Heckler & Koch MK23

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heckler & Koch MK23
Mark23SuppressedLeft.jpg
Pistol khas HK MK23
Jenis Pistol separa automatik
Asal Bendera Jerman Jerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1990 - Kini
Digunakan oleh USSOCOM Amerika Syarikat, Kanada, Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Sejarah pengeluaran
Pereka Helmut Welde
Tarikh cipta 1990-an
Pengeluar Heckler & Koch
Variasi MK23 Mod 0, MK23 USSOCOM
Spesifikasi
Berat
  • 1.21 kg (2.7 lb), empty
  • 1.47 kg (3.2 lb), berisi peluru
  • 2.29 kg (5.0 lb), berisi peluru, dengan Pelenyap Bunyi dan Pejera Laser Inframerah
Panjang
  • 245 mm (9.5 in), tanpa pelenyap bunyi
  • 421 mm (16.5 in), dengan Pelenyap Bunyi
Panjang laras 149 mm (6 inci)
Krew Polis, tentera dan pasukan elit

Jenis peluru .45 ACP (AA18, A475)
Tindakan Sistem tendang balas ringkas, DA/SA
Kadar tembakan Separa automatik
Jarak berkesan 50 meter
Sistem suapan 12-butir dalam 1 kelopak

Heckler & Koch MK23 Mod 0 adalah sepucuk pistol serangan yang mempunyai sistem separa-automatik, dan boleh dilengkapi dengan pejera modul laser (LAM), dan pelenyap bunyi. Ia telah dijadikan pistol utama Pasukan Operasi Khas Amerika Syarikat (United States Special Operations Command, USSOCOM) untuk tugas unit operasi khas pada 1990an.

Semasa permohonan rekabentuk sistem ini siap, ia juga digunakan pada amnya dalam merujuk kepada komponen pistol tersebut. Pistol ini, menggunakan kaliber peluru berukuran .45 ACP, direkacipta oleh Heckler & Koch, dan telah dipilih dalam Colt OHWS melalui program Sistem Persenjataan Pistol Serangan USSOCOM atau Offensive Handgun Weapon System (OHWS). Pejera LAM dan pelenyap bunyi direkacipta oleh Insight Technology dan Knight's Armament Company (KAC).

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

MK23 Mod 0 direka sebagai senjata serangan untuk pasukan elit Amerika Syarikat dibawah USSOCOM, atas permintaan pasukan itu pada tahun 1989 dan menyertai persaingan dengan Colt untuk OHWS - Offensive Handgun Weapon System - pistol ofensif pertama untuk tentera Amerika sejak penerimaan persenjataan utama Colt M1911 Govt. Versi ketenteraan pada senjata mempunyai lakaran "MK23 USSOCOM" yang dilakar pada slide pistol tersebut.

MK23 ini dikira sebagai pistol berkualiti tinggi, dan mampu menjadikan menembak gugusan 2 inci pada jarak 50 ela, atau secara kasarnya 4 MOA. Rekacipta ini dimulakan pada tahun 1991, dan menjadi asas kepada penciptaan pistol USP, pada tahun 1993. MK23 mempunyai ketahanan berkecuali dalam persekitaran yang amat kasar, seperti kalis air dan tahan karat. Dengan menggunakan rekabentuk laras hexagon, yang boleh memperbaiki kelasakan dan ketepatan pistol tersebut. Juga turut didatangkan dengan kekunci dwicekatan iaitu kunci yang boleh digunakan dengan kedua-dua belah tangan dan dan pelepas kelopak dikedua-dua sisi pemegang. Pelepas kelopak ini berada di bahagian pinggir belakang trigger guard. Suis pelepas picu diletakkan di sebelah kiri sisi, yang akan mengurangkan bunyi pengetuk senjata sebaik sahaja picu ditarik. MK23 milik tentera laut Amerika ada dilengkapi dengan peralatan sokongan tempur seperti pejera modul laser, pelenyap bunyi, dan lain-lain peralatan termasuklah peluru khas bertekanan tinggi (amunisi .45 +P).

Senjata ini telah diuji kemampuannya dan mampu menembak sebanyak 10, 000 butir peluru tanpa penukaran laras. Dengan kemampuan yang ada pada senjata tersebut, ia menjadi pilihan utama pasukan elit. Peluru .45 ACP mempunyai mempunyai kuasa membunuh yang paling tinggi (stopping power), dan menahan kuasa tersebut apabila dipasang penahan.

