Henry I Sinclair, Earl Orkney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Henry I Sinclair, Earl of Orkney dan penguasa feudal di Roslin (c. 1345 – c. 1400), adalah seorang lelaki Scotland berketurunan bangsawan. Ada kalanya beliau dikenali dengan nama lain keluargnya, St. Clair. Beliau merupakan datuk kepada William Sinclair, 1st Earl of Caithness, jurubina Rosslyn Chapel. Beliau terkenal hingga ke hari ini kerana legenda moden bahawa beliau turut serta dalam penjelajahan Greenland dan America Utara hampir 100 tahun sebelum Christopher Columbus. William Thomson, dalam History of Orkney, menulis: "telah menjadi takdir luar biasa bagi Earl Henry untuk menikmati reputasi berpanjangan selepas ketiadaannya yang sangat sikit berkait dengan apa yang dicapainya sepanjang hayatnya."[1]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Henry Sinclair merupakan anak dan waris kepada William Sinclair, Lord of Roslin, dan isterinya Isobel of Strathearn, anak perempuan kepada Maol Ísa, Earl of Orkney. Datuk Henry Sinclair sebelah ibu beliau telah banyak kehilangan tanah-tanahnya (seluruh wilayah kekuasaannya di Strathearn dirampas oleh Raja Scots).[2]

Tidak lama selepas 13 September 1358, bapa Henry meninggal, Henry Sinclair berjaya menjadi Baron of Roslin, Pentland dan Cousland, sekumpulan kecil tanah-tanah di Lothian. Sinclair Diploma menjelaskan beliau berkahwin dengan Joneta (atau Joan) Halyburton, anak perempuan kepada Walter, Lord of Dirleton, dan mereka mempunyai seorang anak lelaki Henry, yang menjadi Earl of Orkney seterusnya. Mereka juga mempunyai seorang anak perempuan, Elizabeth Sinclair, yang berkahwin dengan John Drummond dari Cargill.

Tiga bersepupu - Alexander de L'Arde, Lord of Caithness; Malise Sparre, Lord of Skaldale; dan Henry Sinclair - bermusuhan untuk mendapatkan wilayah kekuasaan di Orkney. Pada 2 Ogos 1379, di Marstrand, berdekatan Tønsberg, Norway, Raja Haakon VI dari Norway melabur dan mengesahkan Sinclair sebagai Earl of Orkney Norwegian mengatasi tuntutan oleh sepupunya Malise Sparre.

Pada 1389, Sinclair menghadiri pertabalan Raja Eric dari Pomerania di Norway, mengangkat sumpah akan kesetiaannya. Ahli sejarah mengagak bahawa pada 1391 Sinclair dan askar-askarnya membunuh Malise Sparre berdekatan Scalloway, Tingwall, Shetland.

Tidak dapat dipastikan bila Henry Sinclair meninggal. Sinclair Diploma, ditulis atau sekurang-kurangnya ditauliahkan oleh cucu lelakinya menyatakan: "...beliau bersara ke bahagian di Orchadie dan turut serta dengan mereka pada akhir hayatnya, dan juga Erile of Orchadie, dan demi pertahanan untuk negaranya dibunuh di sana dengan kejamnya oleh musuh-musuhnya..." Kita juga tahu dalam 1401: "Orang-orang Inggeris menyerang, membakar dan memusnahkan beberapa pulau di Orkney." Tindakan ini adalah sebahagian daripada tindak balas Inggeris terhadap serangan orang-orang Scotland terhadap armada Inggeris berdekatan Aberdeen. Anggapan yang dibuat ialah samada Henry mati menentang pencerobohan ini, atau telah pun mati.[3]

Dakwaan pelayaran ke Amerika[sunting | sunting sumber]

