah itu banyak juga studio album yang telah mereka hasilkan. Setelah beberapa tahun mereka menghilangkan diri kini Hayargiva tampil secara eksklusif di Hard Rock Café Melaka buat pertama kalinya pada 2017.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio
  • Red Heaven (2007)
  • Descendent XII (2012)
EP
  • Silverian's Art (Elegy Domain) (1998)
Single
  • Jahanamiyun (2007)
  • Emperor Awaits (2011)

Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Anggota Sekarang
  • Aavimarga - Vokal
  • Mantheravathee - Gitar
  • Venkhateswehra - Keyboard
  • Nhajasakthee - Dram
Bekas Anggota
  • Xamshakty - Vokal
  • Dyoraktha - Bass
  • Solae Dradjun - Bass

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Penganjur Bimbang Penganjuran 'Metal Camp' Dapat Tentangan.
  2. ^ "KL Metal Camp V tampil kumpulan legenda". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada 2019-09-29.
  3. ^ HRC Melaka bergegar lagi