Herbalife

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Herbalife, Ltd.
Jenis Awam (NYSE: HLF)
Industri Produk Pemakanan & Penjagaan Kulit
Ditubuhkan Los Angeles, California (1980)
Ibu pejabat Los Angeles, California
Perancang utama

Michael O. Johnson, Ketua Pegawai Eksekutif
Brett R. Chapman, Peguam Am dan Setiausaha Korporat
Richard P. Goudis, Ketua Pengawai Kewangan

Y. Steve Henig, Ph.D., Ketua Pegawai Saintifik
Produk Pengurusan berat, tambahan pemakanan, sediaan jaga diri
Hasil USD$2.4 bilion (2008)[1]
Laman web

www.herbalife.com

[1]

Herbalife International (NYSE: HLF), ialah syarikat pemakanan, kesusutan berat, dan penjagaan kulit sejagat yang diasaskan pada 1980. Ia kini menggaji sekitar 3,500 orang di seluruh dunia dan dilaporkan mencapai jualan global sebanyak USD$2.4 bilion pada 2008. Ibu pejabatnya terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat.[2]

Herbalife mengedarkan keluarannya di 72 buah negara menerusi serangkaian pengedar bebas yang terdiri daripada 1.9 juta orang yang mendapatkan untung daripada jualan keluaran dan komisen tambahan menerusi struktur pampasan pemasaran berbilang peringkat.[3]

Sebagai salah satu syarikat pemakanan yang terbesar di dunia, Herbalife telah sekali-sekala menghadapi cabaran undang-undang tentang keselamatan keluarannya. Sehingga 2009, tiada sebarang tuntutan mahkamah pernah disahkan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 1980, Mark Hughes mula menjual produk kesusutan berat Herbalife daripada but keretanya. Beliau sering menyatakan bahawa asal-usul produk dan programnya berasal daripada kekhuatiran kesusutan berat ibunya yang meninggal dunia, akibat gangguan makan serta juga pendekatan yang tidak sihat terhadap kesusutan berat. Mempergunakan sistem pemasaran berbilang peringkat untuk mengedarkan produk serta membangunkan syarikat, Herbalife telah menarik ribuan pengedar yang menjual produk dari rumah ke rumah atau melalui percakapan, demi mengelakkan pengedaran komersil menerusi kedai runcit.

Cogan kata syarikat, "Susutkan Berat Anda Sekarang, Tanyakan Saya Bagaimana", menjadi tema pemasaran pengedar, dengan cogan kata itu ditonjolkan secara besar-besaran pada lencana, risalah, dan poster. Kaedah awal untuk mengambil pengedar baharu termasuk seminar yang menonjolkan pengedar lama memberikan penghargaan kesihatan dan kesusutan berat kepada produk Herbalife, serta juga ucapan dasar oleh Hughes. Menjelang 1982, Herbalife mencapai jualan sebanyak USD$2 juta, selain daripada memperluas pasarannya ke Kanada.

Pada 1985, Peguam Negara California mendakwa Herbalife kerana membuat dakwaan yang berlebih-lebihan terhadap keberkesanan produknya. Syarikat itu membuat penyelesaian sebanyak USD$850,000 tanpa mengaku sebarang kesalahan.[4] Herbalife menjadi sebuah syarikat awam dalam bursa saham NASDAQ pada 1986. Kemudian pada 1996, Herbalife menjadi sebuah syarikat USD$1 bilion jualan tahunan.