Hampir tiada apa lagi yang diketahui mengenai kehidupan Sinclair. Namun, banyak yang telah ditulis melalui tekaan mengenai kerjayanya sebagai seorang penjelajah. Pada 1784, beliau dikenalpasti oleh Johann Reinhold Forster kemungkinannya sebagai Putera Zichmni ditulis dalam surat-surat yang didakwa ditulis sekitar tahun 1400 oleh adik beradik Zeno dari Venice, di mana mereka menggambarkan sebuah pelayaran ke seluruh Atlantic Utara di bawah arahan Zichmni.[4]

Kesahihan surat-surat tersebut (yang didakwa dijumpai semula dan diterbitkan pada awal abad ke-16), tujuan sebenar pelayaran tersebut, termasuk samada ia benar-benar berlaku, dicabar oleh ahli sejarah. Kebanyakannya menganggap surat-surat tersebut (dan peta-peta yang mengiringi) sebagai suatu tipu helah oleh Zenos, penerbitnya. Tambahan pula, identiti Zichmni sebagai Henry Sinclair tidak diambil serius oleh para sejarawan, walaupun dipandang ringan oleh para penyokong yang menyokong teori tersebut.

Debat yang paling menimbulkan perbalahan mengagak bahawa Sinclair mengembara bukan sahaja ke Greenland tetapi juga ke apa yang dikenali hari ni sebagai Nova Scotia, di mana beliau mengasaskan penyelesaian antara kaum pribumi Micmac. Bukti yang didakwa menyokong pelayaran ini terdiri daripada bendera Micmac, yang didakwa sebagai bendera layar terbalik kepada Knights Templar,[perlu rujukan] sebuah meriam yang dijumpai di Louisbourg Harbour, Nova Scotia [perlu rujukan] sekarang ditempatkan di Fortress Louisbourg yang diperbuat di Italy sebelum penempaan secara satu acuan diperkenalkan, tafsiran khusus mengenai pertikaian Newport Tower dan ukiran yang dikatakan milik Westford Knight.[perlu rujukan]

Ini menghubungkan debat tersebut bahawa terdapat ukiran tumbuhan dari Amerika yang terdapat di Rosslyn Chapel di Scotland.[5] Gereja kecil tersebut dibina oleh cucu lelaki Henry Sinclair, William Sinclair dan disiapkan pada 1486. Columbus melakukan pelayaran pertamanya pada 1492. Ini dilihat oleh penulis Christopher Knight dan Robert Lomas sebagai bukti yang menyokong teori bahawa Sinclair pernah belayar ke Amerika,[5] walaupun para cendiakawan mengatakan tumbuhan-tumbuhan terbabit adalah gambaran tumbuhan yang biasa terdapat di Eropah.[6]

Dakwaan bahawa Henry Sinclair mengembara ke Amerika Utara berdasarkan pada beberapa cadangan berasingan:

  1. Bahawa surat-surat dan peta yang berasal dari adik-beradik Zeno dan diterbitkan pada 1558 adalah tulen.
  2. Bahawa pelayaran yang digambarkan dalam surat-surat tersebut yang diambil oleh Zichmni sepanjang 1398 ke Greenland sebenarnya sampai ke Amerika Utara.
  3. Bahawa Zichmni adalah Henry Sinclair.

Pelayaran dan Kesatria Templar[sunting | sunting sumber]

Terjalin bersama kisah pelayaran Sinclair adalah dakwaan bahawa Henry Sinclair ialah seorang Kesatria Templar dan bahawa pelayaran tersebut ditaja atau dipimpin bagi pihak Templars, walaupun arahan tersebut telah ditahan hampir seabad sebelum Henry hidup.[7]

Knight dan Lomas mengagak bahawa Kesatria Templar menemui arkib diraja di bawah Temple Mount di Israel yang bertarikh daripada masa Raja Sulaiman yang menyatakan bahawa Phoenicians daripada Tyre, dengan perintah daripada Sulaiman, belayar ke benua barat berpandukan bintang yang dipanggil "La Merika". Mengikut Knight dan Lomas, Templars mengetahui bahawa untuk belayar ke benua tersebut, mereka perlu mengikut bintang yang sama namanya, yang menjadi asal usul nama "America". Sinclair dikatakan mengikut laluan tersebut.[8]

