Hazami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hazami
Latar belakang
Nama lahirNorkamal Hazami bin Ahmad
Juga dikenali sebagai
Hazami
Kelahiran (1975-02-22) 22 Februari 1975 (umur 49)
Ipoh, Perak Perak, Malaysia
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenrePop , R&B
PekerjaanPenyanyi / Penggubah lagu / Penerbit album / Guru vokal
InstrumenVokal, Piano
Tahun aktif2002–kini
Syarikat rakaman
2002–2008: Warner Music
2009 - 2015: Hazami Records Sdn. Bhd. 2016 - kini: Cloudworks Entertainment [1]
Pengkarya berkait
Ajai
Nurul
Ayu Mentor
Zamil Idris
Laman sesawang
Hazami] https://www.instagram.com/hazamiofficial/?hl=en]

Norkamal Hazami Ahmad atau nama komersialnya Hazami (lahir 22 Februari 1975) ialah seorang penyanyi dan pencipta lagu di Malaysia. Beliau mula mencipta nama dalam industri muzik tanah air pada tahun 2002 menerusi lagu saduran berjudul 'Sonata Musim Salju' yang merupakan lagu tema drama Korea, 'Winter Sonata' yang mana lirik video lagu ini telah mencecah sebanyak 2.2 juta tontonan di laman Youtube.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Januari 2002 beliau telah mengadakan showcase beliau sendiri di Planet Hollywood Sunday's Nite Live di mana syarikat rakaman suara Warner Music telah mengikat perjanjian usahasama bersama beliau untuk menjadi artis rakaman di syarikat rakaman tersebut pada tahun 2002-2007. Pada tahun 2008, beliau telah menubuhkan syarikat rakaman beliau sendiri iaitu Hazami Records.

Kemudian Hazami telah mengeluarkan album kedua beliau iaitu 'Kata' pada November 2004 selepas 2 tahun beliau membuat persediaan untuk album ini. Untuk album ini beliau memilih genre true pop yang menggabungkan elemen R&B, hip hop dan rock. Sebelum beliau mengeluarkan abum kedua ini, beliau telah merakam kembali lagu Setulus Cintamu penyanyi asal Broery Marantika dengan cara beliau tersendiri sebagai penghormatan terhadap album Broery Marantika yang telah dikeluarkan pada pertengahan 2004.

Dengan mempertaruhkan album 'Kata', dua lagu yang ditulis sendiri oleh Hazami telah mendapatkan sambutan yang hebat oleh pendengar dan lagu-lagu tersebut telah menerima banyak permintaan di stesen radio Malaysia. Berikutan kepada kejayaan lagu-lagu tersebut, ianya telah melayakkan Hazami melangkah ke Anugerah Muzik berprestij tinggi di negara iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) di TV3 untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 2005-2006. Pada Anugerah Juara Lagu ke-20, lagu 'Kata' telah dinobatkan sebagai Juara kategori Pop Rock dan pada malam anugerah itu juga Hazami telah memenangi kategori Vokal Terbaik. Pada AJL 2006, beliau telah memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu 'Mungkir Bahagia'.

Hazami turut membuat persembahan di Planet Hollywood, No Black Tie, Dari Studio Satu, Jom Heboh, Istana Budaya, Projek Istimewa 'Negaraku' di Philharmonics hall, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Era di serata Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

Selain itu, Hazami turut dikenali sebagai ikon motivasi untuk 'Projek Tekad' yang dilaksanakan oleh sukarelawan dan projek ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Lagu 'Tekad ' yang ditulis oleh Hazami ini menjadi lagu tema untuk projek tersbut. 'Tekad' membawa maksud kepercayaan terhadap diri sendiri dan jangan pernah putus asa adalah mesej yang hebat daripada Hazami di mana beliau percaya pendidikan itu adalan salah satu sebab yang membawa beliau melangkah sejauh ini.

Hazami kini dikenali sebagai Guru Vokal profesional didalam industri muzik Malaysia. Beliau berkongsikan ilmu vokal kepada pelajar-pelajarnya dan kebanyakkan daripada pelajar-pelajar beliau memenangi pelbagai pertandingan besar[perlu rujukan]. Diatas pembelajaran vokalnya yang hampir sedekad, Hazami telah dipilih untuk menjadi salah seorang mentor didalam program realti 'Mentor' di TV3. Beliau juga telah berkolaborasi dengan ramai rakan artis dalam membuat persembahan, penulisan lagu, latihan vokal dan juga pembikinan album. Hazami kini telah mencapai cita-citanya untuk bergelar seorang Penulis lagu, Guru vokal dan juga Penerbit.

Tambahan lagi Hazami bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah turut dikenali di Indonesia, Singapura dan Brunei. Lagu pertama beliau iaitu 'Sonata Musim Salju' telah berada didalam Carta Era selama 17 minggu dan lagu tersebut menjadi lagu nombor 1 di Carta Era selama 5 minggu. Pada tahun 2010, lagu 'Tekad' telah dirakam semula didalam bahasa Tagalog - 'Hangang Wakas'. Ini adalah projek duet bersama Ratu Pop Filipina iaitu Kyla dan lagu ini telah menjadi lagu nombor 1 di salah sebuah carta radio di Filipina selama 14 minggu.