Mark Hughes meninggal dunia sewaktu berumur 44 tahun.[5] Laporan autopsi Koroner Kaunti Los Angeles menyatakan bahawa kematian Hughes diakibatkan oleh peminuman alkohol berlebihan yang tidak disengajakan, serta juga oleh preskripsi antidadah penenteram Doxepin. Bagaimanapun, Herbalife masih terus berkembang selepas kematiaan Hughes dan pada 2002, diperoleh oleh Whitney and Co LLC serta Golden Gate Capital pada harga USD$685 juta lalu dijadikan sebuah syarikat persendirian semula lagi.[6]

Pada April 2003, Michael O. Johnson menyertai Herbalife sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, selepas berkhidmat selama 17 tahun dengan The Walt Disney Company. Jawatan terakhirnya di Walt Disney International ialah sebagai presiden.[4] Pada 16 Disember 2004, Herbalife mengadakan tawaran awam permulaan dalam bursa saham NYSE, dengan 14,500,000 saham biasa ditawarkan pada harga USD$14 per saham. Jualan bersih Herbalife pada 2004 dilaporkan sebagai USD$1.3 bilion. Pada April 2005, Herbalife merayakan hari ulang tahunnya yang ke-25 selama empat hari, dengan 35,000 pengedar bebas dari seluruh pelosok dunia menyertainya. Kemudian pada Ogos tahun itu, Dr. Steve Henig menyertai Herbalife sebagai Ketua Pegawai Saintifik bertanggungjawab kepada penyelidikan dan pembangunan produk. Greg Probert, Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi Herbalife, meletakkan jawatannya pada 2008 selepas beliau dilaporkan tidak memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan sebagaimana didakwa di dalam vitae kurikulumnya. [7]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Herbalife ialah syarikat pemasaran berbilang peringkat (MLM, kekadang dikenali sebagai "pemasaran rangkaian"). Selain daripada mendapatkan keuntungan daripada penjualan produk, para pengedar boleh mendapatkan komisen tambahan daripada jualan pengedar 'barisan bawahan' mereka. Penyokong MLM menegaskan bahawa sistem itu merupakan sistem pampasan yang adil, sedangkan pengkritiknya menegaskan bahawa ia tidak melebihi skim piramid.[8] Para pengkritik Herbalife juga mendebatkan bahawa syarikat itu tidak berusaha dengan sedaya upaya untuk mencegah amalan salah pengedarnya, dengan syarikat menafikan tuduhan tersebut secara tekal.[9] Herbalife ialah anggota Direct Selling Association (Persatuan Penjualan Langsung) di kebanyakan negara yang diusahakannya.

Dalam pemfailannya kepada Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat (SEC), pengurusan Herbalife memerhati masalah tentang ketaksesuaian sesetengah amalan perniagaan mereka pada masa lampau, kesannya pada jangka panjang, serta juga keperluan untuk mengelakkan sebarang pengulangan. Laporan suku tahun September 2006 syarikat kepada SEC memerikan rangkaian pengedar yang agak mudah untuk masuk dan keluar, berbanding dengan banyak syarikat pemasaran rangkaian yang lain.

Pengurusan Herbalife mempertimbangkan jumlah dan pengekalan pengedar sebagai parameter yang utama lalu mengesannya dengan teliti dalam laporan kewangan mereka. Angka yang terkini menunjukkan bahawa 41.5% daripada pengedar masih aktif selepas dua belas bulan, satu kenaikan daripada tahun yang lalu sebanyak 39.7%. Sehingga Disember 2008, Herbalife mempunyai 1.9 juta pengedar bebas di 70 buah negara. Ia merujuk kepada penyelia yang layak di bawah rancangan pemasaran tradisionalnya di 69 buah negara dan pekerja jualan di China sebagai "Pemimpin Jualan". Herbalife mempunyai 456,858 penyelia di seluruh dunia dan 48,236 pekerja di China, iaitu sebanyak 505,094 pemimpin jualan pada keseluruhannya.[3]

Daripada kedua-dua segi penjualan global dan jumlah pengedar, Herbalife ialah salah satu syarikat pemasaran rangkaian yang terbesar di dunia. Mengikut Institut Kesedaran Pengguna, sebuah pertubuhan bukan untung, Herbalife ialah perniagaan pemasaran berbilang peringkat yang paling berjaya daripada sudut pandangan pengedar, dengan hanya 99.42% daripada pengedarnya mengalami kerugian, berbanding dengan Amway sebanyak 99.99%.[10]

Yayasan Keluarga Herbalife[sunting | sunting sumber]