Teori itu juga menggunakan hubungan Templar untuk menerangkan nama Nova Scotia ("Scotland Baru" dalam Latin), bersandarkan pada kisah pada abad ke-18 bahawa beberapa Templars terlepas daripada tahanan daripada arahan mereka dengan lari ke Scotland yang diperintah oleh Robert the Bruce[9] dan berlawan dalam Battle of Bannockburn.[10]

Dakwaan berterusan mengatakan Rosslyn Chapel mengandungi imej Templar. Andrew Sinclair mengatakan bahawa bidur makam yang sekarang terdapat dalam bilik bawah gereja adalah milik seorang kesatria Templar[11]: Mengikut pengarang Robert Lomas, gereja kecil tersebut turut mempunyai seni ukir menggambarkan seorang kesatria Templar memegang pedang di atas kepala seorang ahli baru, dikatakan untuk melindungi rahsia Templars.[12] Rosslyn Chapel dibina oleh Sir William St Clair, St Clair Earl of Orkney yang terakhir, merupakan cucu lelaki Henry. Mengikut Lomas, Sir William, jurubina gereja kecil tersebut, juga adalah keturunan langsung daripada Ketua Utama Masons of Scotland, juga dinamakan William St Clair (Sinclair).[12]

Mengikut Lomas, Sinclairs dan saudara mereka dari Perancis, St. Clairs memainkan peranan penting dalam pembentukan Kesatria Templar. Dia mendakwa bahawa pengasas Templars Hugh de Payns berkahwin dengan saudara perempuan kepada Duke of Champaine (Henri de St. Clair)[13], yang merupakan broker berjaya dalam Crusade pertama dan mempunyai kuasa politik untuk mencalonkan Pope, dan untuk memberikan pendapat dan menekankannya kepada Pope.

Walau bagaimanapun, satu biografi Hugues de Payen oleh Thierry Leroy [14] mengenalpasti isteri Payen dan ibu kepada anak-anaknya sebagai Elizabeth de Chappes. Buku tersebut menggarap maklumat mengenai perkahwinan tersebut yang didapati dari katalog gereja tempatan yang sebahagian besarnya menguruskan pelupusan harta Ketua Utama, yang pertama menyentuh mengenai Elizabeth sebagai isterinya pada 1113, dan yang lain-lain sepanjang kehidupan Payen, tempoh masa sebelum kematian Payen dan tidak lama selepas itu kematian isterinya pula pada 1170.

Kritikan terhadap teori ini[sunting | sunting sumber]

Satu kritikan utama terhadap teori ini adalah jika samada pelayaran Sinclair atau Templar pernah sampai ke Amerika, tidak seperti mana Columbus, mereka tidak pulang dengan rekod sejarah mengenai penemuan mereka. Sebaliknya, langsung tidak terdapat dokumen yang diterbitkan pada zaman itu untuk menyokong teori tersebut bahawa sebuah pelayaran telah berlaku. Bukti fizikal bergantung kepada hujah yang diagak-agak untuk menyokong teori terseut, dan semua hujah tersebut boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, mengikut seorang ahli sejarah, ukiran yang terdapat di Gereja Rosslyn mungkin bukan tumbuhan dari Amerika tetapi sebaliknya hanya semata-mata ukiran gandum dan strawberi yang diukir dengan gaya.[6]

Sejarawan Mark Oxbrow, Ian Robertson,[15] Karen Ralls dan Louise Yeoman[16] masing-masing telah jelas menyatakan bahawa keluarga Sinclair tidak mempunyai hubungan dengan Kesatria Templar. Karen Ralls telah menunjukkan bahawa antara yang hadir memberi keterangan menentang Templars dalam perbicaraan pada 1309 adalah Henry dan William Sinclair - suatu tindakan yang tidak selari dengan mana-mana dakwaan terdapatnya sokongan atau hubungan.[17][18] Ini meninggalkan hubungkait dengan Kesatria Templars masih dalam persoalan.

