Heckler & Koch G3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gewehr 3 (G3)
Raifal G3 A4 & A3
JenisRaifal Gempur
Tempat asalJerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1958–1997 (Jerman)
Digunakan olehJerman, Portugal, Norway, Iceland, Turki dan lain-lain
Sejarah pengeluaran
PerekaCETME, Mauser, Heckler & Koch
Direka1950s
PengeluarHeckler & Koch
AnekaA1 - A7
Spesifikasi
Berat4.41 kg (9.7 lbs.) 4.7 kg dengan kelopak penuh [G3A3]
4.09 kg (9.0 lbs.) [G3A4]
Panjang1,026 mm (40.4 in) [G3A3]
Panjang laras450 mm (17.7 in)

Kartrij7.62 × 51 mm NATO
Kaliber7.62 mm (.308 in)
AksiSistem Tendang Balas
Kadar tembakan600 butir/min
Halaju muncung780 m/s (2,600 ft/s)
Jarak tembakan efektif500 m (546 yd)
Jarak tembakan maksimum4000 meter
Sistem suapan20 butir kelopak penuh
PenglihatanRear: rotary diopter; front: hooded post

Heckler & Koch G3, Ia telah dicipta khusus bagi kegunaan tentera darat Jerman semenjak pertengahan 1950an. Raifel ini dihentikan penggunaannya dan digantikan dengan raifal HK G36 sebagai senjata utama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Raifal G3 merupakan selaras raifal gempur utama bagi pasukan infantri Bundeswehr, Jerman hingga tahun 1997 sebelum ia digantikan dengan G36, dan juga turut digunakan oleh semua pasukan keselamatan diseluruh dunia. Senjata G3 ini yang biasanya mempunyai butir-butir khusus dalam sistem senjatanya: menggunakan tembakan dwi pilihan sama ada tembakan biasa mahupun tembakan automatik dan menggunakan peluru berkaliber 7.62 x 51 mm NATO, dan menggunakan sistem kelopak berkapasiti 5 hingga 20 butir peluru. Penciptaan raifal G3 ini, telah memberikan ruang kepada syarikat persenjataan yang lain dengan mencipta beberapa raifal gempur bagi kegunaan unit infantry mereka seperti FN FAL, M14, dan Armalite AR-10. Senjata ini turut dilengkapi dengan pengadang cahaya dan boleh dipasangkan dengan bayonet. ia dicipta oleh kejuruteraan senjata dari Mauser, kemudiannya dicipta oleh Sepanyol yang turut bekerja disyarikat yang dipanggil CETME. Pekerja CETME membangunkan raifal tersebut dan kemudian diserahkan kembali sistem ini ke Jerman. Dengan sesungguhnya, raifal G3 yang dicipta oleh "CETME" ini ditanda dengan nama syarikat itu dibahagian hadapan senjata; rekabentuknya mempunyai sebarang pengubahsuaian pada bahagian bolt dan picu senjata. Setiap raifal G3 ini, yang dicipta oleh CETME ini, dilengkapi dengan udi tetap yang diperbuat daripada kayu dan pengadang tangannya turut diperbuat daripada bahan yang sama.

Selepas peperangan Dunia Kedua, pekerja syarikat Mauser telah bekerja di StG.45(M), yang tidak dapat mencipta sebarang prototype tetapi mencipta sistem kunci tendangbalas, dikenali sebagai "Delayed Roller Locking". Sistem ini dicipta oleh jurutera Mauser di Sepanyol, yang memberikan peluang yang cerah dalam mencipta raifal yang baru. Penciptaan prototype CETME berjaya disiapkan pada tahun 1950, dan menggunakan peluru yang terbaru ketika itu dikenali sebagai 7.62 mm NATO. ia menjadi senjata utama CETME oleh Sepanyol pada tahun 1954, dan dengan kelainan, ia dikenali sebagai G3 oleh Jerman Barat pada tahun 1959. Kerajaan Jerman memberi lesen untuk mencipta semula senjata tersebut dan diletakkan dibawah tanggungjawab HK, oleh itu jurutera (HK), dan Mauser perlu menciptanya di Sepanyol.