Walaubagaimanapun, senjata yang mempunyai saiz dan berat sederhana ini mempunyai keputusan kritikal. Hasilnya, HK merekacipta pistol USP Tactical merupakan versi asal USP; USP Tactical mempertunjukkan kemampuan seperti MK23 tanpa saiz besar, dan mampu menggunakan alat pelenyap bunyi tanpa penggunaan LAM. Selain itu terdapat versi kompak pada pistol USP Tactical untuk unit anti pengganas dan pasukan elit dikenali sebagai USP Compact Tactical, yang mempunyai pejera LAM dwi pilihan. USP-CT ini amat ringan dan mampu dilengkapi dengan pelenyap bunyi, menjadikan ia pilihan utama pasukan elit dalam operasi covert.

Dengan pengemukakan cadangan terhadap Joint Combat Pistol (JCP) telah mencadangkan untuk menerima gred tinggi dan amunisi +P pada senjata tersebut. Walaubagaimanapun, ia tidak akan berhasil sekiranya JCP, melekakan Program Tempur Pasukan Operasi Khas atau SOF Combat Program, sama ada akan meneruskan penggunaannya atau menggantikan MK23 dengan versi yang lain. Pada tahun 2006, JCP telah ditubuhkan dan di strukturkan semula.

Sistem Persenjataan Pistol Serangan[sunting | sunting sumber]

Program MK23 diserahkan kepada USSOCOM Offensive Handgun Weapon System (OHWS) selepas memenangi kontrak pada tahun 1991 yang membawa kepada penciptaan model pistol yang berkemampuan jauh setanding dengan senjata berlaras panjang seperti submesingan dengan peralatan sokongan tempur. Ia turut menjadi saingan kepada Colt OHWS. Rekabentuk Heckler & Koch dan Colt direkabentuk bagi memenuhi permintaan terhadap keperluan OHWS, MK23 berjaya disiapkan.

HK memasarkan sistem MK23 secara komersil dan yang diperoleh, tetapi sistem SOCOM tidak dapat disiapkan. Alat pelenyap bunyi dicipta oleh Knight's Armament Company, dan menjadi pilihan utama HK. Insight Technology memenangi kontrak untuk mencipta pejera panduan laser, misalnya AN/PEQ-6. Versi pertama LAM merangkumi pejera titik cahaya nyata (visible light dot), yang mana membawa kepada rekacipta pejera inframerah yang hanya boleh digunakan dengan alat pandang malam. Oleh itu banyak perbezaan antara model LAM dengan alat pelenyap bunyi.

Model MK23 telah dihantar kepada SOCOM pada 1 Mei, 1996. Di akhir tahun, sebanyak 1,986 model telah dibangunkan (nombor siri 23-0101 melalui 23-2086).

MK23 bagi pihak awam[sunting | sunting sumber]

Heckler & Koch telah menawarkan MK23 kepada pasaran awam sebagai MK23. Ia telah diuruskan secara subsidi oleh Heckler & Koch Inc., Amerika Syarikat) dan ibu pejabat utamanya Heckler & Koch GmbH, Jerman.

Model untuk pasaran Amerika di datangkan dengan kelopak berkapasiti 10-butir peluru, dengan mematuhi peruntukkan Pengharaman Senjata Tempur Amerika. Sekarang pengharaman ini telah tamat, dan MK23 bagi pihak awam didatangkan dengan kelopak berkapasiti 12-butir sebagai versi kerajaan. Di Kanada, pistol MK23 masih menggunakan kelopak berkapasiti 10-butir peluru, sebagai mematuhi Akta Senjatapi Kanada 1995.

Mengikut Operators Manual,[1] terdapat perbezaan ketara berkaitan antara senjata awam MK23 dan senjata MK23 bagi pihak kerajaan. Perbezaannya terdapat pada lakaran slide senjata ("MK23" gantinama kepada "MK23 USSOCOM") dan laras senjata menjurus kepada spesifikasi tertinggi Institut Pengeluaran Amunisi dan Senjata Sukan (SAAMI).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. MK23 Operators Manual

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.