Heckler & Koch AG36

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heckler & Koch AG36 40mm
XM320.jpg
Pelancar grened AG36
Jenis Pelancar bom tangan
Asal Bendera Jerman Jerman
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Sepanyol Sila lihat sejarah
Sejarah pengeluaran
Pereka Heckler & Koch
Pengeluar Heckler & Koch
Variasi AG-C, L17A1A2, XM320
Spesifikasi
Berat 3.30 lb (1.49 kg)(tanpa peluru)
Panjang 348 mm

Jenis peluru 40 x 46 mm
Tindakan 1 tembakan, 1 isian semula
Jarak berkesan lebih 400 meter
Pejera Pejera tangga


Heckler & Koch AG36 adalah senjata pelancar bom tangan (grened) buatan Heckler & Koch, Jerman. Ia dicipta khas oleh Heckler & Koch untuk kegunaan US Army's Enhanced Grenade Launcher yang menjalankan kajian untu digunakan dengan senjata Heckler & Koch XM8 dan FN SCAR.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Sebagai sistem persenjataan termoden termasuk Heckler & Koch G36, keseluruhannya diperbuat daripada polimer dan aluminium yang kukuh pada pelancar bom tangan AG36 yang menyumbangkan kepada jisim yang rendah dan ketahanan. Ia berupaya melancarkan tembakan grened 40x46mm, terdiri daripada peluru grened plastik, bebola plastik, gas pemedih mata, dan kartus gas OC (Oleoresin Capsicum,bahan kimia yang sama dengan penyembur lada), fosforus putih, dan grened berkuasa letupan tinggi.

Perkataan AG dalam bahasa Jerman digelar sebagai Anbaugranatwerfer dan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris iaitu "Attached Grenade Launcher" yang bermaksud Pelancar Bom Tangan dan nombor 36 berasal daripada nama senjata kebanggaan Jerman, G36.

AG36 adalah satu program masa hadapan infantri Jerman.

Berbanding dengan senjata pelancar bom tangan buatan Amerika, M203, laras AG36 dibuka secara ke sisi sebelah kiri untuk mengisi kartus grened, menjadikan ia boleh digunakan dengan kartus bersaiz panjang sekiranya perlu, misalnya kartus BB atau peluru isyarat, dan senjata ini mempunyai pistol grip khas. Senjata ini bukan sahaja boleh dipasangkan pada HK 416, G36 dan XM8, malahan turut boleh dipasangkan pada karbin M4, raifal M16, dan Diemaco C7/C8.

Ia diterima pakai untuk kegunaan infantri British sebagai L17A1A2, untuk digunakan pada senjata raifal infantri L85A2 IW (Individual Weapon), diperolehi untuk menggantikann senjata Mortar 51 mm. Pada tahun 2006, infantri Amerika menggunakan pelancar bom tangan XM320, yang merupakan rekabentuk daripada versi AG36.

Versi yang lain dikenali sebagai AG-C.

AG36 yang dikembarkan dengan raifal G36.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • M79 - buatan Amerika Syarikat
  • M203 - buatan Amerika Syarikat