G3 atau Gewehr 3, dikenali dalam Bahasa Jerman bermaksud "Raifal - 3". Raifal G3 menjadi senjata utama pada tahun 1958 bagi menggantikan G1 yang digunakan oleh Bundeswehr, versi yang diubahsuai daripada FN FAL buatan Belgium, yang digunakan di sekitar tahun 1956, iaitu tahun dimana Jerman mengambil bahagian dalam pertubuhan NATO. G3 merupakan ciptaan pertama yang sebenar bagi senjata infantri tentera darat Jerman.

Raifal G3 diperluaskan dengan saiz kompak dan diperkuatkan dengan lapisan keluli, yang membolehkannya dicipta dengan kos yang amat rendah berbanding dengan raifal-raifal 7.62mm NATO yang lain. Disebaliknya, ia berat dan sistem picu yang keras untuk ditarik yang dikenali sebagai sistem senjata yang turut mempunyai kelemahan, dimana ia mempunyai sistem anjalan yang kuat (dengan menggunakan udi yang kecil dan sistem penampan gas yang kurang) dan menjadikannya kurang memuaskan.

Sejarah Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Fail:G3SG1police3.JPG
Anggota role model PDRM mempamerkan gaya seorang penembak tepat dengan senjata G3SG-1 yang pernah diamalkan oleh unit-unit penembak tepat Komando 69 dan Unit Tindakan Khas.
Fail:G3SG1police.JPG
Seorang anggota Polis Diraja Malaysia yang menjadi role model dengan senjata penembak tepat G3SG-1, senjata yang pernah digunakan oleh unit penembak tepat Komando 69 dan Unit Tindakan Khas sebelum digantikan dengan senjata MSG-90 dan PSG-1.

Raifal G3 dan pelbagai versi senjata ini telah digunakan oleh semua agensi keselamatan seluruh dunia, khasnya pasukan polis dan tentera. Hinggalah ia digunakan oleh semua negara hingga ke akhir abad ke 20. Raifal ini dijadikan senjata utama pihak tentera Jerman, Britain, Greece, Norway, Sweden, Denmark, Burma, Cyprus, Portugal, Arab Saudi, Kuwait, Turki, Pakistan, El Salvador, Malaysia dan Thailand.

Pertempuran pertama yang menggunakan senjata ini ialah Peperangan Koloni oleh pasukan keselamatan Portugis. Raifal G3 dibekalkan kepada semua tentera darat dan pasukan simpanan khasnya pasukan elit. ia termasuklah unit Marin, Komando dan pasukan Penembak Khas. Pasukan payung terjun tentera udara Portugis menggunakan G3 versi udi yang boleh dilipat selepas Portugal memperolehi raifal AR-10 daripada Belanda (Holland). Portugis dipercayai menggunakan G3, tetapi ia mempunyai beban yang berat apabila berhadapan dengan gerila yang bersenjata ringan dikawasan semak samun dan hutan tebal. Pasukan Portugis tidak mampu membawa jumlah peluru 7.62mm NATO yang banyak sepanjang rondaan, dan seringkali menghadapi masalah akibat bebanan yang berat semasa berhadapan dengan pihak musuh yang bersenjatakan AK-47.

Semasa Perang Vietnam, G3 turut digunakan oleh U.S. Navy SEALs. Walaubagaimanapun menurut laporan daripada Kevin Dockery, kesilapan mencipta Harrington & Richardson T223 (syarikat persenjataan Amerika yang mencipta secara berlesen ke atas senjata Heckler & Koch 33) telah membawa kepada penggunaan G3, dan G3 tidak digunakan di Vietnam. ia tidak berakhir sekiranya sumber-sumber yang lain tidak berlaku kesilapan, atau bukti yang berlainan untuk menggunakannya. Versi G3 telah digunakan kemudian oleh pasukan SEAL.

G3 telah digunakan oleh pasukan polis Jerman semasa tragedi tebusan di Munich pada tahun 1972, dimana ia gagal dalam percubaan menyelamat tebusan yang terdiri daripada atlit Israel yang ditawan oleh tentera militan Black September. Kegagalan pihak polis Jerman dan unit anti-pengganas menyelamat tebusan telah membawa kepada penciptaan raifal penembak tepat PSG-1 (bagi menggantikan G3), tetapi G3 dibekalkan bagi latihan khas bagi unit khas GSG 9..