Pada 1994, Mark Hughes, pengasas syarikat, memulakan Yayasan Keluarga Herbalife, sebuah pertubuhan amal kanak-kanak. Yayasan itu menerima derma daripada syarikat Herbalife serta juga pengedar dan pelanggannya. Yayasan Keluarga Herbalife telah menderma melebihi USD$6.5 juta kepada perjuangan kanak-kanak di seluruh dunia, selain daripada juga menyokong usaha bantuan bencana.[11]

Tumpuan utama Yayasan Keluarga Herbalife ialah program Casa Herbalife yang berpasangan dengan pertubuhan amal kanak-kanak yang lain. Adanya melebihi 43 program Casa Herbalife di seluruh dunia pada hari ini.[12]

Penajaan sukan[sunting | sunting sumber]

Herbalife menaja sebilangan ahli olahraga, pasukan, dan acara sukan di seluruh dunia, termasuk:

   * LA Triathlon [15]
   * AYSO (the American Youth Soccer Organisation) [16]
   * LA Galaxy soccer team [17]
   * IndyCar drivers Townsend Bell and E.J. Viso in the 2010 Indy 500
   * Valencia CF football club [18]
   * Pumas from Mexico
   * Club San Luis from Mexico
   * Santos FC, Official Nutrition Advisor
   * FC Barcelona, Official Sponsor [19]
   * FC Spartak Moscow, Official Sponsor
   * CA Lanús, Official Sponsor
   * Lionel Messi
   * MC Mary Kom
   * Club Maccabi Haifa, Israeli Football club


Senarai yang lengkap boleh di dapati di laman Tajaan Sukan Herbalife.

Julat keluaran[sunting | sunting sumber]

Julat produk Herbalife merangkumi kocak protein, snek protein, pemakanan, tambahan tenaga dan kesihatan badan, serta sediaan jaga diri.[18] Kocak protein Formula 1, kocak penggantian sarapan berasaskan kacang soya, ialah produk terlaris syarikat serta juga salah satu produk yang pertama dijual oleh syarikat. Julat keluaran Herbalife juga merangkumi produk yang menyasarkan kesihatan jantung, kesihatan pencernaan dan penjagaan kulit. Sesetengah produknya bersifat vegetarian, kosyer, atau halal, dengan Herbalife memberikan surat perakuan dan nasihat daripada ahli profesional kesihatan sebagai sebahagian pemasaran produk mereka.

Dalam laporan tahunannya (SEC Borang 10-K), Herbalife menyatakan bahawa kebanyakan produknya dikeluarkan oleh syarikat luaran, kecuali sebilangan kecil produk yang dikeluarkan oleh kilang sendiri di China. Pembekalnya yang utama termasuk NBTY (Nature's Bounty), Fine Foods (Itali), PharmaChem Labs, dan JB Labs yang bersama-sama merupakan melebihi 40% daripada pembelian produk pada 2006.[19] Pada 2007, Herbalife melancarkan proses pembangunan keluaran baharu untuk "mempercepat pengenalan produk baharu" yang melibatkan pekerja syarikat, perunding luar, dan pengujian produk dalam kalangan pengedar dan pelanggannya.[3] Pada 2009, ia memperoleh sebuah kilang di Tasik Forest, California untuk "meningkatkan pembangunan keluaran global dan bekalan rantaian supaya dapat melayani pengedar bebasnya dengan lebih baik". [20]

Kajian klinikal[sunting | sunting sumber]

Tiga kajian klinikal tentang berbagai-bagai perumusan produk kocak protein Formula 1 Herbalife telah disiapkan. Ketiga-tiga kajian menunjukkan bahawa penggunaan pengganti sarapan Formula 1 dua kali sehari boleh menyebabkan kesusutan berat yang berkesan.[21][22]