Pada tahun 2003 beliau telah menjadi salah seorang calon untuk kategori Artis Lelaki Baru Terbaik di anugerah berprestij tinggi Malaysia iaitu Anugerah Industri Muzik. Pada tahun yang sama juga beliau telah memenangi kategori Anugerah Artis Lelaki Baru Poplular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Pada tahun 2010, beliau telah memenangi Anugerah Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu, Survivor (Album 'Running') di Anugerah Industri Muzik.

Hazami kembali membuat kemunculan beliau di kaca televisyen dengan menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017 di Astro Ria dan beliau melayakkan diri ke peringkat akhir bersama-sama rakan artis yang turut serta didalam rancangan tersebut seperti Aishah, Liza Hanim, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Kini setelah menyepi hampir 4 tahun dari sebarang persembahan umum dalam dunia muzik, Hazami memperkenalkan dirinya semula dengan persembahan hebat bersama Dayang Nurfaizah serta rakan-rakan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke -29 yang lalu. Lanjutan dari persembahan tersebut, kini Hazami kembali memperkenalkan lagu terbaru beliau yang bertajuk ‘Cintai Dia’, sebuah lagu balada ciptaan sepenuhnya oleh Hazami. ‘Cintai Dia’ mengisahkan tentang cinta agung yang tercipta setelah redha untuk melepaskan seseorang yang amat dicintai. Ianya terhasil selepas dari pengamatan kisah benar yang dialami oleh rakan baiknya sendiri. Lagu ‘Cintai Dia’ membawa kita kembali kepada nostalgia lagu-lagu balada Hazami yang lalu seperti ‘Mungkir Bahagia’ dan ‘Sonata Musim Salju’ dengan alunan vokalnya yang merdu serta penghayatan melodi yang indah. Ianya pasti akan menjadi hadiah yang lama ditunggu-tunggu oleh peminat Hazami yang selama 4 tahun kebelakangan ini lebih banyak bekerja dibelakang tabir.

‘Cintai Dia’ adalah salam pengenalan semula Hazami kepada para peminat muzik tanah air. Ini adalah permulaan kepada banyak lagi lagu-lagu beliau yang akan diperkenalkan nanti. Lagu ‘Cintai Dia’ sudah mula mendapat tempat dan dimainkan di radio-radio tempatan. Lagu 'Cintai Dia' juga dimainkan untuk OST Lara Cinta Ameena. Pastinya lagu ini akan menjadi pengubat rindu kepada peminat-peminat Hazami yang lama menantikan lagu terbaru dari beliau.

Gegar Vaganza 4[sunting | sunting sumber]

Hazami merupakan salah seorang peserta daripada 12 orang peserta yang berjaya terpilih menyertai Gegar Vaganza 4 pada tahun 2017 dan beliau berjaya menduduki tempat keempat dalam pertandingan tersebut. Berikut adalah persembahan beliau;

Konsert Tema Lagu Ked.
Minggu 1 Masihkah Kau Ingat "Mungkir Bahagia" nyanyian asal Hazami Ke-3
Minggu 2 Sekali Dengar Terus Melekat "Setengah Mati Merindu" nyanyian asal Judika Ke-3
Minggu 3 Berani Ke Tidak? "Joget Kenangan Manis" nyanyian asal Dato' Sudirman Haji Arshad Ke-4
Minggu 4 Berdua Lebih Baik "Jangan Pisahkan" nyanyian asal Deddy Dores & Mayangsari
(Duet bersama Azharina)
Pertama
Minggu 5 Kaum Kerabat "Jerat Percintaan" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza Ke-2
Minggu 6 Jangan Kata Tak Tahu "Jampi" nyanyian asal Hael Husaini Ke-2
Minggu Separuh Akhir Goyang Kaki Goyang Tangan & Runut Bunyi "Getaran" nyanyian asal Famieza &
"Hello" nyanyian asal Lionel Richie
Pertama
Minggu Akhir Berani Ke Tidak? Bahagiamu Deritaku" nyanyian asal Hafiz Suip Tempat Keempat
"Amboi" nyanyian asal Altimet
(Battle dengan Lan Solo)

Terpaling Juara[sunting | sunting sumber]

Selepas menyertai Gegar Vaganza 4 pada tahun 2017, Hazami sekali lagi mencabar dirinya bertanding dengan menyertai program realiti televisyen nyanyian Terpaling Juara pada tahun 2022 yang disiarkan disaluran TV3 dimana beliau antara 6 orang peserta yang bertanding bagi merebut gelaran juara. Menariknya, beliau sebagai penyanyi senior bersama dengan Ifa Raziah dan Rahmad Mega bersaing dengan 3 orang lagi bakat-bakat baharu dalam pertandingan tersebut. Berikut persembahan beliau;

