Hee Yit Foong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hee Yit Foong ialah seorang ahli politik dari negeri Perak, Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak mulai Mac 2008 hingga Februari 2009. Beliau ialah ahli Parti Tindakan Demokratik sejak penghujung 1980an hingga 2009. Hee merupakan anggota Dewan Undangan Negeri untuk Jelapang dan adalah wanita kurang upaya pertama menjadi speaker suatu badan perundangan di Malaysia. Hee tempang berikutan satu kes polio yang dialaminya pada usia 4 tahun.[1]

Pada 4 Februari 2009, beliau adalah salah satu daripada empat wakil rakyat yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat terdahulu. Beliau mengumumkan bahawa beliau akan menyokong Barisan Nasional sebaliknya. Ini telah mendorong satu krisis politik di negeri itu.[2]

Peralihan Kerajaan ( PR ke BN ) di Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Akibat penarikan sokongan beliau, Hee Yit Foong telah diugut bunuh dengan penubuhan e-kubur yang menggalakkan orang ramai menyembahnya dan membakar colok kepadanya di laman memorial [1]. Setakat 14 Februari 2009, seramai 1.5 juta orang telah melawat situs memorial tersebut untuk menyatakan kenangan mereka terhadap Hee Yit Foong, termasuk [2] membersihkan kuburnya, membakar colok, menyembah makanan, menyembah arak, menyembah bunga dan mendedikasikan lagu di kuburnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "DAP rep sworn in as Perak Deputy Speaker". The Malaysian Insider. 2008-04-26. Diperolehi pada 2009-02-04. 
  2. "Barisan Nasional: We have the majority". The Star (Star Publications (Malaysia) Berhad). February 4, 2009. Diperolehi pada 2009-02-04. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.