Kajian tersebut di Jerman dan Korea masing-masing dijalankan oleh Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife, Drs. Marion Flechtner-mors dan Belong Cho, manakala kajian yang lain dijalankan oleh UCLA, dengan dapatannya diterbitkan di dalam Jurnal Pemakanan pada Ogos 2008.[21] Dr Flechtner-mors menyampaikan dapatannya pada Oktober 2008 di dalam mesyuarat tahunan Persatuan Obesiti di Phoenix, Arizona serta juga di Phoenix, Arizona, manakala dapatan Korea muncul di dalam Jurnal Antarabangsa Amalan Klinikal (February 2009).[22]

Lembaga penasihat saintifik[sunting | sunting sumber]

Lembaga Penasihat Saintifik Herbalife dipengerusikan oleh David Heber, M.D. Ph.D, F.A.C.P., F.A.C.N. yang merupakan profesor perubatan dan kesihatan awam serta pengarah pengasas Pusat untuk Pemakanan Manusia di Pusat Pengajian Perubatan UCLA. Menurut sebuah 2004 makalah Forbes, Dr. Heber menyertai lembaga pada waktu yang lebih kurang sama dengan waktu Herbalife menderma USD$3 juta untuk mengasakan Makmal Pemakanan Sel & Molekul Mark Hughes di Pusat untuk Pemakanan Manusia tersebut. Ini telah mengakibatkan tindakan Heber dikritik sebagai konflik kepentingan.

Louis J. Ignarro, Ph.D., Pemenang Hadiah Nobel Perubatan dan Profesor Ulung Farmakologi di Pusat Pengajian Perubatan UCLA, juga merupakan anggota Lembaga Nasihat Saintifik Herbalife. Beliau menyertai Herbalife untuk membangunkan Niteworks, satu tambahan diet yang direka bentuk untuk merangsangkan badan supaya menghasilkan oksida nitrik sendiri dan kemudian menjadi salah satu anggota lembaga penasihat tersebut. Ignarro menyokong produk itu sebagai pertukaran untuk perjanjian royalti yang dilaporkan menguntungkan firma perundingannya melebihi USD$1 juta pada 12 bulan yang pertama. Beliau juga mempromosikan ramuan Niteworks di dalam jurnal Prosiding Akademi Sains Negara, tanpa mendedahkan kepentingan kewangannya kepada terbitan tersebut. Selepas hubungannya dengan Herbalife didedahkan, jurnah itu menerbitkan pembetulan kepada makalah itu, dan menyebut "konflik kepentingan" Ignarro yang tidak terdedah. UCLA kemudian membuat siasatan sendiri dan mendapati bahawa Ignarro tidak bersalah kerana kesemua penyelidikannya dilakukan di Itali dan wang penyelidikan UCLA tidak dipergunakan. Justera, Ignarro tidak diperlukan di sisi undang-undang untuk mendedahkan apa-apa pun. Ignarro menyampaikan video promosi Herbalife sejam untuk Niteworks.

Lembaga Penasihat Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Herbalife menyatakan bahawa Lembaga Pemakanannya terdiri daripada "pakar pemakanan dan kesihatan yang terutama yang membantu mendidik dan melatih pengedar bebas tentang prinsip pemakanan, kegiatan fisikal dan gaya hidup yang sihat".[23]

  • David Heber, M.D., Ph.D., F.A.C.P., F.A.C.N., Pengarah Pusat Pemakanan Manusia di UCLA.[24]
  • Louis Ignarro, Ph.D.
  • Luigi Gratton, M.D., M.P.H., Naib Presiden Pendidikan Pemakanan di Herbalife
  • Alexey Borisov, M.D.
  • Joaquim Caetano, M.D.
  • Marco DeAngelis, M.D.
  • Jorge Dominguez, M.D.
  • Marion Flechtner-Mors, Ph.D.
  • Julian Alvarez Garcia, M.D.
  • Shih-Yi Huang, Ph.D.
  • Linong Ji, M.D.
  • Patricio Kenny, M.D.
  • Rocio Medina, M.D.
  • Anoop Misra, M.D.
  • Alla Pogozheva, M.D.
  • Ralph Rogers, M.D.
  • Nikolaos Sitaras, M.D.
  • Jean de la Tullaye, M.D.
  • Nataniel Viuniski, M.D.
  • Yoshio Yoshimoto, M.D.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pemasaran berbilang peringkat[sunting | sunting sumber]