Sejarah alternatif[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980an, sejarah alternatif moden mengenai Earl Henry I Sinclair dan Gereja Rosslyn mula diterbitkan. Buku-buku pujaan ramai seperti (sering dipersendakan sebagai sejarah olok-olok) seperti The Holy Blood and the Holy Grail oleh Michael Baigent, Richard Leigh dan Henry Lincoln (1982) dan The Temple and the Lodge oleh Michael Baigent dan Richard Leigh (1989) muncul. Buku-buku oleh Timothy Wallace-Murphy dan Andrew Sinclair turut menyusul tidak lama kemudian dari awal 1990an dan seterusnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.orkneyjar.com/history/historicalfigures/henrysinclair
  2. ^ http://www.orkneyjar.com/history/historicalfigures/henrysinclair/history.htm
  3. ^ "Henry Sinclair: The Genuine History" dalam Orkneyjar, The Heritage of the Orkney Islands (online). Keseluruhan diploma tersebut, dalam Latin, ditranskripsikan [1]
  4. ^ Dictionary of Canadian Biography Online
  5. ^ a b Knight & Lomas, The Hiram Key, Fair winds Press. ISBN 1-59233-159-9.
  6. ^ a b Petikan dari Ahli sejarah Mark Oxbrow, dalam "The ship of dreams" by Diane MaClean, Scotsman.com, 13 May, 2005
  7. ^ "The Lost Treasure of the Knights Templar: New Light on the Oak Island Mystery" Diarkibkan 2007-10-15 di Wayback Machine oleh Steven Sora, Atlantis Rising Magazine #20, 1999
  8. ^ Simon Jenkins, The Guardian, Friday January 20, 2006
  9. ^ Christopher Knight & Robert Lomas, The Second Messiah: Templars, the Turin Shroud and the Great Secret of Freemasonry, Fair Winds Press, 2001. ISBN 1-931412-76-6
  10. ^ , meskipun terdapat fakta bahawa perkataan Nova Scotia dicipta semasa pemerintahan James VI, tiga abad selepas pelayaran bersejarah Sinclair. Scotsman.com Heritage & Culture - Myths & Mysteries, 10 Nov 2005.
  11. ^ Scotsman.com Heritage & Culture - Myths & Mysteries, 10 Nov 2005
  12. ^ a b Origins of Freemasonry on www.robertlomas.com
  13. ^ Dakwaan bahawa Hugues de Payens berkahwin dengan Catherine St. Clair dibuat dalam Les Dossiers Secrets d'Henri Lobineau (1967), "Tableau Généalogique de Gisors, Guitry, Mareuil et Saint-Clair par Henri Lobineau" in Pierre Jarnac, Les Mystères de Rennes-le-Château, Mélanges Sulfureux (CERT, 1995).
  14. ^ Thierry Leroy, Hugues de Payns, chevalier champenois, fondateur de l'ordre des templiers (Troyes: edition de la Maison Boulanger, 1997).
  15. ^ ""The Da Vinci Connection", Sunday Herald, 14 November 2004". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-12-08. Dicapai pada 2004-12-08.
  16. ^ "Historian attacks Rosslyn Chapel for 'cashing in on Da Vinci Code'", Scotsman.com, 03-May-06
  17. ^ Karen Ralls, The Templars and the Grail, Quest Books; 1st Quest edition (2003), p.110. ISBN 0-8356-0807-7; The Knights Templar in England, p. 200f.
  18. ^ Processus factus contra Templarios in Scotia Diarkibkan 2007-02-17 di Wayback Machine, 1309, menjadi bukti terhadap Templars oleh Henry dan William St Clair, terjemahan terdapat dalam Mark Oxbrow, Ian Robertson, Rosslyn and the Grail, p. 245-256.