Heckler & Koch PSG1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Heckler & Koch PSG 1)
Heckler & Koch PSG1
PSG1
JenisRaifal Penembak Tepat
Tempat asal Jerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1970 - kini
Digunakan olehJerman, Indonesia, Jepun, Argentina, Malaysia, Britain, Amerika Syarikat, Venezuela dan semua organisasi pasukan tentera dan polis.
Sejarah pengeluaran
DirekaSekitar 1970an
PengeluarHeckler & Koch
Spesifikasi
Berat8.10 kg (17.81 lbs)
Panjang1200 mm (47.6 in)
Panjang laras650 mm (25.6 in) 4 alur, pusingan arah kanan.

Kartrij7.62 × 51 mm NATO
AksiSistem tendang balas
Halaju muncung868 m/s (2,850 k/s)
Jarak tembakan efektif1000 m (1094 yd)
Sistem suapan5 hingga 20-butir peluru dalam 1 kelopak
PenglihatanPejera Teleskopik Hendsoldt 6 × 42 mm

Heckler & Koch PSG1 ("Präzisions-Scharfschützen-Gewehr", atau "Precision Sharpshooter Rifle") merupakan selaras raifal penembak tepat separa-automatik yang direkacipta oleh syarikat persenjataan Jerman, Heckler & Koch.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Senjata ini dikatakan dicipta atas keperluan terdesak daripada kerajaan Jerman berikutan insiden tebusan di Sukan Olimpik Munich 1972 di mana 11 atlit Israel terbunuh akibat insiden berbalas tembakan antara militan Black September dengan polis Jerman. Atas keperluan ini, H&K memulakan inovasi terbaru dalam mencipta satu raifal yang mempunyai daya ketepatan yang tinggi, kelopak berkapasiti besar, dan mempunyai sistem separa-automatik bagi kegunaan pihak polis dan tentera.

Dengan kos yang tinggi ($12,000-15,000 US Dollar setiap selaras) dan pembatasan pengimportan daripada kerajaan, sejumlah 400 laras PSG1 telah dipasarkan di Amerika Syarikat pada tahun 2005.[perlu rujukan] Hasilnya, berdasarkan populariti senjata ini, semua agensi keselamatan turut memperolehi senjata PSG1.

Sifat dan Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

PSG1 merupakan asas kepada raifal Heckler & Koch G3 dan antara ciri-cirinya ialah peranti penutup selak yang berbunyi rendah (sepertimana yang ada pada senjata M16). Variasi daripada satu tembakan kepada tembakan lain dijangkakan lebih baik daripada 1 minit lengkungan (MOA [Minute of Angle]) dengan peluru gred perlawanan. Tahap ketepatan ini hanyalah sederhana berbanding dengaan senapang penembak hendap tindakan selak moden, namun cukup bagus untuk senjata separa-automatik dan, pada suatu ketika, didakwa sebagai "salah satu senapang separa-automatik paling tepat di dunia".

PSG1 tidak dibekalkan dengan pejera logam tetapi ia dikembarkan dengan pejera skop Hensoldt 6×42 dengan retikal bercahaya, laras bebas timbul yang berat dan udi yang boleh diubahsuai. Skop tersebut mempunyai ciri pelaras jarak pemampas jatuhan peluru (bullet drop compensator) dibina terus yang boleh dilaras daripada jarak 100 m hingga 600 m.

PSG1 dilengkapi laras bebas timbul yang berat dan udi yang boleh diubahsuai. Ia dibuat daripada plastik hitam berimpak tinggi yang boleh diubahsuai dengan berbagai cara bagi keselesaan pengendalinya. Ia boleh diubah melalui ukuran, pangkal boleh digandarkan dan landas pipi larasan menegak. Selain itu ia boleh dikembarkan dengan landasan T-way untuk tali sandang atau tungku kaki tiga (tripod).

Sepertimana senjata HK yang lain, senapang ini dilengkapi unit picu boleh tanggal dan boleh laras untuk pemasangan senapang dengan lebih lagi. Tarikan picu boleh diubahsuai dan keseluruhan pemasangan boleh ditanggalkan daripada bahagian pemegang pistol. Pemegang pistol adalah berjenis pistol-sasaran yang dilengkapi alas tapak tangan.

Peredam rasmi PSG1 adalah daripada Brügger & Thomet (B&T).

Antara ciri-ciri yang unik pada PSG1 ini ialah apabila tembakan dilepaskan, kelongsong peluru tersebut akan melenting keluar dengan tenaga yang kuat. Berdasarkan laporan, lentingan kelongsong peluru ini dianggarkan sejauh 10 meter ke sisi. Senjata ini bukan sahaja dibekalkan kepada unit penembak tepat polis, malahan turut dibekalkan kepada pasukan tentera kerana ia amat mudah dikendalikan dalam apa sahaja posisi penembak tepat tersebut.

PSG1A1[sunting | sunting sumber]

Versi PSG1A1 kemudiannya telah dipasarkan oleh Heckler & Koch pada tahun 2006, dan mempunyai dua ciri dalam pengubahsuaiannya. Pertama, bahagian pencekahnya berada dibahagian atas kiri laras mengikut lawan pusingan jam. Kedua, bahagian pejera skopnya boleh digantikan dengan skop Hensoldt 6x42. Pengguna bukan polis menggunakan pejera skop pada jarak sejauh 600 meter. Atas sebab tertentu, PSG1A1 boleh dikembarkan dengan pejera skop Schmidt & Bender 3-12x50 Police Marksman II, dipasangkan pada cincin pemasangan 34 mm di bahagian atas.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Sepertimana senjata-senjata keluaran HK dan lain-lain jenis, semua negara memiliki jenis ini. Antaranya, unit anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia dan PASKAU Tentera Udara Diraja Malaysia dikatakan memiliki senjata penembak tepat jenis ini bagi menggantikan HK 33/SG-1 dan HK G3/SG-1 yang telah dihentikan perkhidmatannya pada tahun 1990.

Laman Luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.