Helikopter Amerika Syarikat ditembak jatuh 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peristiwa helikopter Boeing CH-47 Chinook Amerika Syarikat ditembak jatuh
Sebuah CH-47 Chinook di Bagram, Afghanistan, jenis yang sama yang ditembak jatuh.
Ringkasan serangan
Tarikh 6 Ogos 2011
Ringkasan Bom dorongan roket
Penumpang 33
Anak kapal 5[1][2]
Kematian 38[3][4]
Terselamat 0
Jenis pesawat Boeing CH-47 Chinook
Pengendali Tentera Darat Amerika Syarikat[5][1][2]
Pendaftaran 89-00175[6]

Pada 6 Ogos 2011, helikopter tentera Amerika Syarikat, Boeing CH-47 Chinook ditembak jatuh semasa mengambil bahagian dalam serbuan malam di sebuah kampung di wilayah Wardak, barat Kabul, Afghanistan membunuh kesemua 38 orang penumpangnya. Seramai 30 anggota tentera pasukan operasi khas Amerika, tujuh komando Afghanistan dan seorang jurubahasa Afghanistan serta anjing ketenteraan Amerika Syarikat terbunuh. Ia dianggap kerugian paling teruk dalam kempen Afghanistan sejak Operasi Sayap Merah pada tahun 2005 .

Kematian[sunting | sunting sumber]

Kematian termasuk  :

  • 17 Tentera Laut Amerika Syarikat kebanyakannya dari Kumpulan Peperangan Tentera Laut Khas Gold Squadron
  • 5 pegawai sokongan Tentera Laut Amerika Syarikat.
  • 5 krew kakitangan dari Batalion 7 Rejimen 158 Penerbangan dan Batalion 2, Rejimen 135 Penerbangan
  • 1 pegawai kombat operasi Air Force AS
  • 2 Tentera Udara penyelamat
  • 7 tentera operasi khas Afghan
  • 1 jurubahasa Afghanistan
  • 1 anjing pengesan ketenteraan Amerika Syarikat

Korban 30 tentera Amerika merupakan yang tertinggi sejak perang di Afghanistan yang bermula pada tahun 2001.

Mereka dari unit elit 120 komando yang lebih terkenal sebagai pasukan yang menjalankan operasi membunuh Osama Bin Laden . Walau bagaimanapun, tidak ada dari merwka yang terbunuh itu terbabit dalam operasi Bin Laden yang telah disempurnakan oleh pasukan tentera laut AS.

Pada 28 Jun 2005, 16 Tentera Laut dan Tentera khas terbunuh di wilayah Kunar apabila helikopter Chinook ditembak mati oleh roket bom tangan Taliban.

Sebelum[sunting | sunting sumber]

General Abdul Qayum, ketua polis Wardak, berkata helikopter tentera ditembak kira-kira 1 pagi Sabtu selepas serangan malam di sebuah rumah di kampung Jaw-e-Mekh Zareen di Lembah Tangi yang telah berlangsung sekurang-kurangnya dua jam .Sekurang-kurangnya dua buah helikopter telah mengambil bahagian dalam serangan .Mereka membunuh lapan pemberontak Afghanistan. Shahidullah Shahid, jurucakap gabenor wilayah menyatakan helikopter AS terhempas setelah ditembak jatuh ketika hendak mendarat.

Jurucakap Taliban , Zabiullah Mujahid menyatakan bahawa tentera AS mahu menyerang kami Mujahideen yang berada di sebuah rumah, tetapi ditentang Mujahideen dan memusnahkan sebuah helikopter dengan roket bom tangan.

Selepas[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Ogos 2011, tentera AS mendakwa bahawa pemberontak yang melepaskan roket bom tangan telah dibunuh hanya dua hari selepas serangan udara oleh F-16 Fighting Falcon.

Dalam sidang video Pentagon, mengumumkan bahawas serangan udara F-16 telah membunuh 10 pemberontak. Jeneral John R. Allen selaku ketua ISAF di Afghanistan menyatakan serangan udara telah menewaskan para militan Taliban yang bertanggungjawab menembak jatuh hikopter Chinook. Pemimpin Taliban – Mullah Mohibullah turut terbunuh.

[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Kavanaugh, Lee Hill (8 August 2011), "Friends remember three area soldiers killed in Afghan crash", The Kansas City Star (Kansas City, MO), diperolehi pada 8 August 2011 
  2. 2.0 2.1 "Chinook Crewmembers Line of Duty Deaths", ARMY AIR CREWS, diperolehi pada 8 August 2011 
  3. Jon Boone in Kabul. "Worst US loss of life in Afghan war as helicopter crash kills 38". Guardian. UK. Diperolehi pada 11 August 2011. 
  4. David Batty and agencies. "US military helicopter crash in Afghanistan kills 38". Guardian. UK. Diperolehi pada 11 August 2011. 
  5. By NBC's Courtney Kube and Mark Murray. "Taliban shoots down U.S. helicopter, killing dozens of U.S. soldiers". Firstread.msnbc.msn.com. Diperolehi pada 11 August 2011. 
  6. "ASN Wikibase Occurrence #137858". Aviation-safety.net. Diperolehi pada 11 August 2011. 
  7. Serangan Udara Tewaskan Militan Taliban yang Tembak Jatuh Heli AS