Tentera El Salvador turut menggunakan G3 dalam pertempuran pada tahun 1969, khas pertempuran "100 jam" menentang Honduras. Penggunaannya diteruskan dari tahun 70an dan 80an sebelum digantikan dengan raifal tempur M16.

G3 juga digunakan oleh Pakistan pada tahun 1971 semasa peperangan dengan India, khasnya Line Of Kargill.

Bagi versi penembak tepat, khasnya G3 SG/1, ia digunakan pada tahun 1983 semasa Operation Urgent Fury, pertempuran di Grenada. Pasukan SEAL telah dihantar untuk menjaga keselamatan Pejabat Kerajaan, dimana Gabenor Paul Scoon telah ditawan. Pasukan tersebut telah turun dari helikopter dan berlindung di lokasi yang kosong; Scoon berada disitu dan pejabat telah dikawal dengan rapi. Unit penembak tepat SEAL berada di atas dengan bersenjatakan G3 SG/1. Tentera PRA bagaimanapun bertindak melancarkan serangan balas, yang mana unitnya terdiri daripada BTR-60 dan pasukannya menyerang melalui pintu pagar sebelah timur. SEAL berjaya menembak mati 21 orang PRA dalam pertempuran tersebut. Serangan daripada penembak SEALs telah memaksa pihak PRA berundur dari lokasi, pertempuran jarak jauh masih berterusan.

Senjata G3 juga digunakan semasa Gulf War.

Sebaik sahaja tentera darat Jerman menggunakan raifal tempur G36, penggunaan G3 dihentikan perkhidmatannya. Walaubagaimanapun, pasukan komando Jerman iaitu KSK, masih menggunakan G3.

Penggunaan Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Raifal G3 mempunyai beberapa sistem modular pada rekabentuknya, bermula dengan lapisan keluli pada sistem gas, tekanan dalam laras, dan kumpulan picu yang boleh ditanggalkan yang mana meliputi penggenggam tangan, picu, dan sistem kekunci dwi pilihan.

Kekunci dwi pilihan bagi G3 ini terdiri daripada "SEF", yang mana boleh memberikan sistem tembakan mengikut pilihan pengendali senjata.

  • "S", dibahagian atas dikenali sebagai Sicher, atau "Safe".
  • "E", dibahagian tengah, dikenali sebagai Einzelfeuer bermaksud "Single fire", atau separa-automatik.
  • "F", dibahagian bawah, dikenali sebagai Feuerstoß bermaksud "Fully-automatic", atau tembakan semburan.

Versi-versi G3[sunting | sunting sumber]

Raifal G3 pertama kali dicipta oleh CETME dari Sepanyol merupakan senjata dengan lubang sederhana, dan mempunyai pejera "paddle wheel". Pejera "paddle wheel" terdiri daripada 1 lekuk v bagi jarak 100 meter dan lubang pejera bagi 200, 300, dan 400 meter.

Senjata raifal HK33 dan HK G41 merupakan senjata yang dicipta dengan versi G3 tetapi menggunakan peluru berkaliber 5.56 mm NATO.

Raifal dan Karbin[sunting | sunting sumber]

Versi HK[sunting | sunting sumber]

  • G3 - Model asal yang dibangunkan oleh CETME Model B.
  • G3A1 - G3 dengan udi yang boleh dilipat, sama dengan versi MP-40 atau AKMS.
  • G3A2 - G3 dengan versi 'rotating drum' rear sight.
  • G3A3 - Menggunakan pejera dram, udi tetap dan pengadang tangan yang diperbuat daripada plastik.
  • G3A4 - G3A4 menggunakan pejera dram dan 1 posisi udi yang boleh dilipat. dibekalkan dengan skop atau dikenali sebagai G3A4 ZF. ZF bermaksud 'Zielfernrohr' atau "Teleskop."
  • G3A4A1 - Versi daripada G3A4 dengan menggunakan kumpulan kekunci kedua-dua belah tangan.
  • G3KA4 - Versi Karbin bagi G3. Menggunakan pejera dram, dengan udi boleh laras, dan menggunakan laras bersaiz 12.4 inch (314.96 mm).
  • G3A5 - versi G3A3 buatan Denmark.
  • G3A6 - Versi G3A3 buatan Iran
  • G3A7 - Versi G3A3 buatan Turki
  • G3A7A1 - Versi G3A4 buatan Turki.

