Helen Thomas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Helen Thomas pada 2009

Helen Thomas (4 Ogos 1920 – 20 Julai 2013) adalah wartawan veteran yang bertugas di Rumah Putih, Washington, D.C., Amerika Syarikat sejak 1960. Beliau telah meliputi pemerintahan 10 presiden Amerika Syarikat[1]

Thomas bersara pada 7 Jun 2010, selepas reaksi negatif terhadap komennya terhadap Israel.[2][3][4][5]

Kecam Israel[sunting | sunting sumber]

Beliau mengecam Israel berhubung serangan komando Israel ke atas 600 sukarelawan pro-Palestin dalam kapal MV Mavi Marmara milik Turki. Beliau menggesa Israel angkat kaki dari Palestin. Jutaan warga Yahudi di bumi Palestin sekarang hendaklah kembali ke kampung halaman mereka di Jerman, Poland atau Amerika Syarikat. Kenyataannya itu bersifat anti-Semitik dan menggugat pelobi Yahudi.

Beliau juga mencabar Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya membawa keluar tentera Yankee itu keluar dari Afghanistan. Tiada beza dasar luar Obama dengan dasar George W. Bush. Mengapa tentera Amerika terus mengganas, membunuh dan mati di sana. Jika Amerika tidak keluar, mereka akhirnya akan sampai ke sini pula. Keputusan Amerika Syarikat menyerang Iraq telah menyebabkan kematian ribuan Amerika dan rakyat Iraq. Adakah ini sebahagian atau ajaran Kristianiti ? , soalnya.

Pada 7 Jun 2010 beliau bersara secara mengejut kerana membuat kenyataan kontroversi itu. Robert Gibbs menyifatkan kenyataan Helen itu amat menghina dan tercela. White House Correspondents' Association menyatakan hal itu sebagai ucapan Helen Thomas sendiri dan tidak membabitkan persatuan itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The sad farewell of Helen Thomas Washington Post
  2. ^ "Helen Thomas quits". Washington DC: Jewish Telegraphic Agency. 7 Jun 2010. Dicapai pada 11 Jun 2010.
  3. ^ Sam Youngman; Emily Goodin (7 Jun 2010). "Helen Thomas quits after Israel remarks". The Hill. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-11. Dicapai pada 2010-07-30.
  4. ^ Rabbi David Nesenoff; Helen Thomas (dirakam 27 Mei 2010). Helen Thomas, Complete Version, (2 minutes) (video). Washington D.C.: RabbiLive.com. Dicapai pada 17 Jun 2010. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "US reporter Helen Thomas quits over Israel comments". BBC News. 7 Jun 2010. Dicapai pada 8 Jun 2010.