  • 2004: Sebanyak USD$6 juta dibayar oleh Herbalife untuk menyelesaikan guaman tindakan kelas bagi pihak 8,700 bekas pengedar dan pengedar kini yang menuduh syarikat dan pengedarnya kerana "mengendalikan apa yang pada dasarnya merupakan sebuah skim piramid". Bayaran itu dibuat tanpa defendan mengaku bersalah.
  • 2006: Dalam guaman tindakan kelas California, Minton lwn. Herbalife International, dll., plaintifnya "mencabar amalan pemasaran Herbalife International dan sesetengah pengedar bebasnya di bawah berbagai-bagai undang-undang negeri yang melarang "skim rantaian tak terhingga", pendedahan rancangan pemasaran terbantu yang tidak mencukupi, amalan perniagaan yang tidak adil dan mengelirukan, serta juga penipuan dan perdayaan".[25]

Amalan pemasaran[sunting | sunting sumber]

Dalam sebuah guaman tindakan kelas Virginia Barat, Mey lwn. Herbalife International, Inc., dll., plaintifnya mendakwa bahawa sebilangan "teknik telepemasaran yang diamalkan oleh sesetengah pengedar Herbalife International melanggar Akta Perlindungan Pengguna Telefon (TCPA), dan mempertanggungjawabkan Herbalife International terhadap amalan pengedar tersebut atas liabiliti vikarius. Lebih khusus lagi, sungutan plaintif mendakwa bahawa banyak pengedar Herbalife International menggunakan pesanan telefon pra-rakam dan autopendail untuk menghubungi bakal pelanggan, dengan itu melanggar larangan amalan sebegini oleh TCPA".

Pengurusan Herbalife mendesak bahawa mereka mempunyai pertahanan yang patut dipuji dalam kedua-dua kes itu dan bagi kes Virginia Barat itu, mana-mana tindakan pengedar sebegini juga melanggar dasar Herbalife sendiri. Pengurusan juga mendesak bahawa apa-apa keputusan mahkamah yang dikenakan pada Herbalife tidak akan menjejaskan keadaan kewangannya dengan ketara, khususnya kerana mereka telahpun mengetepikan sejumlah wang yang "dipercayai mereka melambangkan keputusan yang mungkin terhadap penyelesaian pertikaian itu".[25] Kes itu akhirnya diselesaikan oleh Herbalife dan pengedarnya dengan membayar USD$7 juta ke dalam satu tabung untuk anggota kelas tindakan tersebut.[26] Bagaimanapun, Herbalife International tidak mengakui bersalah atau mengakui sebarang kebersalahan terhadap tindakan pengedarnya.

Kontroversi produk[sunting | sunting sumber]

Sesetengah produk kesusutan berat Herbalife yang asal mengandungi ramuan Ma Huang atau Sida cordifolia yang aktif, dua herba yang mengandungi alkaloid efedrina. Herbalife menghentikan penggunaan efedrina di dalam produknya pada 2002 selepas sebilangan negeri Amerika Syarikat mengharamkan tambahan diet yang mengandungi alkaloid efedrina sumber botani.[27][28] Kemudian pada 2004, Pentadbiran Makanan dan Drug (FDA) Amerika Syarikat juga mengharamkan tambahan diet yang mengandungi efedrina.[29]

Pada 2007, kajian saintifik yang dijalankan oleh doktor-doktor daripada Hospital Universiti di Bern, Switzerland serta Unit Hati di Pusat Perubatan Universiti Hadassah-Ibrani di Israel mendapati perkaitan antara penggunaan produk Herbalife dan hepatitis.[30][31] Sebagai balasan, Kementerian Kesihatan Sepanyol mengeluarkan amaran tentang penggunaan produk Herbalife.[32] Herbalife telah menyatakan bahawa mereka akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa Sepanyol.[33]