Versi bagi ketenteraan luar[sunting | sunting sumber]

  • Gv m/66 - Versi buatan Rheinmetall bagi unit infantri Denmark. Tembakan separa-automatik, boleh diubahsuai kepada tembakan semburan dengan menggunakan peralatan khas.
  • AG-3 - Versi G3A5 bagi tentera Norway. Dicipta oleh Kongsberg Våpenfabrikk. Digunakan oleh pasukan tentera Norway daripada tahun 1967 hingga 1974.
  • AG-3 F1 - Versi AG-3 dengan udi boleh lipat seperti G3A4. Dicipta oleh Kongsberg Våpenfabrikk.
  • DIA G3 - versi G3 dengan model Bullpup buatan Iran.

Versi khas G3[sunting | sunting sumber]

  • G3-TGS - Versi G3 dilengkapkan dengan pelancar bom tangan HK 79 berkaliber 40mm HK 79. TGS merupakan senjata dikenali sebagai "Tragbares Granat System" atau Portable Grenade System.
  • G3A3ZF - Dilengkapkan dengan kurungan skop. ZF dikenali sebagai Zielfernrohr atau "Telescopic Sight."
  • G3SG/1 - Versi penembak tepat bagi G3. "SG" bermaksud Schützen Gewehr, atau "marksman's rifle". Sistem pejera skop 6x Hensoldt dipasang pada bahagian atas senjata. Senjata ini turut dipasang bipod (tongkat kaki dua) pada bahagian hadapan. Menggunakan tembakan dwi pilihan, baik daripada separa automatik mahupun semburan.

Bertitik tolak dengan versi G3SG/1, raifal MSG-90, PSG-1, dan HK33SG/1 direkacipta sebagai senjata penembak tepat utama.

Kemampuan sistem senjata[sunting | sunting sumber]

  • Laras Raifal: 4 alur pusar ke kanan berdiameter 1:305 mm (1-in-12 inci) berputar.
  • Pejera: Rotary diopter (belakang); bulatan berbentuk cincin dengan tiang pejera tegak (hadapan)
  • Jarak efektif: 600 m (~660 yards); 800 m (~880 yards) dengan skop (versi penembak tepat)
  • Jarak terhad: 3,700 m (~4,110 yards)
  • Kapasiti kelopak: 20 butir
  • Berat: 4.25 kg (9.37 lb)
  • Kederasan peluru: 2900–3400 joule

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Boleh dikatakan semua negara telah pun menggunakannya selepas tentera darat Jerman pada tahun 1958. Malahan senjata ini turut dicipta oleh Turki dan Pakistan dengan secara berlesen oleh Heckler & Koch. Ia juga turut digunakan oleh tentera Norway semenjak pertengahan 1960an yang dikenali sebagai AG-3. Raifal ini akan dihentikan penggunaannya dari tentera Norway, tetapi kekal dalam perkhidmatan pengawal kebangsaan Norway.

Malaysia juga turut menggunakan raifal G3 ini selain daripada HK 33. Senjata ini turut digunakan dua pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia serta PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum digantikan dengan versi-versi terbaru. Malahan, pasukan elit Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada Komando 69 dan Unit Tindakan Khas turut menggunakan senjata G3 versi penembak tepat khasnya Schützen Gewehr 1 atau SG-1 bagi kegunaan senjata penembak tepat separa automatik utama negara selain HK 33. Kedua-dua unit ini pernah menggunakan versi ini dalam operasi-operasi mengekang keganasan dan jenayah. G3-SG1 pernah mencatat rekod terbaik sepanjang kariernya dalam operasi yang dilancarkan oleh unit penembak tepat Komando 69 dalam memburu pengganas komunis dan lanun. Ramai diantara pengganas komunis dan lanun berjaya dibunuh oleh penembak tepat Komando 69 yang menggunakan raifal tersebut. Begitu juga dengan Unit Tindakan Khas dalam operasi-operasi penembak tepat dikawasan bandar sebelum ia digantikan dengan versi MSG-90 dan PSG-1. Sungguhpun penggunaannya bagi pasukan elit ini telah tamat, tetapi raifal ini tetap digunakan oleh unit-unit separa tentera misalnya Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Sila Lihat[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.