Konsert Tema Lagu (penyanyi asal) Ked.
Minggu 1 Game On "Mungkir Bahagia" (Hazami) 4th
Minggu 2 3 Dekad "Seribu Impian" (Casey) Btm 2
Minggu 3 Cinta "Mas Mona" (Dato' Jefrydin) Btm 2
Minggu 4 Kapten "Potret" (Akim & The Majistret) 1st
Minggu 5 Vice Versa "Terlalu Istimewa" (Adibah Noor) 1st
Minggu 6 Duet "Pelangi Senja" (Stacy)
  • duet Stacy
3rd
Minggu 7 Band "Aurora" (Estranged) Saved
Minggu Akhir Finale "Joget Angan Tak Sudah" (Jay Jay) 3rd place
"Luluh" (Khai Bahar)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Petikan Sedekad Hazami (2010)
  1. Tekad
  2. Tabah
  3. Ku Cinta Padamu
  4. Mungkir Bahagia
  5. Kata Cinta Madah Dusta
  6. Andai Bisa Kau Rasa (Lagu Baru)
  7. Kata Cinta Madah Dusta (Versi Koir)
  8. Tekad (Versi Koir A Cappella)
  9. Tekad (Minus One)
  10. Tabah (Minus One)
  11. Ku Cinta Padamu (Minus One)
  12. Mungkir Bahagia (Minus One)
  13. Kata Cinta Madah Dusta (Minus One)


  • Sonata Hazami (2013)
  1. Sonata Rindu (Lagu Baru)
  2. Fantasia
  3. Sonata Musim Salju
  4. Kata
  5. Ku Cinta Padamu
  6. Kiblatku
  7. Tekad
  8. Ayuh
  9. Mungkir Bahagia
  10. Petanda
  11. Kata Cinta Madah Dusta
  12. Survivor
  13. Setulus Cintamu (Rakaman Baru)

Single[sunting | sunting sumber]

Solo
Tahun Judul Album
2002 "Tabah" Tekad Redha Tabah
"Redha"
2003 "Tekad"
"Sonata Musim Salju"
2004 "Fantasia"
"Ku Cinta Padamu"
2005 "Kata" Kata
"Diari Cinta Kita"
2006 "Mungkir Bahagia"
2007 "Tiada Dikau Tiada Daku" Nyata
"Kata Cinta Madah Dusta"
2008 "Kiblatku"
"Ayuh"
2009 "Yang Pertama" Yang Pertama | Running
2010 "Survivor"
2016 "Cintai Dia" Single non-album
2017 "Maha"
2017 "Ikatan Mesra Lebaran"
2018 "Menanti Ku Pulang"
2018 "Oh Hari Raya"
2019 "Dicipta Untukku"
2020 "Cinta Hanya Kamu"
2021 "Hasrat"
Duet
Tahun Judul Duet Bersama Album
2004 "Mimpi Bahagia" Azharina Nina
2010 "Come Back To Me" Toni Gonzaga All Me
2010 "Hanggang Wakas" Kyla Essence of Soul
2018 "Kudrat" Zamil Idris Single non-album

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Mentor (musim 2) Mentor TV3 Tersingkir Separuh Akhir.
2017 Gegar Vaganza (musim 4) Peserta Astro Prima Pemenang Tempat Keempat
2021 Festival Muzik AJL Tetamu TV3 Sebagai penyanyi jemputan episod 3
2022 Terpaling Juara (musim 1) Peserta Pemenang Tempat Ketiga

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Memenangi kategori Anugerah Artis Lelaki Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003
  • Pada Anugerah Juara Lagu 2005 lagu 'Kata' telah memenangi Lagu Terbaik kategori Pop Rock dan kategori Vokal Terbaik
  • Menjadi salah seorang mentor didalam program realiti 'Mentor' di TV3 untuk musim kedua (tahun 2006)
  • Pada Anugerah Juara Lagu 2006, memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu 'Mungkir Bahagia'
  • Pada tahun 2010, memenangi Anugerah Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu, Survivor (Album 'Running') di Anugerah Industri Muzik ke-17
  • Peserta akhir Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017, menduduki tempat ke-4
  • 'Sonata Musim Salju' telah berada didalam Carta Era selama 17 minggu dan menjuarai Carta Era selama 5 minggu
  • 'Hangang Wakas' adalah projek duet bersama Ratu Pop Filipina iaitu Kyla dan lagu ini telah menjadi lagu nombor 1 di salah sebuah carta radio di Filipina selama 14 minggu

Pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Top 5 calon untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007
  • Tercalon di dalam pelbagai kategori di Anugerah Industri Muzik 2003, 2005, 2007 dan 2010
  • Tercalon di dalam beberapa kategori di Anugerah Era 2003 dan 2005
  • Tercalon di dalam Anugerah Planet Muzik 2003 dan 2005
  • Tercalon di dalam Anugerah Media Hiburan 2003

Pautan luar[sunting | sunting sumber]