Hentian Pudu Sentral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hentian Pudu Sentral

Hentian Puduraya merupakan terminal bas di Kuala Lumpur, Malaysia. Hentian ini dibuka pada 1976.[1] Stesen bas ini digunakan oleh bas ekspres untuk perkhidmatan bagi seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Thailand dan Singapura. Puduraya adalah paling sibuk semasa cuti awam dan musim perayaan. Mulai 27 Ogos 2011, Pudu Raya telahpun bertukar menjadi Pudu Sentral. Pada 22 September 2012 Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan Pudu Sentral dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur atau UTC KL. [2]

Pengendali Hentian Puduraya ialah UDA Holdings Berhad, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.[3]

Dulu ia nama Puduraya.

Naik taraf[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2009, Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah menyatakan Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membaik pulih Hentian Puduraya dengan kos RM 30.3 juta secara berperingkat-peringkat.

  • Fasa pertama : bernilai RM 5.3 juta bagi mengecat bangunan, menaik taraf sistem pencegahan kebakaran, menaik taraf ruang pejalan kaki dan ruang menunggu berhawa dingin dan sistem pendingin udara.
  • Fasa kedua : bernilai RM 10.3 juta untuk menaik taraf lif, penukaran kipas ekzos di parkir basmen dan pembinaan kaunter tiket. Kaunter tiket ini dipindahkan ke tingkat satu kerana kaunter tiket ketika itu terlalu sibuk dan sesak. Medan selera akan dipindahkan ke tingkat empat. Kedai-kedai kecil kekal di tingkat bawah tetapi diubahsuai.
  • Fasa ketiga : bernilai RM 14.7 juta untuk menaik taraf ruang menunggu di tingkat bawah, pemasangan eskalator serta penambahan lif penumpang dan kargo.

Pada 19 Mac 2010, Hentian Puduraya telah ditutup secara rasminya buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping menjamin keselesaan orang ramai.[4] Buat sementara waktu, Hentian Bas Sementara Bukit Jalil yang terletak di tempat letak kereta F, Kompleks Sukan Negara akan menggantikan tugasan Hentian Puduraya seketika bagi menjadi hab bas ekspres bermula 12 April 2010.[5]

Penangguhan pembukaan semula[sunting | sunting sumber]

Awalnya Hentian Puduraya dijadualkan untuk pembukaan semula pada Disember 2010, selepas 9 bulan penutupan bagi kerja-kerja naik taraf. Namun akibat terdapat beberapa komponen penting di dalam terminal hentian yang masih belum lengkap dan siap, kerajaan Malaysia telah memberi kelonggaran untuk pemaju UDA Holdings Berhad menyiapkan kerja-kerja menaik taraf sehingga 1 Mac 2011. Namun UDA Holdings masih tidak dapat menyiapkan sepenuhnya pada waktu yang ditentukan mengakibatkan kelewatan pembukaan semula. Tarikh akhir diberikan adalah 16 April 2011 untuk menyiapkan kerja-kerja naik taraf.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan, berkata ada beberapa masalah kecil yang membabitkan bahagian teknikal seperti lampu dan pendingin hawa yang masih belum siap pada 16 April 2011. Beliau telah mengulas lanjut tentang kelewatan ini seperti:

Ini adalah hari pertama operasi, kita masih dalam tempoh percubaan. Benda-benda kecil sahaja yang belum siap seperti masalah teknikal. Segala penambahbaikan diharap dapat disiapkan dalam sebulan ini, namun kelengkapan lain sudah siap dan boleh digunakan sepenuhnya."[6]

Kelengkapan baharu[sunting | sunting sumber]

Hentian Puduraya kini dilengkapi 296 kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik serta dikawal selia oleh 48 petugas bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Terminal menunggu juga dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin otomatik serta ruang penunggu yang lebih luas dan dilengkapi kerusi yang lebih banyak.

Permasalahan[sunting | sunting sumber]

Letupan 2007[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Jun 2007, satu bahan letupan kecil buatan sendiri, yang dibungkus dalam sebuah bungkusan snek dan ditinggalkan pada sebuah bangku konkrit, meletup pada 9.10 pm (MST) di laluan masuk Platform 7, menyebabkan Aqilah Nadiah Zamzar berumur 11 tahun terbakar di bahagian muka dan bahagian lain.SAC (I) Zulhasnan Najib Baharuddin menyatakan mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur[7].[8] Pihak polis yang menyiasat kes ini, menolak kemungkinan bahawa letupan ini diaturkan oleh militan, seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak.[9] Selepas ini tiada lagi berita lanjut mengenai peristiwa ini. Kemungkinan ada pihak ada pihak mahu memalukan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Bom buatan sendiri itu hasil kombinasi bateri motosikal dan saltpetre yang mudah dipelajari menerusi internet.

Ulat tiket[sunting | sunting sumber]

Ulat tiket di perhentian bas Puduraya sering menipu pengembara yang malang terutama yang tiba pada waktu malam dan terdesak untuk menaiki bas pada keesokkan harinya, sungguhpun perbuatan seperti itu dilarang keras oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.[10]

Ulat-ulat ini menjual tiket palsu dengan mudah dan memulakan kerja mereka selepas kebanyakan kounter tiket di tingkat pertama terminal bas ini ditutup. [11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "15 Apr - Hentian Puduraya Operasi Semula Esok". Dicapai pada 18 April 2011.
  2. ^ Apakah kesudahannya cerita projek Plaza Rakyat, Oleh Hassan Mohd. Noor, © Utusan Melayu (M) Bhd[pautan mati kekal]
  3. ^ "RM30.3 Juta Untuk Baikpulih Puduraya". Bernama. Kuala Lumpur. 19 Mei 2009. Dicapai pada 18 April 2011.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-19. Dicapai pada 2011-06-23.
  5. ^ http://www.bharian.com.my/articles/TerminalsementaragantiPudurayaberoperasiesok/Article/[pautan mati kekal]
  6. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HentianPudurayaberoperasihariini/Article/index_html
  7. ^ "Thai Militants". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-21. Dicapai pada 2021-08-21.
  8. ^ Rashitha A. Hamid (2007-06-16). "Little girl injured in explosion at Puduraya". The Star. Dicapai pada 2007-08-29. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ "Puduraya blast not work of militants". The Star. 2007-06-18. Dicapai pada 2007-08-29. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ Jangan beli tiket bas menerusi ulat tiket - SPAD, 26/08/2011 8:35pm, © Utusan Melayu (M) Bhd
  11. ^ Elan Perumal (2007-11-19). "Ticket touts at Puduraya". The Star. Dicapai pada 2008-05-02. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]