Heliks ganda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tangga dalam bentuk heliks ganda di Muzium Vatican
Gambar rantai DNA yang menonjolkan heliks ganda mereplikakan diri.

Heliks ganda dalam bidang geometri biasanya terdiri daripada dua heliks yang serba sama pada paksi yang sama. Bagaimanapun, kedua-dua heliks itu berbeza daripada segi translasinya yang mungkin atau tidak bermungkin berlaku pada separuh bahagian di sepanjang paksinya.[1]

Istilah "heliks ganda" biasanya ditemui dalam bidang biologi molekul dan merujuk kepada struktur DNA. Model heliks ganda untuk struktur DNA diterbitkan buat pertama kali dalam jurnal Nature oleh James D. Watson dan Francis Crick pada 1953,[2] berdasarkan:

Crick, Watson, dan Wilkins masing-masing menerima satu pertiga daripada Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan pada 1962 atas penemuan mereka.[6] Sebaliknya, Franklin yang membekalkan data belauan sinar X yang merupakan kejayaan cemerlang dan yang digunakan untuk merumuskan struktur DNA meninggal dunia pada 1958 dan oleh itu, tidak layak dicalonkan untuk Hadiah Nobel.

Heliks ganda DNA ialah polimer asid nukleik pilin ke kanan yang disatukan oleh nukleotida yang berpasangan bes.[7] Satu lilitan heliks yang tunggal terdiri daripada sepuluh nukleotida.[7] Struktur heliks ganda DNA mengandungi satu alur utama dan satu alur minor, dengan alur utamanya lebih lebar daripada alur minor.[7] Disebabkan perbezaan antara lebarnya, banyak protein yang mengikat kepada DNA melakukannya melalui alur utama yang lebih lebar.[8]

Urutan atau jujukan nukelotida di dalam heliks ganda yang terletak di dalam sesuatu gen menentukan struktur primer protein itu.

Istilah "heliks ganda" memasuki budaya pop dengan penerbitan buku, The Double Helix: A Personal Account of the Discovery of the Structure of DNA, oleh James Watson pada 1968.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Double Helix" by Sándor Kabai, The Wolfram Demonstrations Project, 2007.
  2. James D. Watson and Francis Crick (1953). "A structure for deoxyribose nucleic acid". Nature 171: 737–8. doi:10.1038/171737a0. 
  3. http://www.pbs.org/wgbh/nova/photo51/
  4. Wilkins M.H.F., A.R. Stokes A.R. & Wilson, H.R. (1953). "Molecular Structure of Deoxypentose Nucleic Acids" (PDF). Nature 171: 738–740. doi:10.1038/171738a0. PMID 13054693. 
  5. Elson D, Chargaff E (1952). "On the deoxyribonucleic acid content of sea urchin gametes". Experientia 8 (4): 143-145. 
  6. "Nobel Prize - List of All Nobel Laureates". 
  7. 7.0 7.1 7.2 Alberts et al. (1994). The Molecular Biology of the Cell. New York: Garland Science. ISBN 978-0815341055. 
  8. Pabo C, Sauer R (1984). "Protein-DNA recognition". Annu Rev Biochem 53: 293–321. doi:10.1146/annurev.bi.53.070184.001453. PMID 6236744.