Pada Mei 2008, Institut Penemuan Fraud yang mendakwa diri sebagai sebuah pertubuhan jagawan pengguna melaporkan dapatan ujian makmal terhadap produk Herbalife yang menunjukkan tahap plumbum yang melebihi had yang ditetapkan oleh undang-undang negeri California di bawah Saranan 65.[34][35] Institut itu diasaskan oleh usahawan palsu, Barry Minkow, yang pernah dipenjarakan selama tujuh tahun kerana penipuan saham.[36] Dia telahpun mengakui bahawa syarikatnya sedang mendapatkan keuntungan daripada dakwaan tahap plumbum tersebut menerusi penjualan pendek saham Herbalife.[37] Herbalife telah membalas dengan menyatakan bahawa produknya mematuhi keperluan Pentadbiran Makanan dan Drug (FDA) persekutuan,[38][39] lalu menerbitkan ujian makmal bebas yang membuktikan bahawa produknya tidak melebihi had Saranan 65.[37][40]

Pada 10 Mei 2008, suatu tuntutan mahkamah dikemukakan bagi pihak seorang wanita yang menghidapi penyakit hati berkait plumbum yang didakwanya merupakan tindak balas kepada penggunaan segabungan produk Herbalife.[36][41] Tuntutan itu dikemukakan oleh peguam Christopher Grell, pengasas bersama Jawatankuasa Keselamatan Tambahan Diet yang juga salah satu sekutu kepada Barry Minkow.[36] Kemudian pada 17 Jun 2008, guaman itu diperluas untuk merangkumi para pengedar yang pernah membekalkan wanita itu dengan produk Herbalife. Grell juga melancarkan laman sesawang peribadi untuk menawarkan peluang tebus rugi kepada sesiapa yang mempercayai bahawa mereka telah dijejaskan oleh produk Herbalife.[42] Sebaliknya, Minkow menarik balik pula semua tuduhannya serta sebarang sebutan terhadap Herbalife daripada laman sesawangnya pada Ogos 2008.[43]

Iklan Crazy Fox[sunting | sunting sumber]

Pada April 2008, satu siri iklan menampilkan seekor rubah animasi merah dan besar yang mengiklankan peluang perniagaan berasaskan rumah dalam televisyen Amerika Syarikat. Iklan itu biasanya menonjolkan satu siri ucapan penghargaan daripada pelakon yang memainkan peranan sebagai individu yang telah berjaya memperoleh pendapatan antara USD$5,000 hingga USD$15,000 setiap bulan kerana menyertai sebuah rancangan perniagaan yang tidak diperikan. Iklan itu mengarahkan para penonton ke satu laman sesawang yang membenarkan mereka membeli "kit kejayaan". Kit itu juga tidak memberikan sebarang maklumat tentang bagaimana peluang perniagaan itu berjalan.

