Hayden Kho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hayden Kho, Jr.
Kelahiran
Hayden Kho, Jr.

(1980-05-20) 20 Mei 1980 (umur 43)
Nama lainHayden Kho, Jr.
Hayden Kho
Doc Hayden
PekerjaanAktor, Model
Laman web rasmihttp://www.igma.tv/profile/hayden-kho

Hayden Kho, Jr. (dilahirkan pada 20 Mei 1980 di Manila, Filipina) ialah seorang doktor Filipina bekas selebriti, ahli perniagaan, pelakon dan peragawan. Dia kini mengacara rancangan TV bernama Paparazzi yang disiarkan TV5. Baru-baru ini berita pertunangannya dengan Vicki Belo sejak Disember 2010 telah didedahkan.[1]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2009, sekurang-kurangnya 40 video seks dengan beberapa orang perempuan termasuklah aktres Katrina Halili dan Maricar Reyes serta seorang peragawati Brazil telah tersebar di internet tanpa keizinannya.[2][3] Halili kemudian menyaman Kho kerana merakam aksi seks mereka berdua tanpa keizinannya. Ibu Kho, Irene Kho menyalahkan Halili yang dikatakan sebagai penagih dadah kerana menyebabkan anak lelakinya menjadi penagih dadah.[4] Kes yang dikemukakan Halili terhadap Kho digugurkan pada 15 Disember 2010.[5] Hayden menamakan Bistek and kawan lain Eric Chua sebagai dalang yang mungkin bagi penyebaran video-video tersebut secara tidak sah.[6]

Satu video yang menayangkan Kho dan Halili menari bersama yang bocor menjadi tumpuan sensasi di internet.[7]

Pada tahun 2009, Suruhanjaya Pengawalan Professional (Professional Regulation Commission, PRC),telah membatalkan lesen perubatan seminggu selepas siasatan yang dijalankan oleh lembaga perubatan suruhanjaya tersebut.[8]

Pada tahun 2011, aktres Sharon Cuneta yang dikenali sebagai bintang mega dunia hiburan Filipina berasa jengkel dengan Kho kerana memuatkan di akaun Twitternya pada 28 January 2011:

“There’s a billboard ad in EDSA developed by advertisers who think consumer are stupid. Guess.” 

("Terdapat satu iklan papan iklan di EDSA yang dibangunkan oleh pengiklan-pengiklan yang fikir pengguna adalah bodoh. Tekalah.")

Bintang mega itu percaya bahawa Kho merujuk pada papan iklan Marie France kontroversinya yang menunjukkan Cuneta yang sihat lawan versinya yang lebih ramping. Papan iklan itu telah dikritik kerana dikatakan tidak memaparkan perkara yang sebenarnya.

Ujar Cuneta: "“Kung totoo ‘yon, ang kapal ng mukha niya. Tapos, mambabastos siya? As far as I'm concerned, stupid people shouldn't comment on what is stupid or not. If I may add to that: Decent people are [the only] people I would like to listen to. Not those who do not know the meaning of decency. And who treat women like they're nothing! Excuse me”.

("[Ayat bahasa Tagalog]. Setakat yang saya tahu, orang bodoh seharusnya tidak mengulas mengenai apa yang bodoh atau tidak. Bukan mereka yang tidak tahu makna tatasusila. Dan orang yang melayan perempuan seolah-olah mereka tidak bernilai! Tolonglah ya".)[9]

Kho kemudiannya memuatkan dalam twitternya pada 9 Februari 2011:"Wow, i wasn't referring to the MF billboard. I was referring to the "L**D" that's supposed to be a LOURDES. Dahan-dahan naman po." ("Wow, saya tidak merujuk pada papan iklan MF. Saya merujuk pada "L**D" yang sepatutnya ditulis sebagai LOURDES. [Ayat bahasa Tagalog].[10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ibunya berbangsa Filipina manakala bapanya berketurunan Cina. Kho menamatkan pengajian perubatan di University of Santo Tomas. Kini dia bertunang dengan doktor pembedahan plastik selebriti Vicky Belo yang tua 27 tahun daripadanya. Anak lelaki Belo, Quark Henares membantah hubungan ibunya dengan Kho.[11]

TV[sunting | sunting sumber]

Year Title Character/Role Notes Channel
2011 Paparazzi Himself Host ABC TV5
2009 Darna Danny Cameo GMA-7
2008 Luna Mystika Dr. Jonas Guest cast GMA-7
2008 Ako si Kim Sam Soon Dr. Henry Lead Role GMA-7
2007 Marimar Dr. Hayden Miranda Supporting Role GMA-7
2007 Celebrity Duets: Philippine Edition Contender Performer GMA-7

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.abs-cbnnews.com/entertainment/06/30/11/vicky-belo-hayden-kho-engaged
  2. ^ http://www.abs-cbnnews.com/nation/05/28/09/senate-opens-hayden-probe-public
  3. ^ Avendaño, Christine (2009-05-21). "Palace joins outrage over doc's sex videos". Philippine Daily Inquirer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-09. Dicapai pada 2009-05-21. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/nation/view/20090709-214637/Irene_Kho_maintains_drug_claims_vs_Halili
  5. ^ http://www.philstar.com/Article.aspx?articleid=639344
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-01. Dicapai pada 2011-08-26.
  7. ^ http://www.youtube.com/watch?v=txJlBZBStsQ
  8. ^ Kho's medical license remains revoked | The Manila Bulletin Newspaper Online
  9. ^ Sharon slams Hayden over Marie France billboard | ABS-CBN News | Latest Philippine Headlines, Breaking News, Video, Analysis, Features
  10. ^ Hayden Kho's tweet: Which billboard could he be referring to? | PEP.ph: The Number One Site for Philippine Showbiz
  11. ^ Quark Henares rattles off reasons for not liking Hayden Kho | The Manila Bulletin Newspaper Online

Pautan luar[sunting | sunting sumber]