Hazel Henderson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hazel Henderson (lahir 1933 di Bristol, England) merupakan penganalisis masa depan dan ahli ekonomi berevolusi. Beliau meruakan pengarang beberapa buah buku termasuk Building A Win-Win World, Beyond Globalization, Planetary Citizenship (bersama Daisaku Ikeda), dan Ethical Markets: Growing the Green Economy.

Henderson kini merupakan penerbit televisyen untuk tontonan umum iaitu siri Ethical Markets. Beliau juga seorang Pensyarah di Universiti California (Santa Barbara) dan menguruskan Horace Albright Chair bagi Pemeliharaan di Universiti California (Berkeley). Beliau juga seorang pensyarah yang mengembara dan seorang ahli panel. Kebelakangan ini, beliau telah terlibat dengan penerbitan seperti Futures Research Quarterly, The State of the Future Report, dan E/The Environmental Magazine (AS), Resurgence, Foresight and Futures (UK). Beliau turut menasihat Pejabat Penilaian Teknologi Amerika Syarikat dan Yayasan Sains Kebangsaan dari 1974 hingga 1980. Namanya turutr tersenarai dalam Siapa Dia dalam Dunia, Siapa Dia dalam Sains dan Teknologi, dan dalam Siapa Dia dalam Perniagaan dan Kewangan.

Henderson telah melibatkan diri dalam mencari ruang yang belum diterokai dalam ekonomi piawai dan "titik buta" dalam ahli ekonomi konvensional. Kebanyakan kerjanya melibatkan penciptaan hubungan antara ekonomi dan teori politik dengan berfokuskan alam sekitar dan sosial. Sebagai contoh, dia telah menyelidik bidang "nilai" bagi benda yang tidak terhitung seperti udara dan air bersih, yang diperlukan dengan banyaknya oleh manusia dan hidupan lain. Kerja ini membawa kepada perkembangan, dengan Kumpulan Calvert, tentang Penunjuk Mutu Kehidupan Calvert Henderson.

Ontologi[sunting | sunting sumber]

Henderson telah menjadi salah seorang pengkritik yang mengatakan takrifan hakikat yang dibentuk oleh saintis sosial dan alam sering berkaitan dengan hakikat yang mereka dibayar untuk belajar - membawa kepada persoalan tentang siapa yang telah menaja penyiasat dan ahli teori ini, dan mengapa? Siapa anggap sesetengah kajian berhak diberi tajaan? Soalan mana yang akan timbul dahulu?

Henderson percaya yang beberapa ancaman terhadap keamanan, keselamatan masyarakat, dan persekitaran yang baik akan membawa kita ke satu zaman yang kita akan terpaksa melihat nilai, maklumat dan kaedah yang kita mampu lakukan hanya bermula kebelakangann ini.

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Ethical Markets: Growing the Green Economy, Chelsea Green Publishing, 2006, ISBN 978-1933392233
  • Daisaku Ikeda coauthor, Planetary Citizenship, Middleway Press, 2004, ISBN 978-0972326728, 256 pgs
  • Hazel Henderson et al, Calvert-Henderson Quality of Life Indicators, Calvert Group, 2000, ISBN 978-0967689104, 392 pgs
  • Beyond Globalization. Kumarian Press, 1999, ISBN 978-1565491076, 88 pgs
  • Building a Win-Win World. Berrett-Koehler Publishers, 1995, ISBN 978-1576750278, 320 pgs
  • Creating Alternative Futures. Kumarian Press, 1996, ISBN 978-1565490604, 430 pgs (original edition, Berkley Books, NY, 1978)
  • Hazel Henderson et al, The United Nations: Policy and Financing Alternatives. Global Commission to Fund the United Nations, 1995, ISBN 978-0965058902, 269 pgs
  • Paradigms in Progress. Berrett-Koehler Publishers, 1995, ISBN 978-1881052746, 293 pgs (original edition, Knowledge Systems, 1991)
  • Redefining Wealth and Progress: New Ways to Measure Economic, Social, and Environmental Change : The Caracas Report on Alternative Development Indicators. Knowledge Systems Inc., 1990, ISBN 978-0942850246, 99 pgs
  • The Politics of the Solar Age. Knowledge Systems Inc., 1988, ISBN 978-0941705066, 433 pgs (original edition, Doubleday, NY, 1981

Pautan luar[sunting | sunting sumber]