Iklan itu didapati dianjurkan oleh sebilangan pengedar bebas Herbalife sebagai cara untuk mengambil pengedar 'barisan bawahan' yang baharu.[44] Sedangkan cara ini tidak salah di sisi undang-undang, para pengkritik terhadap jenis pengiklanan ini mengatakan bahawa mereka lebih suka akan pengiklan yang berterus-terang tentang hubungan syarikat mereka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Herbalife 2008 Annual Report
  2. Herbalife calls buyout bids too low
  3. 3.0 3.1 3.2 Herbalife Annual Report 2008
  4. 4.0 4.1 "Nobel Prize Winner Didn't Disclose Herbalife Contract" Bloomberg News report
  5. Copage EV. Mark R. Hughes, 44; Founded Nutrition Supplement Concern New York Times, 23 May 2000. Section B, Page 11, Column 5.
  6. Herbalife acquisition completed. (Industry News).(Whitney and Co. and Golden Gate Capital acquire Herbalife International)(Brief Article) | Nutraceuticals World | Find Article...
  7. Ethical flap forces exit of president: Herbalife executive Probert credited with company's growth.
  8. "Herbalife Sets More Layoffs", The New York Times, 1985-05-30. 
  9. Statement from Nordic Herbalife Director denying toxicity of Herbalife products, pyramid marketing scheme
  10. Skeptoid.com
  11. Herbalife Family Foundation website
  12. Herbalife Family Foundation Establishes Casa Herbalife Program in St. Petersburg, Russia
  13. LA Triathlon website
  14. AYSO website
  15. LA Galaxy
  16. Indystar.com
  17. Superdeporte.es (Bahasa Sepanyol)
  18. Herbalife Corporate Profile
  19. SEC Filing Form 10-K, annual report 2006 Herbalife
  20. Herbalife Acquires U.S. Manufacturing Facility
  21. 21.0 21.1 A controlled trial of protein enrichment of meal replacements for weight reduction with retention of lean body mass; Leo Treyzon, Steve Chen, Kurt Hong, Eric Yan, Catherine L Carpenter, Gail Thames, Susan Bowerman, He-Jing Wang, Robert Elashoff and Zhaoping Li; UCLA Center for Human Nutrition, Department of Medicine, David Geffen School of Medicine at UCLA, Los Angeles, USA
  22. 22.0 22.1 Efficacy of low-calorie, partial meal replacement diet plans on weight and abdominal fat in obese subjects with metabolic syndrome: a double-blind, randomised controlled trial of two diet plans – one high in protein and one nutritionally balanced; Belong Cho; The International Journal of Clinical Practice, February 2009
  23. Advisory Boards - Science: Herbalife
  24. University of California Los Angeles
  25. 25.0 25.1 Herbalife Quarterly Report to SEC, June 2006
  26. Herbalife Ltd. - HLF Annual Report (10-K) Item 3. Legal Proceedings
  27. Herbalife Ltd. (2005-03-14), "Form 10-K", United States Securities and Exchange Commission: page 15, http://www.sec.gov/Archives/edgar/data/1180262/000104746905006359/a2153305z10-k.htm#05WLA1071_1 
  28. Evans, D.. "Herbalife, Other Ephedra Marketers Face Soaring Insurance Rates", Bloomberg L.P., 2002-04-11. 
  29. "Sales of Supplements Containing Ephedrine Alkaloids (Ephedra) Prohibited". U.S. Food and Drug Administration. http://www.fda.gov/oc/initiatives/ephedra/february2004/. 
  30. Association between consumption of Herbalife nutritional supplements and acute hepatotoxicity.
  31. Herbal does not mean innocuous: ten cases of severe hepatotoxicity associated with dietary supplements from Herbalife products.
  32. Spanish Ministry of Health issues precaution on Herbalife brand
  33. Herbalife Responds to Spain's Ministry of Health Alert
  34. Herbalife lead levels draw attention - Regulation - NutraIngredientsUSA - Food, Beverage & Nutrition - Publications - Decision News Media
  35. Second, FDA Registered, Independent Lab affirms Higher Lead Levels in Herbalife Product, reports Fraud Discovery Institute, Children's Herbalife Products contain Materially Excessive Lead Levels affirmed in New Lab Results, Expert reports to Fraud Discovery Institute, New Tests reveal 904 Percent More Lead in Herbalife, NuSkin Nutritional Shakes than Competitors, reports Fraud Discovery Institute
  36. 36.0 36.1 36.2 Los Angeles Business Journal Online - business news and information for Los Angeles California
  37. 37.0 37.1 Herbalife rebuffs lead allegations
  38. FOXNews.com - Group Says 6 Dietary Supplements Contain Dangerous Levels of Lead - Health News | Current Health News | Medical News
  39. Herbalife Tangles with Prop 65, Testing Company
  40. More lead testing confirms product safety, says Herbalife - Industry - NutraIngredientsUSA - Food, Beverage & Nutrition - Publications - Decision News Media
  41. Herbalife Sued for Negligence and Fraud by Victim
  42. CNN.com
  43. Reuters.com
  44. Work At Home: The Real Deal - NewsChannel 9 WSYR
Nota

Pautan luar[sunting | sunting sumber]