Heckler & Koch Universal Machine Pistol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heckler & Koch UMP
HKUMP45.JPG
HK UMP 9 dengan Aimpoint CompM2 dan Surefire
Jenis Submesingan
Asal Bendera Jerman Jerman
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Jerman
Sejarah pengeluaran
Pengeluar Heckler & Koch
Spesifikasi
Berat 2.3 kg (5 lb) berisi peluru (UMP45)

2.1 kg (4.6 lb) berisi peluru (UMP40, UMP9)

Panjang 450 mm (17.7 inci), udi tetap
690 mm (27.2 in), udi boleh lipat
Panjang laras 200 mm (8 in)

Jenis peluru
Tindakan Tendang balas, bolt tertutup
Kadar tembakan 600 butir/min
Jarak berkesan 100 m
Sistem suapan
  • 25-butir bagi kelopak (UMP45)
  • 30-butir bagi kelopak (UMP40, UMP9)

Heckler & Koch Universal Machinenpistole (Universal Machine Pistol) atau lebih dikenali sebagai HK UMP merupakan sebuah senjata submesingan yang direkacipta oleh syarikat persenjataan terkemuka di Jerman iaitu Heckler & Koch.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Heckler & Koch UMP adalah salah satu evolusi dari sistem senjata MP5 yang sedia ada dan ia seperti satu kerangka submesingan yang belum siap sepenuhnya. Rekabentuk amat mudah dan semua tombol kawalan diletakkan pada kedudukan yang mampu memberikan pengguna mengendalikannya dengan pantas dan berkesan.

Bahagian badan UMP diperbuat daripada bahan gentian kaca dan digabungkan dengan bahan plastik polimer yang menjadikan senjata ini bertambah kukuh dan ringan. Tambahan lagi, berat UMP bagi kaliber 9 mm ini adalah 0.45 kg (bersamaan 1 lb) beratnya dengan peralatan bagi MP5. Sistem ini menggunakan menggunakan kitaran mekanikal dengan melalui sistem gas dan juga menggunakan sistem bolt tertutup yang menjadikannya begitu efektif bagi pertempuran jarak dekat. Selain itu, terdapat tapak bagi memasang landasan Picatinny pada bahagian atas dan bawah laras serta kiri dan kanan pengadang tangan yang membolehkan ia boleh dikembarkan dengan mana-mana peralatan sokongan bagi pengoperasiannya di kawasan pertempuran. Bahagian udinya boleh dilipatkan ke sebelah kanan senjata dengan menekan butang pada bahagian belakang udi ke bahagian dalam. Sistem ini melaksanakan tembakan sebanyak 600 butir dalam seminit dan berkemampuan menjatuhkan sasaran yang tidak dilindungi dengan peralatan perlindungan, atau lebih dikenali sebagai stopping power. Sistem ini menggunakan 3 kekunci utama yang sama seperti senjata-senjata HK yang lain, iaitu S: Safe; Pengunci (Sicher), E: Separa Automatik (Einzelschuss), F: Semburan Automatik (Feuerstoß).

Kos pembuatan bagi senjata UMP ini juga dikatakan jauh lebih murah berbanding dengan senjata Heckler & Koch MP5. Ini boleh dilihat dengan rekabentuknya yang nampak jauh lebih mudah berbanding dengan senjata-senjata submesingan yang lain. Ini menjadikan sistem ini mampu dibeli oleh mana-mana organisasi keselamatan yang mempunyai pembelanjaan negara yang sederhana dan terhad.

Versi[sunting | sunting sumber]

Terdapat 3 versi bagi senjata UMP terdiri daripada UMP45 yang menggunakan peluru berkaliber .45 ACP, UMP40 berkaliber .40 S&W dan UMP9 bagi kaliber 9 mm. Setiap kelopak bagi UMP ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kelopak 25 butir bagi .45 dan kelopak 30 butir bagi 9 mm dan .40 S&W. Versi kelopak .45 sebanyak 25 butir mempunyai bentuk segiempat memanjang dan lurus manakala 9 mm dan .40 berbentuk segiempat melengkung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.